AKU BUKAN HIPOKRIT

Khabar Berita
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Animated Mailbox Opening and Closing

Ini merupakan berita mengenai Poul Nanggang.

Ingin mengumpulkan semula hasil tulisan puisinya untuk diterbitkan dalam kumpulan puisi kedua yang bakal diterbitkan. Moga-moga karya ini lebih mantap, kuat, berwawasan seni susasteranya. Dalam perancangan sekitar 30-40 kuntum puisi terbarunya, bila akan diterbitkan belum dapat dipastikan.
 
Kini menjelang  awal tahun 2003, sibuk sekali kerana kesihatan ibu kami Puan Florence Kasi Lawai tidak mengizinkan. Telah mendapat rawatan di hospital hampir melebih dua minggu. Saat-saat yang cuba menguji ketahanan akal budi dan perasaan, semoga Tuhan memberkati usaha kami adik-beradik menguatkan semangat ibu kami untuk pulih daripada penyakitnya. Tuhan tetap memberkatinya. 
 
Sedang merangkan menyiapkan  kertas kerja mengenai penyair muda Sarawak yang bakal dibentangkan pada sekitar pertengahan tahun 2003 ini atas permintaan DBP Sarawak. Kepada penyair muda Sarawak, bolehlah menghantar dua buah puisi yang pernah disiarkan dalam penerbitan, untuk tujuan ini serta serba sedikit latar belakang.
 
Merangka penulisan esei kreatif/kritikan sastera mengenai novel "Kelingkang" karya Douglas Jaga  terbitan DBP Sarawak daripada tinjauan  aspek teori Machiavellianisme yang menumpukan "utamakan hasil daripada cara" yang dikemukakan oleh Nicolo Machiaveili(1469-1527) di Florence, Itali. Karyanya diterapkan dalam bukunya "The Prince" yang agung itu. 

Cuba bekerja keras menyiapkan manuskrip novel autobiografi tulisan karyanya yang diberikan judul "Dinjak-Injak" sekitar sepuluh bab/keratan.bahagian.Setakat ini Poul Nanggang telah berusaha menyiapkan enam bab yang awal dan masuk menyempurnakan bab tujuh dalam novel ini. Ini bukan dihantar untuk sayembara atau cuba mohon dicetak melalui Dewan Bahasa & Pustaka dengan belas ehsan pihak birokrasi. Novel pertama ini harap-haraplah dapat disiapkan manuskripnya. Asalnya akan disiapkan pada penghunjung 2002, tetapi masih berhalangan lagi kerana segala macam cabaran dan rintangan. Moga usaha ini akan berjaya.  
 
Perkembangan terkini Julai 2005, novel itu telah siap dengan judul asalnya yang kini mengandungi 12 bab. Asalnya dihantar ke DBP Sarawak mohon untuk penilaian penerbitan, lantaran dalam waktu yang sama menghantra juga manuskrip kumpulan puisi maka, manuskrip novel ini dikembalikan  dan tambahan dua bab akhirnya. Kini sedang bertarung bersama sepuluh buah manuskrip novel dalam "Sayembara Penulisan Novel Berbentuk Budaya Sarawak" anjuran GAPENA, DBP & PUTERA yang dilancarkan 2003 yang lalu. Sedang menunggu keputusan yang dibuat oleh panel hakim.   

Jika diizinkan suasana, ada penaja, dan sumber kewangan yang cukup akan meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Ini merupakan cita-cita luhur di tersisip dalam batinnya anak muda yang cukup bersemangat kuat ini.

Kita sendiri yang nombor satu membantu diri kita dengan segenap akal budi sebelum orang lain menghulurkan tangan menolong kita.