Usia di waktu muda memang meluap-luap sahaja keghairahan kita apabila melihat atau menghadapi sesuatu yang tidak betul
khasnya menimpa batang hidung kita sendiri. Kita tidak mungkin akan dapat menahan segala keperitan yang menghimpit jiwa kita.
Biarpun kita sendiri yang tanggung segala perasaan itu, tetapi kesannya cukup mendalam dan pahit sekali dalam jiwa kita.
Tiada seorang yang mahu ambil peduli. Mungkin arena penulisan merupakan tapak yang sesuai yang dapat mengeluarkan segala gejolak
jiwa yang bertakung dalam diri kita. Memang cukup menyeksakan, apa boleh boleh buat takdirnya kita menghadapi semua
ini.
Malangnya apabila kiat telah mulai matang dalam kehidupan ini, kita mulai "lali" dengan segala permainan kotor yang nampak
bersih ini. Inilah mungkin yang dikatakan "professional". Bagi saya sendiri, memang cukup meluat melihat beberapa sandiwara
yang dimainkan di depan skrin kehidupan kita, semuanya adalah untuk mengaut dan meraih keuntungan sendiri dan peribadi. Walaupun
kita sendiri semacam dicincang-cincang oleh beberapa pelaku dasar, saya masih tetap bersabar kerana saya percaya bahawa
kuasa itu masih ada pada mereka, maka mereka akan sesukanya mempermainkan kita semacam kanak-kaank bermain anak patung. Kalau
mereka mahu kita basah maka kita akan di terjun ke dalam baldi yang penuh berisi air, kalau mereka mahukan kita panas, maka
kita akan di panggang dekat bara api, kalau mahu kita kesejukkan meggigil maka kita dimasukkan ke dalam peti ais. Nah, begitulah
umpama nya kita ini yang tiada kuasa, maka akan diperbuat oleh manusia-manusia memperkuda kuasa dengan cara-caranya sendiri.
Kita hanya perlu sabar, kalau mahu menikmati gaji bulanan dan masih memegang pekerjaan yang kita ada.
Perlu dingat bahawa ketua kita ini, bukanlah selama-lamanya menjadi Tuhan kita, maka kita tabah sahaja. Bahasa yang lebih
mudah digunakan ialah bahasa bisu. Bisu dirimu, tetapi bukan akal budimu. Mereka ini tidak selamanya akan menjadi "tuan" kita
dan menjalankan dasar yang mengutuk dan mengetuk manusia-manusia yang tidak diingininya. Lebih malang ada di antara kita yang
tidak dapat membendung segala perasaan, akhirnya kita menerima kad kubing atau kad merah seperti di dalam permainan bolasepak.
Tetapi bagi saya, saya lebih suka membisu sahaja. Kecuali sememangnya yang berkenaan mahu mencari fasal dengan saya sehingga
sanggup memgungkit hal-hal yang terlalu peribadi sifatnya. Maka saya akan juga berjuang bermati-matian mempertahankan martabat
diri saya, sehingga ke lubang kubur pun akan saya kejar. Kalau setakat kaat-kata "bombastik" yang tidak di bawa ke mana-mana
maka saya perkataan "membisu" sahaja. Tidak perlu bertegang leher, biarlah ia menerima kemenangan dan berasa bangga kerana
menginjak-injak kita yang sememangnya tidak sebulu atau sehaluan dengannya. Biarlah ia berasa dirinya maha hebat, maha sempurna
dan agung di muka Bumi ini. Tiada guna membuka sengketa, lebih baik membisu. Inilah yang saya laku sekian lama dalam menjalani
kehidupan ini, walaupun perit saya berasa bangga kerana dalam bisu saya, saya mempunyai nilai harga diri yang tersendiri.
Saya tidak meminta-minta dan melarat serta menyembah kepada mereka yang berasa dirinya hebat. Lihatlah sampai bilakah
kehebatan mereka?
|
|
|
|
Dalam dunia yang tidak menentu ini, soal moral agak sulit bagi kita percayai. Apa tah lagi undang-undang ada di tangan
sendiri. Pendek kata, amalan agama hanya topeng menunjukkan kebaikan manusia. Pada hal, manusia itu lebih rakus kejahatannya
daripada syaitan yang dibenci Tuhan. Malang sekali, banyak sekali manusia syaitan yang hidup di zaman ini berpura-pura menjadi
malaikat wakil Tuhan dari syurga. Apa yang penting adalah diri kita sendiri mesti mempunyai keampuhan dan kehebatan ilmu untuk
menafsir dan memaknakan segala perbuatan-perbuaatan manusia sekeliling kita. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis dan
cara kehidupan soleh yang ditunjukkan, semuanya sandiwara belaka.
Saya memilih membisu diri, dan akan bercakap sekiranya diizinkan di waktu yang sesuai mungkin tidak sempat di Bumi ini
makanya simpan sahaja, mahu bekal di alam fana kelak. Di sana mungkin kita akan diberikan peluang menyuarakan segala apa yang
kita bisukan sekian lama. Percayalah, bahawa tiada perasaaan lebih indah dan kedamaian lebih murni selain melepaskan segala
apa yang terkurung dan terpenjara dalanm jiwa yang lara sekian lama. Proses ia mengeram dalam pemikiran kita cukup lama, sehingga
ia menetas benih suara protes yang cukup panjang yang masih terngiang-ngiang di cuping telinga kita. Bukan apa ini suara
pembebasan sekian lama kita dibisukan oleh kerana kuasa tiada dan dihimpit birokrasi yang cukup menyakitkan. Siapa yang pintar
dan hebat menyediakan skrip dan lakon layarnya dalam kehidupan ini, dialah yang akan dinobatkan sebagai manusia yang
maha baik dan bijaksana. Malangnya dalam diri manusia bersarang kebusukan yang tiada taranya. Kita diam membisu sahaja, kerana
kita tiada kuasa, daya dan kekuatan yang mampu melawan. Suara.... suara tidak cukup hanya suara. Ini adalah perbauatan sia-sia.
Biarkan dirimu diam sahaja. Hadapi segala apa juga kemungkinan, jangan sampai kau terus-terusan menjadi sampah di maay
pada ini. Jadikan dirimu yang bisu sebagai manusia yang berharga, bernilai, dari aspek ilmu dan kebijaksanaan.
|
|
|
|
Membisu dan diam bukannya tidak melawan. Tetapi mencari kekuatan diri dan kelemahan lawan untuk kita sama-sama
ledakan di waktu benar-benar memerlukan pertarungan hidup mati. Jangan alang-alang dalam hidup ini. Makanya kalau berkata-kata
biarlah bernas dan berisi tidak boleh main lantak sebarangan kelak akan menikam diri sendiri.
|
|