Bila bicara soal memperkasa diri, saya tidak dapat lari daripada soal ilmu yang ada di dada.Bagi saya apa yang
penting ilmu tersemat di dada perlu bagi kita mengupas segala kemungkinan-kemungkinan dalam hidup ini.Tanpa ilmu walau bagaimana
hebatpun suara kita, orang masih memandang kita "semacam"sahaja.
Kedua kita sanggup turun padang, membantu masyarakat kita yang sememang kita boleh membantu. Tapi jangan berlagak tunjuk
pandai kiri dan kanan semata-mata. Tapi gagal membuktikan bahawa kita telah cemerlang menjalankan tanggungjawab kita.
Mempunyai "kakitangan" dan pasukan yang hebat dapat melaksanakan apa yang ada pada minda kita tanpa memikirkan hal-hal
besar sahaja. Kecil tetapi berupaya menggerakkan masyarakat kita. Jangan sahaja kita bangga dengan program kiri kanan bersama
Pak Menteri, tetapi gagal membawa impaks ke dalam sanubari masyarakat kita hari.
Kita bukan sahaja perkasa dalam kehidupan luaran kita tetapi di dalam keluarga sendiripun kita perkasa. Bagaimana mungkin
dapat membantu orang lain, kalau keluarga sendiri gagal diberikan perhatian dan bantuan. Kita mesti realistik bahawa menerima
kritikan.
Jangan takut kepada kritikan. Hadapi segala kritikan dengan ketenangan dan fikiran yang lapang. Mengikut Kung Fu-Tze,
seorang ahli falsafah China pernah berkata bahawa, "musuh yang paling saya geruni adalah orang memuji saya, tetapi sahabat
yang saya kagumi apabila orang mengkritik saya". Kritik itu adalah penilaian kepada diri kita sambil merupakan imej yang ada
pada kita, yang kita tidak nampak, maka apabila dikritik kita berpeluang melihat bahagian yang kita tidak nampak selama ini.
Jangan mudah putus asa dan kecewa dalam hidup. Sekali, dua kali, tiga kali, malah sepuluh kali kita gagal mencapai hasrat
murni kita bukan bermakna kita gagal selama-lamanya, hanya kurang bernasib baik. Lebih usaha, kuatkan keazaman, tingkatkan
semangat untuk mengangkat martabat diri kita. Jangan leka di buai derita luka yang membuatkan kita terus merana sengsara.