Apa yang menarik dalam persaingan merebut takhta ketua I GAPENA yang mulia lagi tersohor itu, Pendeta Dr. Ismail Hussein
yang terkenal kebal dalam menrerajui GAPENA sekali lagi mendapat kejutan kali ini apabila ditentang oleh Amiruddin Mohd Ali
Hanafiah yang juga Ketua I, PPJ dan AJK GAPENA Sesi 2007/2008 yang lalu. Dalam suasana yang sedikit berbeza daripada pemilihan
yang sudah, Saudara Amiruddin nampak sekali sebagai wakil golongan muda dalam GAPENA inginkan pembaharuan dalam gerak, silat
langkah dan hala tuju GAPENA. bayangkan tokoh yang menerajui GAPENA sejak 1970 lagi hingga kini masih gah memimpin gerakan
ini di Malaysia. PIH bukan sahaja terkenal di malaysia dan Nusantara tetapi seluruh dunia dengan usahanya dalam GAPENA diterjemahkan
oleh para intelektual dan bijakpandai.
Walaupun agak mengejutkan, pertandingan itu umpama langit dengan bumi yang menunjukkan ketokohan seorang tokoh sastera
Melayu perkasa iaitu Pendeta Ismail Hussein dengan seorang anak muda baru belajar kata seorang wakil dari badan penulis iaitu
Saudara Amiruddin Ali. Tetapi itu tidaklah memeranjatkan bagi saya, kerana dalam proses demokrasi kita harus berani berdepan
dengan semua kalau mahu melangkah lebih jauh. Dalam persaingan itu, PIH(Pendeta Ismail Hussein) mengalahkan Saudara Amiruddin
Ali dengan 46-29 undi. Bagi saya yang meakili PUTERA dan juga turut mengundi, percaya bahawa ini adalah politik sastera, sama
juga dengan politik negara. Maknanya berani tebang berani pikul, tetapi jangan sampai marahkan nyamuk kelambu pula dibakar,
itu salah. Saya jujur mengatakan bahawa apapun tercatat dalam sejarah, bahawa PIH tetap unggul, ada karisma hebat, masih diperlukan
oleh kawan-kawan dalam gerakan sastera dan bahasa dan pernah ditentang zaman Ahmad Sebi selaku Ketua I, PENA 1973 dan
2008 oleh Amiruddin Ali, Ketua I, PPJ. Biar pun banyak yang kita belajar dari sini, tetapi saya mengganggap itu adalah rencah
kehidupan.
Saya sama sekali tidak setuju bahawa kredilbiliti PIH mulai merosot akibat
cabaran ini. Tetapi beranggapan bahawa tokoh ini harus dihormati dan disanjungi kerana memperjuangakan sastera bahasa dalam
seluruh hidupnya. Walaupun demikian, tidak bermakna adalah taboo untuk menentang beliau dalam menduduki kerusi Ketua I GAPENA.
Bagi saya mungkin, belum masanya lagi bagi Amiruddin Ali menyakinkan perwakilan untuk selsa di kerusi itu. Bagi jawatan-jwatan
lain telah dimenangi tanpa perttandingan di kaalngan karyawan. Ini sedikit sebanyak menjadi gundah gulana dan ratap hiba
ucapan perwakilan yang melihat pertandingan ini sesuatu yang mencacatkan GAPENA. Hakikatnya bagi saya demokrasi telah dipraktikkan,
bukan sekadar gah nama tulisan atau bicara di persidangan.
Kepada PIH, diharapkan sangat setia memperjuangkan hak sastera buidaya bangsa yang masih terpinggir,
khusunya penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik di sekolah dan pusat pengajian tinggi. Kemudian soal mengangkasakan
Bahasa Malaysia itu sendiri yang kurang diberikan perhatian meskipun tercatat dalam Perlembagaan Perkara 152. Begitu mudah
dimanipulasi soal bahasa bangsa, sehingga terpinggir. Selain itu, pemilihan bahan KOMSAS di PPK Kementerian Pelajaran Malaysia,
masih belum reda dengan trend terkini memilih karya yang bercorak sensasi sastera remaja popular. Ini bertentangan dengan
sikap dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara mahu melahirkan insan yang berktarmpilan dari aspek emosi jasmani, rohani dan
intelek. Maknanya pilihlah sastera yang dianggap adikarya atau maha karya di Malaysia untuk suapan minda dan pemikiramn anak
bangsa masa akan datang yang tentunya dari sastera yang serius yang ditemui oelh karyawan yang menulis sastera serius
sifatnya, tidak kiralah dari Sasterawan Negara atau penulis biasa, yang penting karyanya.
Bagi Saudara Amiruddin pula, saya tabik di atas keberanian saudara. Mungkin tiada gunanya menyalahkan
diri atau strategi dalam pemilihan ini, tetapi harapan saya, tuan harus menersukan perjalananan sastera dengan penuh
keyakinan dan tajamkan sentuhan pemikiran dan cara kerja di dalam gerakan sastera, bahasa dan budaya bangsa. Saya berharap
ini bukanlah titik niktah perjuangan saudara. Selamat kembali menegak bahasa sastera bangsa kita bersama. .