BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Daerah Puisi
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

ombakbesaritu.jpg
Nostalgia sewaktu Tsunami menyerang Asia

Puisi adalah suara penulisan saya. Segala yang bertakung di jiwa ini saya luahkan dalam puisi saya sebagai suara batin saya yang meronta-ronta melihat fenomena yang melanda.Betul atau tidak, bukan salah saya, itu hak audien menelitinya.

Sememangnya saya cukup sensitif sekali kalau ada orang bicara soal puisi. Tidak kira sama ada memuji atau mengutuk genre sastera ini, saya akan tetap mendengarnya. Kemudian saya akan mulai terjemahkan segala apa yang saya mampu lontarka reaksi saya menurut mata batin saya sebagai insan yang menumpang dan menukangi genre ini.
Saya sering tidak akan bertelagah atau bercakaran secara fizikal, tetapi saya akan cuba luahkan dalam bentuk tulisan aksara kata-kata yang hidup dan menyala di mata batin manusia itu sendiri. Puisi itu ditakrifkan dalam pelbagai makna dan definisi oleh pakar asing mahupun cendiakiawan sastera tanah air, tetapi semuanya mengikut pandangan dan kaca mata masing-masing daripada skop mana ia melihat dan bercakap.
Saya terpegun sekali dengan Baha Zain seorang penyair Malaysia yang hebat, apabila respon kepada lontaran kesat Dr. Fatimah Busu pada awal minggu pertama bulan Mac 2003 yang lalu. Baha Zain  tidak ingin mencari musuh dnegan jawapan pendek sahaja, bahawa itu adalah hak seseorang dalam memberikan tafsirannya. Saya juga dikunjungi emel oleh Masli N.O dari Terengganu  supaya tidak begitu emosi ketika saya meluah isi hati saya lewat emel kepada rakan-rakan termasuk juga Abdillah SM rakan penyair dari Sarawak. Saya jelas sekali cukup tersinggung dan marah sekali, mungkin kata-kata yang dibawa oleh penulis yang mengutarakan idea itu telah membenihkan suara iblis dan syaitan agar saya turut memberontak kepada hujah-hujah yang menghina puisi itu sendiri. Saya ketahui bahawa saya bukan penyair ulung, ampuh danm tangguh hanya penulis yang menumpang kemeriahan di bawah genre puisi yang sedang muncul dalam persada kesusasteraan tanah air kita.Lebih-lebih lagi saya datang dari kelompok bumiptera lain di Sarawak yang bukan diiktiraf Melayu apalagi sudah mulai dikenal daripada nama yang tercatat dalam semua karya saya. Sepatutnya saya tutup mulut sahaja, saya orang kecil dan kerdil, mahu apa bercakap soal-soal besar yang tidak membawa makna kepada saya. Saya mengundang masalah dan permusuhan dalam hal ini. Tetapi itu yang saya katakan tadi, saya amat sensitif apabila manusia lain bercakap tentang genre ini, kalau pujian mungkin saya tidak ambil kisah kerana lumrah memang banyak yang memujinya tetapi mengeji yang sememangnya suatu yang sanggup sanggahkan kerana bidang ini telah mengajar erti kemnausiaan dan  nilai kepada saya bukan hanya novel, cerpen, kertas kerja pembetangan seminar, bengkel atau apa-apa majlis ilmu.     

Dalam peta sastera dan pengkaryaan puisi Malaysia memanglah saya belum cukup akal baligh lagi, bah kata orang masih budak hingusan, masih belajar merangkak dan mencari tempat. Apapun saya tidak memperduli hal ini, yang penting saya budak hingusan juga mahu menyuarakan kata-kata saya yang belum petah muncul di penjuru mulut saya agar didengari oleh yang mengganggap dirinya maha hebat. Saya juga mengajar diri saya, bahawa apabila saya dewasa dan matang kelak, saya tidak akan serakah dan cakap sewenang-wenangnya sahaja tentang minat, persada, ruang lingkup manusia lain. Saya ada akan maka gunakan secara bijaksana. Bukanlah pula mahu menginjak-injak manusia lain yang kurang darjat atau statusnya. Makanya saya ada status, tidak mungkin saya suarakan suka hati tentang hal yang tidak menguntung saya, kalau boleh semua bidang harus datang bergolek menguntungkan saya maka saya akan tidak lagi menyatakan  hal-hal yang tidak sehaluan dan sejalan dengan saya.
Hal yang mudah, kalau kita "bercakap soal" membencikan permainan bola sepak di hadapan pemain, pengurus, peminat dan pencinta seni bola sepak.... sememangnya kita memang mengundang padahnya. Makanya kita semacam mencari banyak permusuhan, bukan sahabat dalam hidup kita. Kalau kita tidak ingin akan hal ini, bincangkan forum yang lain soal ini, bukan kelab anti bolasepak, barulah kita berasa kita maha hebat bercakap akan segala kekejian bola sepak, pengadilan, pegawai, jurulatih dan apa jua yang merugikan dan menjahanamkan dalam bola sepak. Ini sekadar contoh yang saya kemukakan. 

Menuding kesalahan orang lain dengan sebatang jari adalah lebih malang kerana empat batang jari yang lain menuding kepada diri kita sendiri yang mengejinya.

Mungkin dalam puisi itu sendiri, tidak hanya bahasa indah memuji-muji dan mengangkat-gangkat tetapi juga menyuarakan akan segala kebebalan dengan bahasa yang "sedikit kurang ajar" agar manusia yang melihat dan membacanya mulai faham dan menyedari segala gejala penggunaan bahasa.