Aku mulai ditempatkan sebagai guru terlatih di Sekolah Kebangsaan Long Jeeh pada tahun 1988 hingga Oktober 1990 sekitar
tiga tahun di Guru Besar Encik Raymond Apoi Balan seorang berketurunan Kenyah yang berasal dari Long Jeeh, Baram itu sendiri.
Pada waktu kerana tiada jalan lain selain jalan air, maka untuk datang dari Miri mengambil masa sekitar tiga hari hingga seminggu
untuk sampai ke Long Jeeh daripada kota Miri. Guru baru yang sama melapor diri dengan saya Encik Charlie Adit Linggang dan
Encik Ali Aton. Kami ditempatkan di sebuah bilik separuh siap berhampiran kediaman Guru Besar dalam kawasan rumah panjang.
Tahun pertama di sini iaitu 1988, memang banyak dugaan yang dihadapi. Surat pelantikan rasmi pada 15 September 1988 dengan
rujukan SPP(W)80/1/12-9582( 4) bermula pada 01.03.1988 Hal yang paling besar pencapaian akdemik murid terlalu
merosot. Kemudian tahun 1989 dan 1990 kegiatan kami mulai tersusun dan terancang, pencapaian UPSR sekolah mulai nampak membanggakan
begitu juga pencapaian kokurikulum dalam peringkat Zon Baram Hulu I. Saya cukup bangga memulai tugas di sekolah ini, banyak
cerita suka duka yang menjadi azimat kehidupan masa ini. Di samping itu saya mulai belajar budaya dan bahasa masyarakat Kenyah.
Di samping usaha penulisan kreatif saya mulai saya kembangkan di sini. Puisi saya yang pertama disiarkan dalam Dewan Sastera,
saya terima di sini keluaran September 2000.
Kemudian mulai Disember 2000, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan St. Joseph, Jalan Angsana, 98000 Miri. Dilokasikan
mengajar tahun lima sebagai guru kelas. Di sinilah bermula mengajar ala bandar dan murid paling ramai mencecah lebih lima
puluh orang murid. Saya mengajar Bahasa Malaysia, PJ, Seni dan Pendidikan Moral di sekolah ini. Dari sini juga, saya
belajar pandangan masyarakat bandar bahawa status kita akan dipandang orang. Saya berasa megah dan bangga, sekian lama apabila
saya tidak lagi menjadi pengajar guru kelas tahun lima, para ibubapa mulai mempersoal pihak sekolah. Saya rasa bahawa saya
menjalankan tugas saya sebaik mungkin. Diberikan taraf berpencen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 01.09.1994
dengan rujukan surat SPP.W.80/1/12-9582(11) bertarikh 26.08.1994. Pelbagai kegiatan dijalankan khasnya pembinaan dan
perasmian Blok Galvin yang dibuat sekitar tahun 1995. Pada mulanya saya berasa bahawa pihak sekolah tidaklah menganggap saya
sebagai kakitangan yang dipentingkan tetapi dipinggirkan. Disinilah saya menerima SSB untuk ditandatangani, malang sekali
beberapa tahun di sini, sejak 1990 sehingga Mei 1998, saya tiada diberi peluang untuk gaji menegak atau apa lagi melintang.
Mungkin bukan nasib saya atau rezeki saya tiada ke situ. Saya bersyukur dalam keadaan tekanan yang berat, saya mampu menjalankan
tugas mengikut arahan Ketua Jabatan, tanpa pernah berselisih faham dengan mana-mana pegawai, meskipun ada di antara mereka
meletakkan curiga kepada saya di atas kekurangan saya. Saya tahu, kerana sayalah satu-satunya Bisaya di sini yang paling awal
jadi pendidik sebelum Puan Normah Bunjok datang di pertengahan tahun sembilan puluhan. Apabila subjek Sains bermula di
sini, saya mulai diuji untuk mengajar tiga kelas Tahun 6 bagi UPSR, berat akan tetapi saya terima cabaran itu, meskipun saya
tiada menerima apa-apa ganjaran menguntungkan diri peribadi, sama seperti orang lain makan gaji sahaja. Saya tidak keciwa,
kerana dari sinilah saya mulai belajar erti kemanusiaan itu. Apa pun saya bersyukur kerana diberikan peluang
kenaikan pangkat ke gred DGA5 ke Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali, Niah pada 01 Mei 1998 dengan rujukan surat 65/JP/1688/(A)/(SRB)/(MIRI)(P3)
bertarikh 16 April 1988. Semasa di SK. St. Jospeh, saya cukup berterima kasih kepada kepercayaan Guru Besar di penghujung
saya di sini dalam beberapa perkara. Apa yang membanggakan saya dapat berkenalan dengan beberapa rakan yang banyak memberikan
pendapat dan nasihat khasnya Regina Sarah Abdullah, Nancy Nisi, Aini Suardi, Abd. Razak Sugong, Moni Sapu, dan lain-lain
yang tidak saya sebutkan. Pengalaman bersama kalian amatlah saya hargai. Semasa di sekolah ini di bawah Encik Paul Hii,
sebagai Guru Besar. Dalam pada itu, Poul juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Matthew Naing Ngumbang dan Encik
Gilbert Ding Wan yang juga guru-guru senior yang sedikit sebanyak memberikan nasihat dan juga dorongan, tunjuk ajar dan
apa jua khidmat nasihat yang memberikan saya erti makna hidup sebagai seorang pendidik di sini. Sesungguhnya saya akui, bahawa
segala yang salah, silap dan kurang sempurna itu adalah perbuatan saya, dan petunjuk , pedoman semuanya itu adalah segala
bimbingan tangan kalian sebagai perintis jalan hidup saya di hari muka kelak. Saya mulai mengenali di sini bahawa kalau
kita tiada apa-apa yang ada, maka kita akan dipandang rendah dan semacam diinjak-injak oleh manusia lain. Semua konflik jiwa
ini saya alami tanpa rasa belas kasihan, hanya saya banyak berbincang dari hati ke hati dengan sahabat baik saya Saudara Abdul
Razak Haji Sugong. Kami saling bertukar pendapat, meskipun fahaman dan pandangan mungkin berbeza. Ada baiknya, kerana semua
yang dialami dan dipelajari di sini, dapat mengajar erti kematangan mental dalam jiwa manusia peribumi yang kerdil seperti
saya. Siapa mahu peduli, kalau sendiri tidak mahu ambil peduli. Saya bersyukur kerana kesabaran saya cukup panjang
walaupun kadang kalanya ada waktunya meledak, tetapi masih terkawal. Saya masih melakukan perbuatan yang diterima akal
yang baik dan tidak terlalu bodoh untuk mengikut perasaan semata-mata.
|
|
|
|
Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali merupakan sekolah ketiga yang disinggahi oleh dalam menjalankan
tugasnya. Beliau memulakan tugas pada tahun 1998 yang lalu kemudian meninggalkan sekolah ini pada November 2002 yang lalu.
Beliau bertugas di bawah dua Guru Besar iaitu Henry Tanging Asun dan Encik Freddie Oring Bunsu. Banyak suka duka
diperoleh ketika bermukim di sekolah ini. Memegang portfolio sebagai Penolong Kanan Kokurikulum Gred DGA5. Disahkan
dalam gred DGA5 pada 02.07.1998 dengan surat keputusan daripada Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak pada 08.09.2000 dengan
rujukan 196/JP/SULIT/57/DG5/(MIRI)Jld.3. Pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari PIBG mulai 1998 hingga 2000.
Apa yang memuaskan hati beliau semasa di sini, sekurang-kurangnya dapat sama-sama meletakkan nama sekolah ini sebaris dengan
sekolah yang mengeluarkan pelajar yang baik dalam UPSR. Kejayaan sekolah ini mulai diukur daripada 1998 hingga 2002 yang lalu. Poul
Nanggang, sebahagian tangan yang mengukir nama pelajar yang membawa SK. Rumah Mentali mengharum di daerah Subis. Apa
yang menarik beliau di sini, kejayaan Poul Nanggang melanjutkan pelajaran bagi ijazah pertama iaitu Bacelor Pendidikan(Pengajaran
Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) Dengan Kepujian daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kejayaan ini amat bermakna
walaupun banyak halangan, rintangan yang cuba menggagalkan usaha murni ini akan tetapi berkat kesabaran, ketabahan dan
komitmen tinggi beliau, maka beliau dapat menangkis segala macam cubaan dan cabaran itu semua. Sesungguhnya beliau mengakui
amat serasi bertugas dengan dan dibawah Encik Freddie Oring Bunsu yang mulai berkhidmat disini mulai 2001 hingga 2002 yang
lalu. Selain daripada mementingkan rasa kemanusiaan dan kebajikan guru, Encik Freddie Oring Bunsu amat pandai menghargai
jasa dan sumbangan gurunya. Selain itu Poul juga amat berterima kasih dengan sahabatnya seperti Cikgu Walter Guyut yang banyak
membantu bidang beliau kokurikulum semasa berkhidmat di sini. Dalam pada itu Encik Abdul Rahman Abit juga merupakan sahabat
baik yang banyak berkongsi pengalaman dengan beliau sebagai orang jauh yang datang merantau ke tempat orang demi sesuap nasi.
Sesungguhnya beliau amat berasakan kehilangan para teman dalam tugasnya ketika berpindah ke sekolah baru. Apapun kehidupan
ini harus diteruskan, tugas adalah lebih penting dan utama.
Sekarang baru sahaja berkhidmat di SK. Kelapa Sawit No. 4 Subis, 98150 Bekenu yang berhampiran dengan
jalan raya iaitu Jalan Miri-Bintulu. Surat rujukan 215/JP/1688/(A) SRK/MIRI/Jld.4 bertarikh 23 Oktober 2002 oleh Pengarah
Pendidikan Sarawak. Beliau di bawah Guru Besar, Encik Henry Annoi Sang dan posisi beliau juga masih Penolong Kanan Kokurikulum
Gred DGA 5. Secara rasmi beliau beliau mulai berkhidmat di sini pada November 2002 yang lalu.Setakat ini sudah mulai dapat
menguasai suasana di sini, apa pun, masih banyak yang perlu dipelajari. Bak kata pepatah Melayu, "masuk kandang kambing perlulah
mengembek dan masuk kandang lembu perlulah pula menguak". Biasalah dalam hidup, kita perlu mengikut rentak yang sekian lama
berkumandang iramanya, kalau mahu mengubah corak kenalah gaya dan lagunya.
|
|
|
|
Di mana pun kita berada sebagai pendidik, tugas kita adalah mengajar manusia akan kegunaan makna ilmu pengetahuan.
|
|