AKU BUKAN HIPOKRIT

Penghargaan
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Biasalah dalam hidup orang memberi kita merasa dan orang berbudi kita berbahasa.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan saya yang tidak terhingga kepada Prof. Dr. Amat Juhari Moain, yang juga bapa angkat  saya yang kini bertugas sebagai pensyarah di Fakuliti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia yang sungguh banyak menghulurkan tangan pertolongan, nasihat, bimbingan, perangsang,   bantuan, yang tidak akan mungkin  saya balas sehingga bila -bila , sewaktu saya menuntut selaku mahasiswa PJJ di Universiti Putra Malaysia, Serdang sekitar tahun 1989-2002 yang lalu. Lalu lewat halaman web ini, saya menyampaikan hormat, pujian dan penghargaan saya yang tidak terkira rasa kepada beliau, isterinya dan seluruh keluarganya. Saya akan tetap mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kebahagiaan dalam hidupnya. Sebagai manusia biasa yang tahu berterima kasih, rasanya ucapan dan ungkapan itupun tidak akan mampu menyatakan semuanya. Akan tetapi itulah sahaja yang saya dapat mampu lakukan, mudah-mudahan di lain kesempatan saya tidak melupakan segala jasa baik beliau kepada saya. Pertemuan dengan beliau sewaktu saya mengikuti majlis penutupan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur Ke-9 tahun 2002 yang lalu di Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan; yang mana beliau sama hadir di majlis itu.
 
Puan Chia Yip Lan juga salah seorang pensyarah saya di Maktab Perguruan Sarawak, Miri merupakan salah seorang guru dan sahabat baik saya yang tetap akan saya ingati pada sekitar tahun 1985-1987 yang lalu. Beliau banyak menuangkan nasihat, waktu dan kata-kata perangsang bukan sahaja kepada saya malah keluarga saya khasnya bapa saya Nanggang Julang juga berterima kasih kepadanya dan adik saya Alvin Yumpud Nanggang  yang pernah beliau hulurkan tangan membantu sedikit sebanyak dalam ketegangan yang membelit perasaan. Kemudian pada tahun 2002 beliau selaku tutor saya dalam kursus Pendidikan Moral yang seterusnya mengalami halangan untuk saya lulus, beliau juga salah satu tangan yang membantu memberikan nasihat dan tunjuk ajar agar berjaya. Rasanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segala kebaikan dan budinya itu.   
 
Selanjutnya saya tidak mungkin mencicirkan nama sahabat baik saya Saudara Basri Hj. Abdillah yang kini bertugas di Bahagian  Pengembangan Sastera Antarabangsa, DBP Kuala Lumpur. Banyak perkara yang saya menyatakan rasa terima kasih kepada beliau yang tidak perlu saya ungkapkan di sini. Tetapi saya amat menghargai persahabatan dengan beliau yang banyak membantu dan mengingati sahabat lama yang jauh di Sarawak sini. Meskipun berlainan agama, budaya dan pegangan hidup, persahabatan kami mengatasi semua itu dan semerbak mengharum dalam taman persahabatan. Semoga Tuhan akan memberkati segala usaha baiknya. 

Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada abang saya sendiri Saudara Bernad Suling Nanggang yang banyak memberikan bantuan kewangan sewaktu saya menuntut baik di sekolah mahupun hingga ke maktab perguruan bagi mendapatkan sijil guru sekitar lima belas tahun yang lalu. Tanpa beliau, tidak mungkin saya dapat menjadi manusia yang seperti ini pada hari ini, mungkin saya tidak mampu melunaskan  segala kebaikannya, sebagai adik saya amat menghargi semua sokongan, sumbangan, nasihat dan segala apa yang beliau hulurkan dalam diri saya. Hanya Tuhan yang akan bisa mengerti semua ini. 
 
Seterusnya dalam bakat penulisan kreatif, saya tidak akan melupan nama Saudara Willian Chan jufga  seorang pengasas di dalam PUTERA yang pada awal pembabitan saya banyak menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada saya untuk berkarya dan memperkenalkan saya dalam kerabat PUTERA secara meluas. Saya amat menghargai beliau, di mana pun saya berada dalam sastera, beliaulah merupakan peledak kepada apa yang saya miliki pada hari ini. Saya tidak akan mungkin menjadi kacang lupakan kulit dalam hal ini. Sebagai manusia yang ada hati budi, rasanya saya amat menghargai segala jasa baik beliau sekian lama ini. Mungkin saya tidak pernah menyatakan kepada beliau akan tetapi saya saya telah menyatakan semua ini lewat web saya ini. 

Dr. Othman Puteh adalah nama yang gah dalam sastera tanah air. Dalam bengkel yang pernah beliau kendalikan di Miri, Sarawak. Beliau juga salah seorang pemupuk "seni sastera" di dalam tubuh saya ini. Saya amat kagum cara beliau dalam mengutarakan idea dan membimbing para penulis, meskipun saya bukan menulis dalam genre kepakaran beliau, tetapi saya tetap mengutip segala pengalaman itu dengan penuh setia dan taat.Saat yang tidak saya lupakan apabila pada 19 Oktober 2003 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatallah. Suatu kehilangan yang tidak dapat diganti bagi saya sebagai sahabat, mentor yang banyak berkongsi pengalaman dan rencah-rencah peristiwa yang cukup banyak untuk dijana sebagai bahan karya dan ilmu bantu sastera. 

Dalam pembabitan saya di kancah sastera perdana, saya juga tidak mungkin lupa manusia punya nama  besar yang  bernama Ismail Hussein. Prof. Emeritus Tan. Sri  Dr. Ismail Hussein,  Ketua I GAPENA ini amat saya hargai segala jasa bakti kepada saya manusia kecil yang bernama Poul Nanggang ini. Atas nama beliaulah saya dapat dijemput untuk beberapa program yang penting GAPENA. Saya berasakan bahawa jemputan GAPENA itu lebih kepada jemputan beliau secara peribadi, kerana beliau yang lebih mengenali diri saya daripada GAPENA mengenali diri  manusia yang namanya Poul Nanggang. Saya kagum kepada beliau dalam melihat persahabatan itu . Saya berterima kasih kepada GAPENA dan beliau yang   masih memilih ikan kecil dan penyair kerdil seperti saya dalam pelbagai  aktiviti GAPENA baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa yang mampu digapai oleh saya. Saya tahu, bahawa pemilihan saya ke acara ini sudah lebih daripada mencukupi sifatnya.Persahabatan dan perkenalan dengan beliau sedikit sebanyak telah memberikan saya peluang dan kelebihan dalam karya saya. Bukan bermaksud saya melobi karya semata-mata bersahabat dengan beliau. Tidak sama sekali.