BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Asal Usul
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Disinilah saya dilahirkan akan saya kenang kampung tempat saya jatuh bangun dalam hidup saya.

Kampung kelahiran saya ialah Kampung Terdahan, Limbang. Kampung yang sekian lama terkenal dan ternama dalam peta daerah Limbang. Kalau mengikut hierarki kepimpinan masyarakat Bisaya Sarawak di Limbang, hanya dua kawasan yang mempunyai status kepimpinan yang tinggi di Limbang bagi masyarakat Bisaya sejak zaman kesultanan Brunei hingga zaman British koloni. Sememang saya bangga di lahirkan di kampung yang ternama ini pada zaman nostalgia dahulu. Namun kini, semuanya hanya tinggal kenangan, kerana kampung ini telah sunyi sepi hanya dihuni oleh beberapa rumah sahaja. Tapi saya bangga meminjam kisah sejarah lampau dan kerana saya sebahagian daripada ciptaan sejarah itu sendiri.
Kampung ini juga merupakan kalau di sebelah hilir kawasan Bisaya merupakan dibawah jajahan pembesar daripada kampung Terdahan yang meliputi kawasan Kampung Merasam sehingga ke Batu Danau. Kawasan ini dahulunya diketuai oleh ketua masyarakatnya yang berpusat dan berasal daripada Kampung Terdahan, Limbang. Disinilah para pembesar dari Limbang atau para sahabat handai dari jauh dan dekat bermalam dan menginap di sebuah villa yang tersergam indah di Kampung Terdahan, Limbang ini. Namun saya bangga kerana kampung ini sentiasa aman dan jauh daripada pergolakan yang hebat, dan aktiviti penternakan kerbau adalah aktiviti utama di sini. Tapi apalah dibanggakan dengan cerita lama yang tinggal kenangan sahaja, lebih penting ialah "diri individu yang sekarang" melakarkan kehidupan yang lebih baik, ampuh dan tangguh lagi. Tiada guna kita mendaulatkan segala cerita yang ternama itu, kalau warisan kita kini hidup penuh kekusutan, dan bobrok sifatnya. Khabarnya, warisan Terdahan ini juga mempunyai mohor kuasa yang dikurniakan oleh Kesultanan Brunei yang menandakan kita rapat, mesra, ada persaudaraan dan hubungan baik dengan pihak di Brunei. Malangnya mohor ini masih sulit didapati, akan tetapi kewujudannya memanglah tidak diragui lagi. 

Kampung ini juga mempunyai hubungan mesra dengan kampung-kampung Bisaya yang lain di sebelah hulu Sungai Limbang, khasnya Kampung Pengkalan Madang, lebih hubungan dengan isteri Koyok atau Belaoor. Mereka ini mempunyai kaitan rapat dengan warga Terdahan yang masih ada kini. Selain itu dengan Kampung Merasam di sebelah hilir Kampung Terdahan itu sendiri. Ketua masyarakatnya yang terkenal pada waktu itu ialah Encik Belaoor atau Koyok. Beliau mempunyai lima orang anak iaitu tiga puteri dan dua putera iaitu Julang,[lelaki] Daud( Idang)[lelaki],Nasi[perempuan], Pinggai[perempuan],dan Rombok[perempuan]. Poul Nanggang adalah warisan daripada Julang, kerana bapa beliau Nanggang adalah anak kepada Julang. Malang sekali, Julang Koyok ini  meninggal dunia di awal usianya  matangnya  lalu meninggalkan dua orang puteranya bernama Nanggang Julang(Dunja) dan Aba Julang (Yaba Pugang) dan Intan Julang seorang puteri hasil perkahwinannya dengan Puan Rumpun Keduit berasal daripada Kampung Merasam, Limbang. Malang sekali mereka ini tidak mendapat pendidikan formal alam  persekolahan untuk mengenal huruf dan angka. 

Mengetahui asal-usul kita adalah lebih baik daripada buta sejarah keluarga sendiri.

Harimau mati meninggalkan belang lalu manusia mati meninggalkan nama. Lalu jagailah nama yang baik demi leluhur yang telah mencipta segala keharuman sejarah bangsanya.