AKU BUKAN HIPOKRIT

Ego-Cogito
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Sebahagian idea saya mungkin jelas dan sebahagian lagi mungkin bercelaru. Tapi yang penting kita dapat sesuatu daripada perutusan idea ini.

Sebahagian akhir dalam keratan-keratan yang saya luaskan pembukaan mindanya melalui tulisan saya ini sebenarnya, adalah luahan saya sebagai manusia yang mendengar, melihat, memerhati, menganalisa, menurut situasi, merenung, mencatat dan hidup dalam pelbagai fenomena yang pernah saya lalui. Semuanya saya rakamkan melalui cebisan-cebisan yang menyatukan idea dan buah fikiran saya melalui ruang-ruang yang saya ciptakan. Bukanlah satu yang luar biasa, tetapi itu semua adalah  segala pengalaman hidup saya yang terbongkar melalui pembacaan, menonton drama dan cerita, kisah benar yang dilalui atau apa-apa jua dapatan yang menyangkut hati dan perasaan. Sekian lama ia terbungkus dan terperam dalam saku pemikran, kini ia dilontarkan dalam bentuk aksara-aksara yang melahirkan tulisan dan dapat kalian terjemahkan melalui akal minda kalian.
Saya juga manusia biasa seperti kalian, tiada ada apa kelebihannya. Saya tidak mahu memuji saya sendiri, kerana saya mengganggap bahawa saya adalah manusia biasa yang juga ada kelemahan.Oleh itu saya amat jarang menyalahi orang lain dengan menunjuk gunakan sebatang jari, kerana saya tahu empat batang jari yang lain yang lebih banyak menunjukkan salah silap  kepada saya sendiri. Ini bukanlah pula bermakna, saya enggan kalian menunjukkan silap dan salah saya baik dari segi teknikal, fakta, atau falsafah ilmu itu sendiri. Saya sedia menerima teguran kalian dalam apa jua bentuk sekalipun, kalau mampu saya ubah maka saya pasti akan mengubahnya, akan tetapi kalau mengikut hati budi saya bahawa itu saya harus pertahankan, maafkan saya, itu adalah milik peribadi asli saya, mungkin memakan waktu untuk mengikut acuan yang kalian tuturkan. Sekali lagi, bukan maknanya saya degil, kurang waras atau sensitif, tetapi saya sendiri juga mempunyai keperibadian yang teguh dan kukuh dalam menyatakan prinsip perjuangan saya. Oleh itu saya mohon kepada kalian, jangan juga memaksa orang lain untuk sama sealiran, sefikiran, seminda, seideologi dengan gagasan kita, ketidaksamaan aras fikiran dan perjuangan kita merupakan variasi-variasi yang membawa keindahan dalam kehidupan kita dan mungkin akan menjadi lebih kreatif dalam kita menterjemahkan idea pemikiran manusia lain. Tidaklah perlu susah-susah menjaja idea kita yang paling ampuh dalam jagat raya pemikiran, suatu ketika manusia akan dapat menilai keunggulannya. 

Saya menyuarakan idea melalui tulisan saya ini, mungkin banyak yang tidak setuju atau meraguinya.Kepada kita semua, terpulang kepada kepada akal budi masing-masing supaya dapat menentukan makna tulisan saya melalui penginstrumennan idea-idea yang saya kemukakan.Mungkin ada yang menyatakan bahawa pengalaman dalaman saya seolah-olah saya terlalu transparens dalam menilai kehidupan. Maaf, kalau saya katakan bahawa semuanya itu menyebabkan saya bercelaru, antara menyatakan kebenaran atau berfantasi membabi buta tanpa latar dan kisah berpijak di Bumi nyata. Apapun semuanya boleh beralasan bahawa itu adalah karya kreatif sahaja. Apa-apa boleh berlaku, janjinya ada nilai susastera yang tinggi mengikut mata fikir para pengkaji.  Kalian tidak harus memusuhi saya jika pendapat saya kabur atau masih tergantung sifatnya atau langsung tidak memuaskan lembah minda pemikiran kalian. Saya mempunyai cara saya sendiri untuk meluahkan isi hati melalui web ini yang saya anggap bebas mengutarakan gagasan untaian pemikiran saya. Saya tidak mungkin dapat bersetuju dengan kalian atau memuaskan alam minda fikir kalian kerana kita memang berbeza bukan sahaja jasmani malahan rohaninya.
Tapi saya berterima kasih kepada semua kalian yang membaca cetusan tulisan saya dalam beberapa perkara sama ada ia relevam dengan sejarah masa lampau dan kini kalian, semua itu adalah rakaman minda saya dalam menaakul pelbagai fenomena yang  sedang berkeliaran di sekitar saya. Kadang-kadang saya mulai gelisah, tenang, berfikir dan  mencari punca dan penyelesaiannya. Kadang-kadang saya temui kebuntuan, kadang-kadang saya berasa kepuasan tidak seperti manusia lain dapat dianugerahkan nikmat untuk memikirkan semua ini. Maafkan saya kalau kita tidak seiringan meskipun kita sehaluan dan sejalan dalam soal-soal yang telah saya kemukakan.

Idea tetap idea kalau ia belum mampu dilaksanakan.
Di antara pengkritik Poul Nanggang dalam jagat raya penulisan kreatif ialah antara lain Dr. Arbak Othman, Dharmawijaya, Dato Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Rohman Shaay, Saudara Hazami Jahari, Saudara Jeniri Amir, Norsiah Yusok (untuk kertas kerja kursus semasa sama-sama menuntut di UPM), Rozninah Azib(Editor Dewan Sastera) Saiee Edris, Jaafar Hamdan dan A. Rahim Abdullah. Inilah di antara manusia yang peka penulisan yang dilakukan oleh insan seni bernama Poul Nanggang yang menukangi persada puisi Melayu sekian lama.   

Menganalisa bahawa idea itu bermutu atau tidak terpulang kepada kebijaksanaan yang digenggam akal mindanya.