AKU BUKAN HIPOKRIT

Esok Bermakna
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Pilihlah mana yang terbaik sama ada hidup untuk makan atau makan untuk hidup dalam kita menjalankan kehidupan kita ini. Jangan paksa diri untuk percaya apa yang orang lain ungkapkan.

Dalam soal cari makan, kita tidak boleh bertolak ansur. Terpaksa melakukan segala perkara sama ada kita suka atau tidak. Pokoknya asal kita dapat wang hasil daripada pekerjaan yang kita laksanakan itu. Kadang-kadang kita amat kecewa apabila majikan kita mempunyai arah pandangan yang amat bertentangan dengan kita. Apapun kita mesti akur juga kerana mahukan dapur kita berasap. Biarlah majikan kita selalu menang meskipun untuk menyedapkan suasana kita sering mendengar majikan mahukan "win-win situation". Sebenarnya itu pembohongan sahaja, majikan selalunya menang dan pekerja bawahan dibiarkan melakukan apa sahaja kehendaknya. Beliau pandai komen kiri dan kanan malahan bawah dan atas juga depan dan belakang. Tetapi sayangnya, kita tidak mampu melihat kehebatan yang penah ia lakuakan kepada jabatan atau dirinya yang terhebat dan terbaik, selain daripada mencukai kerja dan usaha orang lain sambil dalam waktu yang sama mengaku bahawa ia melakukannya yang terbaik. Pembohongan besar.Saya kecewa sekali dengan fenomena ini pada awal saya mulai menerjunkan diri ke dalam perkhidmatan awam tetapi saya mulai muak dan fahami serba sedikit sepak terajang dalam perkhidamatan awam. Kalau tidak mahu diseksa dengan sumpah serenah kata-kata kesat maka harus menyediakan alternatif yang terpuji agar kita tidak di dalam penjara minda yang cukup menekankan ini. Kini setelah hampir menjangkau lima belas tahun perkhidmatan, saya mulai menyedari bahawa jangan cuba pasang angan-angan tinggi kononnya, tiada siapa yang mahu mengangkat kita. Walau bagaimana baik dan terpuji kerja kita sekian lama, tiada siapa akan pandang semuanya, kerana umpama manis tebu dihisap sepah tebu dibuang. Kerja kita sahaja yang diambil kira, tetapi kita sendiri diperhambakan.  Jangan bercakap tentang kepuasan, memang tidak puas kecuali kepada yang pandai kaki ampu dan kaki bodek. Meskipun kerja sedikit, tapi pandai sandiwara bukanlah niat kita mahu memecahkan periuk belanga orang lain, tidak sekadar mengambil contoh. Pernah saya mengajar di SRB. St. Joseph, Miri  sekitar 1994-1997 waktu SSB masih panas menerima komen, ada pegawai yang baru sahaja setahun berada di sekolah itu sudah mampu meraih kenaikan gaji melintang atau menegak sedangkan saya dengan beberapa orang rakan yang pernah bertungkus lumus mengangkat martabat sekolah sejak lima enam tahun yang lebih awal, langsung tiada diberikan apa-apa. Ada teman yang kecewa. Tapi saya tidak, kerana saya tahu bahawa tiada akan ada manusia mahukan beri status sehebat itu kepada saya, maka saya tidak kecewa meskipun rasa amat terkilan dengan cara majikan melihat dan memantau kita. Kita akur dan terima semua ini, tanpa apa-apa perasaan kerana kita memang tidak pernah memasang angan-angan yang setinggi itu dalam hidup. Saya berjanji pada diri saya agar saya sendiri yang memastikan saya terangkat tanpa bantuan tangan-tangan  berkuasa hebat ini. Saya mahu buktikan kepada mereka, tidak akan selamanya saya diinjak-injak sebegini rupa. Atas kesedaran itu, saya mulai bertekad dan berazam demi masa depan saya sendiri, anak-anak, keluarga dan sanak saudara yang pernah menghargai saya dalam hidup ini.  

Sememangnya banyak hal dan perkara yang kita tidak puas hati. Ini perihal seorang sahabat baik saya yang sering bercerita akan segala apa yang terjadi dalam lingkungannya. Sama seperti saya menjawat jawatan guru. Memang hasil gaji daripada pekerjaan inilah yang diberika kepada keluarga dan hidup secara peribadi. Jangan lupa, inilah pekerjaan kita. Setelah hampir tujuh belas tahun bergelumang dengan tugas murni ini, kini kawan saya mulai sedar dan sering kali mengeluarkan pandangannya apa lagi setelah sekian waktu dalam bidang ini belum langsung dihargai dan dipandang segala ilmu yang diperturunkan. Kecewa, siapa pun pasti kecewa. Zaman SSB mulai berlabuh hingga tamat riwayatnya, tidak pernah berpeluang  dapat rezeki melintang atau menegak daripada pentadbir. Sedang kawan ini berasa dan saya pun turut akur menilai bahawa ia layak sekurang-kurangnya satu daripada pengiktirafan itu. Tidak usuahlah pelbagai anugerah lain, rasanya itu paling bererti dalam pekerjaan.
            Malang sekali, dalam suasana pejabat kawan saya sering terikat oleh jabatan daripada mengikuti aktiviti luar. Saya setuju juga ideanya, kalau orang dalam rumah sendiri tidak ambil peduli tentang kita, buat apalah kita susah-susah hendak jaga hati budinya. Sudah sekian lama kita semacam tidak dipedulikan apa lagi soal gaji dan peluang yang lain, tetapi apabila soal kerja kita juga mahu dikerjakan. Malang sekali. Sedangkan apa jasa pejabat kepada kita? Sama seperti orang lain dapat gaji juga, kerja lebih lagi alah kadar. Sedangkan kita, periksalah latar belakang sekolah dan subjek yang diajar, memang mencapai rekod pencapaian yang membanggakan. Tapi orang di atas buat  tidak pandang dan lihat sahaja. Butakah mereka? Kawan saya mulai melenting marah-marah, hanya pengubatnya kata-kata belum rezeki dan kita masih ada hari esok.
             Namun saya setuju, kalau kita diberikan ala kadar, maka perjalanan tugas dan khidmat kita pun ala kadar. Bagi saya penghargaan itu penting sebagai tanda bahawa segala khidmat dan bakti kita dihargai bukan hanya tenaga kita diperah dan susunya dipam diambil tetapi tubuhnya langsung tidak diberikan apa-apa  penghargaan. Ini tidak boleh jadi.  Kerja memang kerja, tetapi lihat apa yang disumbangkan jabatan kepada kita sejak sekian lama tujuh belas tahun. Bukanlah kita mahu pujian melambung dan pujian melangit tetapi yang sepatutnya ada, patutlah dihadiahkan, saya setuju pandangan itu meskipun tidak seratus peratus..

Enter content here

Enter supporting content here