Joseph Blandoi merupakan sahabat dan sepupu saya yang paling banyak berkongsi pandangan
dan pendapat baik waktu persekolahan menengah mahupun setelah kami sama-sama di alam pekerjaan. Bicara kami lebih kepada ilmu
pengetahuan, perkembangan masyarakat Bisaya, kemanusiaan, segala macam hal-hal semasa yang menyangkut kehidupan. Dua tiga
tahun lalu minat kami mulai kepada badminton, pemainan yang sama-sama kongsi pengalamannya. Kini beliau sedang menjawat jawatan
dalam agensi kerajaan dinamakan SALCRA dan berkelulusan MA daripada UNIMAS.
Seorang yang tidak akan pernah mungkin saya lupai dalam hidup saya ialah Saudara Jaya
Bagang. Seorang kerani di JPJ Miri. Beliau juga banyak membantu saya dalam waktu kesukaran dan kesulitan hidup ini. Semuanya
tidak akan pernah mampu tercatat di sini, hanya hati dan ingatan sahaja yang akan dapat melakarkan semula nostalgia silam
yang menggigit perasaan itu. Saya tetap mengingati beliau baik di waktu senang mahupun di waktu sulit. Segala jasa baiknya
tidak mungkin dapat saya balas, saya sungguh-sungguh menghargai beliau.
Mac Donald David Labet, walaupun persahabatan kami sekitar intim dalam dua tahun sekolah
menengah rendah, itu semua terpahat sebagai kenangan yang paling asyik dalam hidup.Beliau juga sepupu saya. Beliau merupakan
"partner sparing" saya dalam arena badminton dan juga pasangan saya dalam acara beregu.Kejayaan utama kami berdua apabila
mencatat kejuaraan dalam Pertandingan Badminton MSSM Bawah 15 Tahun Bahagian Limbang sekitar tahun 1980. Itu cukup manis sekali. Di
samping sama-sama menginap di sebuah asrama waktu sekolah. Banyak susah senang kami hadapi bersama.
Edmund Thomas, seorang lagi sahabat saya ketika menuntut di maktab perguruan Sarawak
Miri sekitar tahun 1985 hingga 1987. Tiga tahun bersama amat saya hargai segala pengalaman bersamanya khasnya sama-sama
merintis dalam arena tennis sehingga kami menkjadi pasangan beregu maktab perguruan yang cukup kental dan liat. Kekalahan
kami di MP Rejang tahun 1985 suatu permulaan. Kemudian kami berjaya mencipta sejarah menjadi pasukan tennis ke Peringkat Akhir
Maktab Perguruan Seluruh Malaysia pada tahun 1987, kekalahan kami di separuh akhir kepada pasukan MPIK ketika itu satu kenangan
yang cukup bersejarah. Bagaimanapun, kami saling memahami di anatara satu sama lain, tidak menyalahkan kawan kerana masing-masing
geram menerima telatah penyokong walaupun kami mendahului set I dalam kedudukan 5-1 tetapi kami tumpas 7-5, kemudian kalah
lagi di set II. Saya amat menghargai jurulatih kami Mr. Francis Wong yang banyak memberikan dorongan dan semangat. Hampir
sepuluh lima belas tahun tidak menemui beliau, saya berharap kami akan bersembang panjang di waktu mendatang.
Saudara Jerome Lau pula sahabat saya keturunan Cina yang kental dan liat semangat juangnya.
Mula ditempatkan di Long Banga, Baram pada tahun 1985, dan saya di Long Jeeh.Rasanya kami lebih dekat dalam gerakan
keagamaan ketika saya menjadi Presiden TCCF di maktab perguruan. Kami sama-sama mengendalikan majlis doa pagi dan malam untuk
penuntut baru dalam minggu orentasi maktab ketika itu. Kami mulai menghayati cara hidup Kristian dalam pergaulan kami
termasuk juga Edmund Thomas, Nyandang Seli, Alex Emang, Narawai Aba, Jites Jaid dan Henry Madai ketika itu. Panggailan
saya kepada beliau JL sahaja. JL sekarang di Serian, sedang berusaha gigih untuk berbakti kepada ibunya. Saya cukup
tertarik dengan pandangan hidupnya.
Tony Madup merupakan sahabat yang tidak mungkin saya cicirkan dalam senarai hidup saya.
Beliau merupakan kenalan rapat saya ketika di maktab perguruan selama tiga tahun. Kami banyak menempuh dan merempuh alam maktab
perguruan yang cukup panjang cerita. Waktu majlis "belah pinang" beliau dengan isterinya Puan Inya Ragai di Kanowit
saya di antara teman-teman yang ikut sama dalam upacara penting ini. Saat yang tidak dapat saya lupa apabila beliau digagalkan
oleh pensyarah waktu latihan mengajar pada tahun 1987, saya sungguh-sungguh simpati walaupun tangan ini tidak campur tanagan.
Saat menggembirakan ketika ditabalkan menerima "Anugerah Guru Cemerlang" oleh Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1999/2000.
Saya menganggap beliau umpama abang saya, kalau marahpun tidak akan sampai ke mana, kami cukup mengerti perasaan masing-masing. Kami
banyak berkongsi dalam soal pendidikan, masyarakat Bisaya, persatuan dan pelbagai agenda kehidupan. Saya dan beliau amat serasi
sekali. Kini beliau di JP Bahagian Limbang, Pegawai Iktisas Bahagian Kokurikulum Sekolah.
Saudara Narawi Aba, merupakan sahabat saya ketika di maktab perguruan selama tiga tahun.
Panggilan saya Awi kepadanya. Beliau juga banyak mengetahui cara saya baik di waktu sejuk mahupun di waktu panas baran. Tahun
akhir 1987, saya dan Awi tinggal berkongsi sebilik di Ocean Park, Miri selamat setahun. Kami sama mengajar (praktikum/latihan
mengajar) di SK South, Miri. Makan tengah hari di kedai Yaming(Sepupu kakak ipar saya Jessica Limas) di pekan Miri. Banyak
suka duka kami kongsikan bersama, tetapi kami tetap sahabat yang cukup akrab. Saya membeli motorsikal ketika itu, tapi
lesen tiada, dan Awi pemboncengnya.Dalam mengejar ilmu di awal tahun 90-an, kami sama-sama menduduki STPM sememangnya mahu
tingkat martabat diri sendiri. Awal tahun 2000, kami sama-sama mengikuti PJJ, Awi ke UKM sementara saya di UPM. Dengar cerita
terkini, Awi sedang menyiapkan kursus pengajian yang terakhir untuk ijazah pertamanya. Saya tahu bahawa beliau yang mempunyai
kekuatan semangat kuat, azam tinggi dan daya usaha berlipat ganda.Kini mengajar di SK. Long Napir, Limbang menjawat jawatan
PK. Kokurikulum.
Thomas Nasir Sapik merupakan "pakcik" saya kalau mengikut pangkat dalam keluarga. Saya
amat menghargai beliau di waktu awal penghijahahn ke Miri. Beliau bekerja di MAS. Banyak membantu rakan-rakan dalam soal penrebangan
ke Limbang. Saya pernah tinggal di rumah hampir setahun tanpa cukai kerana desakan ekonomi, semuanya itu akan saya ingat dalam
memori saya. Jarang-jarang mendapat sahabat sebaik itu. Sekiranya pun ada perselisihan di anatara kami, saya tetap menghormatinya
sebagai sahabat dan "uncle" yang seharusnya saya hormati. Tiada yang lebih baik daripada mempunyai sahabat daripada mempunyai
musuh yang kita cipta sendiri. Kini beliau sudah bahagia dan berumah tangga dan tinggal di Taman Tunku, Miri.
|
|
|
|
Matthew Dominic Madai juga bukan sahaja sepupu saya, tetapi juga sahabat yang banyak memberikan pandangan, pengorbanan
dan nasihat yang amat berguna dalam meniti hidup ini. Saya pernah menumpang bebrapa bulan di kediamannya. Sekarang masih
bujang, bertugas di TELEKOM Malaysia Miri. Tinggal di Taman Tunku, Miri. Saya memahami hati budinya cukup baik
dengan saya. Ketika saya belajar PJJ di UPM, saya tidak mempunyai set komputer, maka saya banyak menggunakan kemudahan yang
ada pada beliau untuk menyiapkan kerja tugasan dan kursus pengajian saya. Ketika saya menamatkan pengajian dan menghadiri
konvokesyen saya sempat menghantar emel terima kasih saya semua itu, untuk beliau dan Saudara Thomas Nasir. Selain itu
di waktu perkahwinan saya, waktu abang ipar saya meninggal dunia dan terkini sewaktu ibu saya sakit di hospital,semuanya tidak
mungkin saya ingati jasa baik kepada saya dan keluarga. Sememangnya susah mendapat sahabat sebaik beliau. Saya berbangga
mempunyai sahabat dan sepupu seperti beliau di waktu sulit dan di waktu ketawa ria, masih datang seperti biasa menjenguk dan
bertandang. Tiada lebih indah selain daripada pengertian kita sebagai sahabat baik.
Rinda Aba, sepupu sekali saya yang paling hampir dengan saya. Kami telah mengenali diri sejak zaman awal persekolahan
kanak-kanak lagi. Nampak sahaja kami tidak rapat, tetapi kami saling berhubungan di antara satu sama lain. Saya cukup
menghargai beliau terhadap apa jua pengorbanan beliau kepada saya. Sekarang bertugas dengan BOMBA di Miri dan tinggal di Taman
Tunku, Miri. Sebenarnya kami banyak menyimpan cerita suka duka dalam kehidupan ini di peringkat kanak-kanak, awal remaja dan
dewasa ini. Masing-masing saling mengerti dan memahami di antara satu sama lain. Dalam diam beliau, saya amat bangga
mempunyai sahabat dan sepupu seperti beliau.
Abizai atau Zainal Abidin Hj. Suhaili merupakan nama besar dalam sastera Sarawak dan Malaysia.Saya bukan memilih beliau
berdasarkan nama besarnya sebagai sahabat, akan tetapi sudah sekian lama kami mengenali dan memahami di antara satu sama lain
atas minat terhadap perasada sastera dan budaya itu sendiri. Menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2001/2002 dengan
kumpulan puisinya "Membentuk Elok Di Teluk Esok". Kami banyak berbincang dan bertukar fikiran dalam urusan program, aktiviti
sastera bagi PUTERA dan hal-hal penulisan karya kreatif. Saya amat memuji beliau kerana ketenangan, keterbukaan dan semangat
setiakawan yang cukup tinggi. Agak sukar mendapatkan sahabat seperti beliau yang banyak berkongsi maklumat dan informasi mengenai
ilmu sastera, perkembangan sastera dan apa-apa juga kegiatan yang menyangkut soal budaya, bahasa dan sastera. Beliau juga
dianugerahkan "Anugerah Sastera Kebangsaan Negeri Sarawak - Genre Puisi pada tahun 1977" di atas usaha yang ditunjukkan dalam
bidang ini. Menurut Jeniri Amir pengkritik sastera Sarawak yang prolifik, Abizai merupakan penyair Sarawak yang sudah berada
di tahapnya yang tersendiri dengan "trade mark" yang diketahui oleh pengkritik sastera. Pencapaian beliau setanding kalaupun
tidak melebihi kehebatan penyair tersohor Sarawak seperti Adi Badoizaman Tuah dan Saiee Ideris. Abizai adalah kebanggaan
PUTERA dan kini menjadi penghulu iaitu Ketua I PUTERA bagi sesi 2003/2004 dalam pemilihan baru-baru ini.
James Lopez, merupakan sahabat yang tidak mungkin saya lupai sebagai bekas pensyarah saya yang mengganggap saya sebagai
teman yang dipercayai. Perkenalan dengan beliau sekitar tiga tahun sebagai pensyarah membuat saya berasa bahawa beliau merupakan
seorang sahabat yang tidak akan luput dalam kenangan saya. Saya menghormati beliau kerana sikap sederhananya dalam segala
hal. Kami banyak berkongsi dalam hal keagamaan yang kebetulan, sama-sama menganuti fahaman yang sama. Saya cukup kagum dengan
sikap sederhana beliau. Apa pun saya berasa kehilangan beliau setelah meninggalakan bumi Sarawak berpindah kembali tanah semenanjung
beberapa tahun yang sudah. Apapun persahabat tetap mengharum dalam sejarah kehidupan ini.
|
|
|
|
Sahabat-sahabat lain akan saya buat dalam sedikit masa lagi seperti Donnysius Richard, Serol Aba, Henry Madai, George
Gumbang, John Lengge, Jalong Lihan, Jasni Matlani, Hj. Hassan Hj. Abd. Hamid, Jonlain Liam, Nicholas Ngalai Belawing, Abdul
Razak Haji Sugong, Freddie Oring Bunsu, Latip Sapong, Awang Abdullah, Lim Swee Tim, Basri Hj. Abdillah, Abizai, Abang
Padeli Abang Muhi, Dr. Othman Puteh, Antionio Kahti Galis, Firdaus Abdullah @ Yanta Pegang, Ismail Lamit, Philip Tay@
Yampil, Ignatius Jushef Bunsuan, Thaddeus Tumang & Doria Jinap, Walter Guyut, Esteher Tujang,Engan Jalong dan
banyak lagi yang tidak sempat disenaraikan di sini.
|
|