AKU BUKAN HIPOKRIT

Musibah Keluarga

Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Malang yang tidak pernah berbau.

25 Oktober 2005 bersamaan Selasa, aku menerima panggilan seawal pagi jam 05:30 pagi sewaktu perjalanan ke sekolah bahawa abang Richard Toaiang kemalangan di perjalanan balik ke rumahnya
Jam 0820 pagi Richard Bangkit Ellai menelefonku tentang keadaan abang yang bagi agak "ringan" pada waktu itu dan aku harus tumpukan pelbagai tugasan akhir tahun. Jam 01:30 petang aku menelefon adik Elam dan menyatakan keadaannya agak merisaukan, kemudian kakak Siew Eng(isteri kepada Michael Tunai) sempat bercakap denganku supaya aku atau adik Alvin pulang membawa abang Richard ke Miri bagi rawatan lanjut. Aku sedikit cemas. Kemudian aku menelefon abang Steve untuk mendapat keputusan agar kami semua adik-beradik sama-sama bertanggungjawab kepada abang Richard kemudian aku menelefon adik Alvin yang akan pulang petang ini juga mengambil abang Richard bersama-sama sepupuku Rinda.
Jam 04:30 petang, adik Elam menyatakan bahawa sah abang Richard akan dibawa ke Miri bagi rawatan lanjut dan kemudian abang Bernard ada bagi sms akan berita ini. Aku sibuk dan sedikit cemas dan mulai berangkat ke Miri dari Ladang 3, stesen tempat aku bertugas. 
Jam 0730 malam, adik Alvin menelefon ambulan yang membawa Richard bertolak dari Tedungan dan dijangka sampai jam 09:30 malam.
Jam 09:45 malam, aku tiba bersama isteriku dan keluarga kakak Seniah di Hospital Umum Miri. Aku meluru ke bilik rawatan kecemasan dan membantu Masri sepupuku yang mengiringi dalam ambulan dari Limbang cuba memberikan minuman dan beliau buang air kecil. Keadaaannya bagiku adalah "teruk" dan tetap kritikal, hanya Tuhan yang tahu hati kami. Christina dan suaminya datang bersama, selain Adenan Munjong & Freda, isterinya datang melihat kami dalam musibah ini. Setelah discan dan X-ray, abang Richard kembali dirawat di wad lapan katilnya no. 6. Sebelum balik, malam itu kakak Seniah yang menjaga beliau di wad, dan aku cukup sedih anaknya sendiri Amy enggan menemani ayahnya yang tenat itu. Cerita ini kurahsiakan tetapi amat menikam kalbuku sebagai ayah dan sebagai ahli keluarga abang Richard. Aku membawa Masri sepupuku yang sudi menghulurkan bantuan mengiringi abang Richard ke Miri untuk  makan bersama isteriku dan adik Alvin memohon Masri dapat menjaganya dalam dua tiga hari ini di hospital, kerana tiada orang ada. Masri juga bersetuju, aku bagikan sedikit polos kepadanya.
Jam 0150 pagi, adik Alvin ada telefon memberitahu situasinya. Kemudian aku juga sebelum itu bercakap dengan abang Bernard.
26 Oktober 2005, aku mendapat laporan kak Seniah tentang situasinya. Aku tidak melawat ke hospital.
27 Oktober 2005, aku menerima penjelasan daripada isteriku tentang keadaan Richard yang masih membimbangkan. Hal ini aku bincangkan dengan abang Stephen dan abang Bernard. Adik Alvin masih offshore. Aku menyarankan dan mencadangkan kepada abang Bern dan abang Stephen agar salah seorang anak lelaki abang Richard iaitu Frank atau Jimboi datang ke Miri untuk menjaganya bergilir sekurang-kurangnya meringankan beban kakak Seniah. Entahlah aku tidak faham situasinya. Antara yang membuat panggilan bertanya situasinya ialah Uncle Sampai, Uncle Richard Bangkit, anakanda Timo Beliwen dan sepupuku Faizul Abdullah.
Semua ini banyak membuat aku merenung kehidupan, sehingga anak-anak tidak lagi ambil peduli akan bapanya dalam saat nostalgia ini. Walau sebesar manapun dosa ayah kita, dia tetap ayah kita dan usahakan terbaik sebelum ia kembali ke alam kekal. Cukup ironis sekali. Aku menitikkan  airmata apabila menulis catatan ini yang gayanya bahasa terus sahaja tida bunga-bunga bahasa yang menyulami rasa dan perasaan. Aku benar-benar kecewa.       


Enter supporting content here