Di awal majlis diadakan secara sederhana pelancaran buku para karyawan PUTERA kemudian
ucapan awal dan prawacana daripada Ketua I GAPENA tentang penglibatan PUTERA dalam acara susastera di Malaysia di samping
majlis ulangtahun PUTERA ke- 25 tahun ini yang namapak sederhana tetapi tetapi bermakna. Walaupun kehadiran pada majlis
ini kurang memberangsangkan tetapi makna yang ditimbulkan oleh majlis ini cukup relevan dengan suasana di Sarawak kini. Apa
yang menarik acara hampir dua jam ini, dihadiri dan ditekuni oleh dua tokoh hebat dan besar GAPENA iaitu Ketua I GAPENA, Tan
Sri Prof. Dr. Ismail Hussein dan Pengrah Festival Datuk Prof. Zainal Kling dari awal hingga akhir. Apapun komen tenatng
kolokium itu, yang nyata PUTERA berhasil dan kesederhanaannya. Bukanlah badan penulis yang kaya raya, tetapi masih mampu melahirkan
dokumentasi ahli-ahlinya dalam keadaan seba kekurangan. Dua sesi perbincangan diadakan dengan sesi pertama lebih kepada catata
sejarah lampau PUTERA disamping badan-badan penulis lain di Sarawak, tetapi usianya gagal mencapai hingga hari ini.
Abizai yang telah lama bergelumang dengan PUTERA diberikan kepercayaan untuk melihat dan mendengar suara hati PUTERA sambil
menekan bahawa ada suara orang yang mengganggap diri besar sambil memperkecil dan memperlekehkan usaha, tenaga dan komitmen
PUTERA dalam genre sastera di Sarawak , kemudian William Chan sebagai mantan pemimpin dalam PUTERA menceritakan
nostalgia PUTERA, Saudara Abg. Patdeli Abg Muhi, sebagai seorang peneliti sastera di Sarawak kelihatan lebih banyak memuji
dan mengangkat PUTERA sambil berpesan supaya "menjaga PUTERA sebagai khazanah sastera Sarawak yang berharga". Mana kala Zaini
Ozea pula lebih menejlaskan bantuan dan sokongan DBP Sarawak membantu kerabat PUTERA baik dari segi gerakan mahupun penerbitan
sebagai sebuah badan penulis. Sesi awal ini di dipengerusikan oleh Saudara Basri Abdillah, dari Bahagian Sastera Antarabngsa
BDP Kuala Lumpur.
Sesi kedua perbincangan pula, lebih memfokuskan bicara karya penulis dan hasil karya
karyawan PUTERA. Haji Hamzah Hamdani yang merupakan mantan Pengarah DBP Sarawak, membicarakan karya novel Noor Abby, "Keabadian
Cinta". Kemdian Jaafar Hamdan dari DBP Sarawak mengulas beberapa puisi yang terdapat dalam antologi "Penangkap Rama-Rama &
Kelewar" terbitan sempena 25 tahun PUTERA, Saudara Poul Nanggang, mengulas puisi-puisi Abizai dalam"Membentuk Elok Di Teluk
Esok" dan Saudara Hipani Alwi membicarakan puisi-puisi tentang kampung dalam karyanya yang cukup menarik dan berjaya. Sesi
ini dipengerusikan oleh Encik Jaya Ramba yang begitu bersahaja menjayakan majlis ini.
Apa pun, majlis ini dihujungnya dihadiri oleh perwakilan-perwakilan pelbagai
kaum sambil mempotretkan diri tanda kenangan dalam majlis ini. Setiausaha I GAPENA, Prof. Madya Dr. Zainal Abdin Borhan, menyampaikan
rasa bangganya kerana dalam kesuntukkan waktu PUTERA masih mampu merealisasikan agendanya. Tahniah dan selamat ulangtahun
para karyawan PUTERA.