AKU BUKAN HIPOKRIT

Paparan Nostalgia
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

"Hebat sangatkah Poul Nanggang itu?" Kata-kata ini amat menikam kalbu saya kerana manusia yang meluahkan kalimat ini mempertikai ketangguhan saya bermukim di mandala ini. 

Masih segar dalam ingatan, sewaktu saya dijemput menjadi pemakalah di "Pertemuan Dunia Melayu" di PWTC Kuala Lumpur pada tahun 2001 yang lalu, saya semacam pernah mendengar angin membisikkan kepada saya kalimat yang dimuntahkan oleh seseorang kepada saya sebagai orang yang tiada nama dan pangkat apa-apa. Saya tidak akan mengambil hati akan kata-kata ini, tetapi tetap tersimpan dalam sanubari kalbu saya bahawa ada manusia yang menghina saya ketika saya tidak mempunyai daya untuk mempertahan diri. Saya akur. Biarlah hal ini saya khabarkan kepada anak-cucu saya agar mereka mengerti dan memahami segala apa yang saya hadapi ketika ini. Agar menjadi contoh dan mereka dapat tahu bagaimana layanan yang diberikan oleh manusia kepada leluhur mereka. Meskipun saya tidak mengeji, menghina makam manusia berkenaan kerana bukan manusia yang mencari permusuhan sesamanya. Tetapi inilah yang terjadi kepada saya sewaktu diinjak-injak oleh manusia lain ketika saya menjadi kerdil dan tanpa genggaman kuasa. Mereka melihat saya sebagai manusia yang tiada mempunyai hati dan perasaan. Suka hati sahaja dilemparkan kata-kata luka berdarah tanpa segan silu dan menjaga hati manusia yang menerimanya.
Memang saya tidaklah sehebat mana. Saya akui. Tetapi mungkin ada manusia lain yang melihat kelibat bakat, keistimewaan dan sesuatu yang "lain daripada yang lain" pada diri saya sehingga sanggup memungut dan mengutip saya yang serba serbi kekurangan ini. Itulah ungkapan kata saya kepada manusia yang berkenaan. saya memang tiada ada apa-apa yang dibanggakan. Biarlah manusia sesukanya menginjak-injak manusia lain, agar ia menjadi puas dan megah, bangga kerana dapat memijak-mijak manusia lain yang tiada daya dan tiada kuasa. Biarkanlah, mungkin suatu hari kelak akan pasti bahawa beliau juga tidak akan disumpahseranahkan oleh pantulan kata-kata laknat yang pernah melucur di bibir busuknya itu. Mungkin hati berish tetapi mulut dan bibirnya cukup busuk sekali.
Saya lewat web ini bukanlah membela diri dan mempertahan apa yang saya ada, tetapi sebagai manusia yang ada hati dan nilai yang dipegang pastinya saya juga mencuba menjadi hakim peribadi untuk memperbetulkan "klien" saya iaitu "roh hati saya yang suci dan murni" agar tidak diperlakukan sedemikian rupa oleh manusia-manusia yang ada kuasa, nama, wibawa. Mohon kepadanya, septutnya membela dan memberi ruang dan kesemapatan sesama manusia untuk menjadi warga manusia yang lebih saling memahami dan lengkap-melengkapi sesama insan di mandala permukiman manusia ini.     

Dalam manuskrip coretan saya, telah berpesan kepada anak-anak saya agar menilai erti kemanusiaan ini dengan lebih tinggi. Jangan sepahkan kata-kata dan makna kemanusiaan  yang hanyir itu  dengan sumpah serakah. Meskipun saya mengakui sebagai "guru" saya agak berlebih-lebihan dalam menekankan dan kepentingan menuangkan ilmu ke dalam tempurung anak murid, tetapi saya sedar bahawa itu adalah tanggungjawab saya sebagai guru mengangkat murid agar menjadi warga manusia yang memilik ciri-ciri yang terhurai dalam "Falsafah Pendidikan" negara kita. Saya sengaja tujukan kepada anak-anak saya kerana saya tidak mahu apabila mereka memegang wibawa dan kuasa mereka seolah-olah hilang kemanusiaan dan sentuhan sopan santu serta budi bahasa dalam menganyam kehidupan ini. Saya mahu mereka erti kehidupan yang luhur yang diajar oleh budaya kita Timur sekian lama. Itulah bukan sejak akhir-akhir mulai 2001 ini puisi-puisi protes mulai tumbuh dalam diri saya kerana reflek daripada dianiaya oleh kalimat-kalimat maut daripada syaitan dan iblis yang cukup menyesatkan. Saya kadang-kadang amat kecewa, dan semua kekecewaan saya itu saya tuang dalam bentuk tulisan biarlah apa yang terperap itu menjadi semacam wadah dan wahana untuk saya melepaskan perasaan saya  yang bergejoilak sekian lama. Saya tidak kira apa yang orang lain kata tentang saya, yang penting "saya mempunyai wajah diri dan sentuhan rohnya tersendiri". Katakan apa sahaja, umpatlah saya, kejilah saya bukan saya mahu menyusahkan  atau pernah meminta-minta sedekah daripadanya. Kalau saya pernah "terhutang budi" atau khidmat, jasa atau apa-apa mungkin saya boleh terima manusia itu sewenang-wenangnya meledakkan kata-kata peluru berpandu amarah atau apa sahaja kepada saya. Tetapi kalau sama-sama juga cari makan di Bumi ini dan taraf sama seperti saya "hidup makan gaji"  dengan belas ehsan daripada pemerintah, janganlah berlagak angkuh seperti sang penguasa yang hebat dan bergaya yang ada amanat kuasa dan mohor karisma daripada Dewata Petara Raya- Penjaga Jagat Alam Raya ini . Manusia juga tahu posisi kita. Oleh itu cakap siang, pandang-pandang dan cakap malam tengok-tengok agar wabak kesombongan diri itu tidak menakluki seluruh jagat raya pemikiran kita. Terimalah kehidupan ini seadanya, bukan mahu memijak-mijak manusia lain dengan kuasa yang ada.
Rasa-rasanya tidak salah kita merendah diri dan melakukan seadanya, tanpa menunjuk-nunjuk yang kita ada "power"pun, orang keliling akan tahu akan kita, kebolehan kita, kehebatan kita, kata-kata kita sejauh mana jujur dan ikhlas, kepura-puraan kita dan segala macam sandiwara serta lakonan keji dan busuk kita. Jangan lagi, bangkai busuk juga pasti berbau busuk setelah sekian lama buntu dan tercemar. Percayalah jangan sekali-kali apabila berkuasa, lepas sahaja cakap, binalah kesopanan adat timur yang kita warisi sekian lama bukan dengan maki hamun dan sumpah seranah.

Ingatilah bahawa hidup ini umpama roda tidak selamanya bergolek di tanah rata ada kalanya melalui bcak, tanah berbau adakalanya berlubang-lubang begitulah  kita manusia tidak selamanya ada kuasa, wibawa, nama dan pangkat. Ada kalanya kita dianggap bagai sampah sarap, bangkai busuk yang meloyakan. Oleh itu pandai-pandailah membawa diri dalam hidup yang dicetak sementara ini.  

Kata-kata makian dan kejian itu memang selalu diterima dalam hidup dan akan sentiasa menjadi nostalgia yang menyentuh jiwa menatapinya. Hanya sempat menitipkan pesanan kepada anak-anak agar jangan mengulangi apa yang ayah nikmati dalam hidup ini. Belajarlah merendahkan diri kita. Buang ego itu jauh-jauh di pulau tanpa jejak dan bekas.

Jangan sekali-kali mencari permusuhan sesama warga hidupan yang bernyawa biarpun dengan seekor semut kecil yang tiada tahu apa-apa sekalipun apa tah lagi sesama warga manusia yang ada akal, budi dan minda.