Memang tidak dapat dinafikan dalam dunia ini yang muda akan menjadi tua dan umpama kayu akan patah dan tumbang dalam
sejarah hidupnya. Begitulah kita manusia. Bonda, Florence Kasi Lawai selama hidupnya sekitar 73 tahun telah menjadi ibu kepada
kami tujuh orang adik-beradik dan isteri yang cukup setia kepada suaminya dan keluarga. Tanpa mendapat pendidikan formal hanya
begantung kepada pengalaman dan firasat masa lalunya dalam mendidik anak-anaknya, namun ia tetap dikenangi sebagai yang terbaik
dan tiada galang gantinya dalam hidup kami.
Saya amat bersetuju dengan sahabat saya, Saudara Hazami
Jahari bahawa, "kita akan berasa kehilangan setelah kita benar-benar kehilangan seseorang itu". Kata-kata ini amat menyentuh
batin saya, setelah bonda kembali ke alam kekalnya, saya berasakan bahawa kenyataan akan kata-kata sahabat baik saya ini.
Sesungguhnya, ibu kita hanya seorang, tiada akan ada gantinya lagi umpama pokok kayu tua yang tumbang, yang hilang pasti berganti,
tetapi pemergian bonda adalah selama-lamanya. Saya terkenangkan akan puisi Sasterawan Usman Awang, "Ke Makam Bonda", ingatan
yang tiba-tiba sahaja apabila kerinduan menyapu hati ini.
Sememangnya kematian itu akan berlaku kepada semua kita yang hidup.
Hanya bila , di mana dan bagaimana kita mati? Itu suatu persoalan yang kita tidak mampu jawab. Apapun, sebagai manusia, kita
hanya mampu merancang sahaja. Kita tidak mampu mengarah bahawa begini-begini kalau kita mati, terpulang kepada yang tinggal
dan masih hidup mengurus kita kelak. Kembali kepada bonda, walaupun kami tidak dapat menyempurnakan jenazah bonda dengan terbaik,
tetapi kami telah melakukan yang paling baik demi kesejahteraannya, mungkin pendapat orang lain, pendapat kita lain. Lain
padang lain belalang kata orang. Kalau pun ada yang kurang dan cacat celanya, kami adik-beradik mohon kepada Yang Esa memaafkan
kesalahan kami yang kurang terhadap bonda. Namun tiada siapa yang dabik dada mengatakan kami melakukan yang paling sempurna,
kerana bertolak kepada falsafah, "manusia itu sendiripun tidak sempurna". Namun kami telah mencuba yang terbaik untuk bonda
kami satu-satunya. Mohon Tuhan rohnya memberkatinya.
|
|
|
|
|
|
Bonda mulai sakit teruk sejak Oktober 2002 yang lalu, tetapi paling kronik pada awal tahun 2003, tetapi Tuhan masih mahu
memanjangkan usianya.Kini tiada lagi kesakitan yang dideritainya, tiada lagi kelukaan di hatinya, tiada lagi harus dihiraukannya,
ia telah menemui kepada Yang Esa dalam keadaan tenang dan diiringi dengan segala doa dan air mata tanda kasih sayang yang
tiada sudahnya.
Selama pantang yang diadakan selama empat belas hari, seluruh ahli keluarga memberikan komiten tinggi sebagai tanda penghormatan
kepadanya dengan segala doa. Tangan-tangan dengan sukarela datang membantu berkunjung ke rumah kami sambil mengucapkan takziah
kepada semua. Rasanya itu semua bukan penghormatan untuk kami, tetapi kebaikan seorang manusia yang kami namai sebagai bonda
kami - Florence Kasi Lawai. Kalau tiada segala pahit maung titis keringat yang beliau taburkan semasa hidupnya, tentunya tiada
siapa yang datang mnejenguk, tiada seorang kami yang berbangga semua itu kerana kami. Kami semua anak-anak hanya menyempurnakan
apa yang sepatutnya yang harus ada sebagai manusia yang masih hidup dan anak-anak yang berjasa. Semuanya hanya tinggal
memori duka yang penuh kenangan mengusik jiwa.
Dalam kerinduan yang menggigit perasaan, hanya sempat doa-doa kudus disampaikan kepada rohnya agar ditempatkan bersama
orang yang percaya akan Tuhan dan terpelihara di syurga yang syahdu. Apapun, hanya yang tahu sahaja yang tahu apa kami lakukan
sebagai anak-anak kepadanya. Semoga doa-doa kami anak-anaknya dengan penuh kuasa akan mengiringi perjalananke syurga abadi.
Kami percaya inilah kuasa yang paling ampuh mengubati kerinduan kami kepada cinta kasih sayang yang pernah ditaburkan
kepada kami- naak-anaknya, cucu-cucunya dan para sahabat handai jauh dan dekat yang sudi menghulurkan bantuan dan pertolongan
dalam bentuk apapun. Bagi pihak bonda kami, kami menghulurkan ucapan tulus ikhlas jutaan terima kasih kepada semua di atas
semua yang kalian hulurkan baik wang ringgit, tenaga, dan apa jua , maafakan kami kalau tidak pernah mengucapkan terima
kasih kepada semuanya yang kalian curahkan atas nama bonda kami Florence Kasi Lawai.
|
|
|