BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

masthead.jpg

Dari wajah tergambar perasaan & hati
image000.jpg
Wajah menyimpan sejuta rasa terpendam

Gunakan matamu &akalkmu
Eye Glasses, Spinning
Melihat segala kebijaksanaan yang ada.

Senyuman adalah bahasa difahami semua orang.
dscn0351.jpg
Kenangan bersama majlis "Jasa Dijunjung Budi Disanjung".

Kecil-kecil ditimang ibu
j0396175.jpg
Bila besar ditimang gelombang

Welcome To Poul Nanggang's Homepage/"Moncoi  Mikot Lipa Laman Web Poul Nanggang"

Berbuat baik semasa lagi hidup
02putera.jpg
Persahabatan yang amat bermakna

Poul Nanggang antara jutaan manusia berkarya
pn2.jpg
Bukan rupa jadi ukuran sekadar hiasan dunia.

Saudara Poul Nanggang dilahirkan pada 17 Ogos 1965 di Kampung Terdahan, Limbang, Sarawak, Malaysia. Selain nama gelarannya "Anak Diok" nama asal nya juga berbunyi "Poul Sadong Nanggang". Nama Sadong itu adalah gelaran  mengikut salasilah tokoh pahlawan agung Bisaya, pemimpin tempatan  dan mendapat gelaran "Orang Kaya Seri Dipa"(kajian sejarah tentang ini belum ada) daripada Kesultanan Brunei kerana keupayaannya dalam menjalankan titah perintah pemerintah Kesultanan Brunei ketika itu di mandala Bukit Batu & Luagan Awang, Limbang sewaktu kepimpinan kesultanan Brunei masih memerintah Daerah Limbang. Nama itu bagaimanapun tidak didaftarkan dalam sijil perakuan beranak atau dokumen puluhan tahun. Sebelum ini beliau memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum Gred DG 32 di sebuah sekolah di kawasan Subis, Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No.4 Subis, Bekenu, Sarawak. Sekolah ini sekitar terletak di Jalan Miri-Bintulu, Miri, Sarawak. Beliau juga aktif bergiat  sebagai seorang aktivis persatuan penulis, karyawan dan budayawan di bawah naungan payung  gerakan PUTERA[Persatuan Penulis Utara Sarawak] dan diangkat menjadi Ketua II PUTERA sejaki 2003/2004 sehingga kini. Sebelum itu  pernah menjawat posisi soldadu biasa, ahli jawatankuasa, Setiausaha II sejak 1987 lagi. Telah berjaya menamatkan pengajiannya dengan lulus dan menerima ijazah pertama daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Kuala Lumpur Malaysia ,  pada 07 September 2002 yang lalu dalam jurusan  Bacelor Pendidikan -Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) Dengan Kepujian. Penerima dua anugerah daripada Kerajaan Negeri Sarawak iaitu Tokoh Belia Negeri Sarawak 1996 dan Anugerah Karyawan Harapan Negeri Sarawak 1998, selain menerima Anugerah Penderma Darah Empat Puluh Kali Ke Atas 1999 yang lalu. Pada sesi 2003/2004, Poul Nanggang telah dipilih untuk menerajui kepimpinan organisasi Bisaya apabila dilantik  sebagai Pengerusi Persatuan Bisaya Sarawak, Cawangan Braong/Bambangan/Kuala Awang. Kemudian pada sekitar Mei 2003 yang lalu telah dipilih menjadi salah seorang tenaga baru OUNA Miri dengan menjawat jawatan Pengerusi Sukan & Rekreasi dalam OUNA Miri yang cukup bergelora ini.Telah memohon untuk gred DGA3 dan sedang menunggu temuduga daripada pihak SPP Sarawak bagi perkara di atas. Pada 25 Mac 2003 yang lalu bersamaan hari Selasa telah selamat menghadiri temuduga oleh pihak SPP. Pada sekitar Julai 2003 ini telah menerima surat daripada SPP Sarawak bahawa keputusan temuduga telah lulus dan surat kelulusan telah dimajukan kepada Kementerian Pendidikan( kini Pelajaran) pada 07 Jun 2003  ke gred DGA3 atau DG 41. Baru-baru ini dilantik sebagai guru DG 41 bermula pada 01.02.2004, penempatan masih dikekalkan dengan jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum KUP DG41 di sekolah yang sama iaitu SK. Kelapa Sawit No. 4 Subis hingga kini. Masih aktif berkarya dan merupakan salah seorang ahli forum dalam Simposuium Penulis Pelbagai Kaum Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Pada 10-13 Jun 2005 yang lalu menjadi Penyelaras Festival Puisi Pelbagai Kaum  Malaysia di Dynasty Hotel, Miri anjuran bersama PUTERA, GAPENA . DBP &  Jabatan Perpaduan . Tema pertemuan "Puisi Dan Perpaduan". Selain itu menjayakan Kolokium PUTERA sempena Ulangtahun Ke- 25 pada 2005 ini. Berkesempatan membentang kertas kerja "Bicara Puisi-Puisi Abizai" dalam kolokium yang padat dan ringkas ini. Suatu memori yang manis dalam momen-momen yang mencabar ini.  

Saudara Poul Nanggang, panggilan nenek diberikan kepadanya "Anak Diok" yang membawa maksud anak kecil dalam bahasa Bisaya Sarawak. Panggilan ini dibuat oleh neneknya sambil ia mendengar cerita-cerita rakyat yang diperdengar pada malam hari. Setelah neneknya meninggal maka nama ini turut berkubur dan sebutan itu mulai lenyap kedengaran hingga ini. Hanya tinggal nostalgia sahaja.  Tetapi anak kecil tidak selamanya kecil dan mengecil. Kini telah dewasa, gagah perkasa dan matang dalam menghadapi rentak halangan, rintangan dan cabaran kehidupan yang meledak kehidupan kita.
Sesungguhnya dalam ruangan ini, Poul akan banyak bercerita tentang pandangan dirinya, hidupnya, dan segala pengalaman pahit manis dan penuh berliku itu untuk dikongsi bersama-sama anak-anak cucu di waktu yang mendatang. Mungkin di saat itu, mulut sudah terlalu payah mengungkap kata dan ingatan semakin kabur dan berjerebu, maka segala rintihan ini hanya tinggal begitu sahaja tanpa apa-apa pengertian daripada anak cucu masa hadapan.
Kini telah berumahtangga dan menetap di Miri yang terkenal sebagai kota kosmopolitan di Sarawak. Mempunyai dua orang puteri iaitu Gabriella Sabatini Poul dan Priscilla Grace Bulan Poul dan seorang putera bernama Kevin Julang Poul. Isterinya, Puan Maria Ubong Jangin berasal daripada etnik Kenyah Badang tempat tinggal asal di Long Tungan, Baram. Puan Maria Ubong bertugas di Hospital Umum Miri di Unit Kawalan Rapi(ICU).  Atas nama cinta mereka di pertemukan oleh Tuhan lalu membina ikatan perkahwinan yang masih kukuh dan utuh hingga kini. Mudah-mudahan akan diberkati dan dirahmati Tuhan keluarga ini. Perkahwinan mereka diberkati dan disempurnakan oleh Rev. Father Jacobse di Gereja St. Paul, Long Tungan, Baram pada 24 November 1992 yang lalu.
Bapa Saudara Poul Nanggang, bernama Encik Nanggang Julang dan ibunya Puan Kasi Lawai. Pasangan keluarga Bisaya ini mempunyai tujuh orang anak dan Poul Nanggang merupakan anak ke lima mereka yang masih hidup. Keluarga ini mengamalkan cara hidup masyarakat Bisaya tradisi dalam kehidupan mereka. Kelima-lima orang putera Encik Nanggang Julang dan Puan Kasi Lawai mendapat pendidikan formal dan tinggi sehingga ke peringkat universiti. Tiga orang puteranya lulusan daripada universiti di United Kingdom dalam bidang kejuruteraan, elektrik & elektronik dan pentadbiran awam & pengurusan. Seorang lulusan universiti tempatan.
Bagi Saudara Poul Nanggang, tiada harta kemewahan yang dapat ditumpahkan kepada orang tuanya, hanya doa-doa syukur dan penghiburan agar kedua orangnya sentiasa dalam berkat tangan dan damai sejahtera Tuhan. Mungkin wang ringgit dan kemewahan melimpah tidak mampu ditaburkan kepada orang tua, tetapi cukuplah dengan usaha menyenangkan hati mereka dengan perlakuan yang menghibur mereka. Hanya inilah yang terbaik dapat dilakukan olehnya sebagai seorang anak. Mudah-mudahan Tuhan akan memberikan anugerah dalam kehidupannya.  
Bagi Poul memaknakan keluarga bahagia itu lebih bermakna daripada nama besar dan hebat. Apa yang penting keselamatan, kebahagiaan, dan kesejahteraan sentiasa bertandang dalam hidup kita tanpa dipaksa-paksa oleh sesiapa sahaja. Itu adalah semulajadi dalam hidup kita. Kita patut menjelaskan dalam diri kita bahawa sesunguhnya makna bahagia itu bukanlah kita kejar dan cari tetapi sudah berada di depan mata hanya kita perlu memelihara, membelai, menatang bagaikan minyak yang penuh dalam hidup ini agar apa yang sekian lama menjadi idaman kita itu akan berkesinamnbungan dalam meniti perjalanan kehidupan kita. Itulah kebahagiaan yang kita hajati. Sementara mencari kebahagiaan yang sekejap dan tidak melekat kepada keseluruhan kehidupan itu, selalunya mengheret kita ke dunia yang penuh pesta-pesta, menonjol dan hebat rasanya namun hakikatnya kita adalah "kosong". Mudah-mudahan perkongsian saya ini tidak hanya mengingatkan saya tentang hidup ini, tetapi teman-teman yang sudi membaca "kalimat" yang saya tulis ini. Bukan sekali-kali mahu mengajar atau menunjuk-nunjuk bahawa saya manusia hebat, cukup kita saling sama-sama menghulurkan bantuan rasa kemanusiaan yang sebenarnya mencari apa itu kebahagiaan, kemewahan, kesenangan dan keselamatan itu? Namun kehilangan bondanya Florence Kasi Lawai pada tanggal 29 Julai 2003 yang lalu membawa impaks besar dalam erti hidupnya. Bondanya meninggal kerana serangan radang paru-paru sekian lama. Kepulangan bonda mengajar erti kesabaran dalam ahli keluarga di samping soal yang selama ini hanya bermain di telinga menjadi kenyatan bukan lagi hanya tontonan mata tetapi realiti kehidupan yang pahit diterima hakikatnya ditelan jua. Semoga semua ini akan menjadi pengalaman yang bermakna dalam hidup kita sebagai manusia. Kita perlu belajar dari kehidupan ini.            

Penulis buku "ALAK BETATAR"

kulit  buku AB.jpg
Wajah seorang insan yang banyak diinjak-injak

pn.jpg

Poul Nanggang, penulis buku puisi bertajuk "ALAK BETATAR" terbitan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) 2000. Antara karya beliau beberapa antologi puisi seperti 'Peta Seniman' (1998), Dialog Borneo V di Labuan 'Gema Membelah Gema'(1999), 'Antologi Cikgu'(1998) terbitan Jabatan Pendidikan Sarawak, "Kota Asas Tamadun Bangsa", DBP Sarawak(2002), "Sejambak Bunga Emas", DBP Sarawak(2002), dan juga terkumpul dalam antologi penyair PPDKL Ke-9 di Kuala Lumpur, 2002 yang lalu. . Beliau merupakan ahli PUTERA yang amat aktif, mewakili persatuan tersebut di Dialog Borneo 1, 1987 di Miri, mengikuti Perkampungan Penulis GAPENA II-Zon Sarawak di Johor Bahru 1999, menyertai Simposium Penulis Pelbagai Kaum di Miri, 1999 anjuran GAPENA, PUTERA, DBP dan Shell. Pada 2001 menjadi pembentang kertas kerja sempena Festival Penulis Pelbagai Kaum di Seremban, Negeri Sembilan kemudian dijemput sebagai pemakalah di Pertemuan Dunia Melayu di PWTC Kulala Lumpur pada bulan Oktober 2001. Pada September 2002, dipilih mewakili Malaysia dalam Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur(PPDKL), menghadiri Perkampungan Penulis Sarawak II di Miri sekitar Jun 2002 yang lalu. Awal 2003 ini dipilih menduduki kerusi Ketua II menerajui PUTERA bagi sesi 2003/2004. Selain itu aktif dalam gerakan Persatuan Bisaya Sarawak, walaupun  sebagai ahli biasa beliau juga telah membentangkan makalahnya dalam Seminar Pembangunan Bisaya Sarawak 2002 di Limbang dengan tajuk,"Isu-Isu Pembangunan Dalam Serambi Bisaya Sarawak".Ini baru sahaja dilaksanakan pada 02-03 November 2002 yang lalu di Purnama Hotel, Limbang. Sikap patriotiknya kepada masyarakat Bisaya, maka lahirlah  kumpulan puisi berjudul "ALAK BETATAR" diterbitkan dengan ehsan PUTERA  pada tahun 2000 yang lalu yang mengungkap kepahlawanan pemimpin Bisaya di zaman silam yang sedikit sebanyak mengugah hati dan perasaan anak bangsanya kini.  
Pada 22-25 Ogos 2003 di Hotel Promonade, Kota Kinabalu,telah berlangsung Simposium Penulis Pelbagai Kaum V sempena Festival Sastera Perpaduan di Sabah. Saudara Poul Nanggang telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk "Keranamu Malaysia:Kepengarangan Penulis Muda dan ICT". Pelbagai acara lain diadakan di Kota Kinabalu sempena majlis ini.  Poul Nanggang terasa dipalu apabila mendengar berita bahawa mentornya yang juga peledak semangat untuk menjadi penulis, Dr. Othman Puteh telah kembali ke alam fana pada 19 Oktober 2003 sekitar jam 03.00 petang hari Ahad di Kota Kinabalu, Sabah dalam waktu beliau masih lagi memberikan bengkel atau seminar penuliusan di Kota KInabalu, Sabah. Sahabat saya, Jaya Ramba ada menelefonnya dan Siti Rahmah menjelaskan akan hal ini, amat menyayat perasaan.   Pengesahan berita daripada Tuan Haji Hamzah Hamdani. Saya bukan sahaja kehilangan seorang mahaguru yang hebat tetapi sahabat yang cukup kaya dengan jenaka humur. Saya tidak percaya beliau akan pergi seawal usia ini. Kami begitu mesra sekitar dua minggu sebelum ini, kerana beliau dijemput menjadi fasiolilator bengkel penulisan cerpen dan novel remaja selama dua hari di Hotel Mega, Miri. Saya mengiringi beliau untuk makan malam dua malam berturut-turut bersama rakan-rakan PUTERA. Beliau sempat menceritakan gundah gulananya akan anaknya Hizairi yang masih belum sah hitam putih hilangnya. Kini beliau telah tiada lagi suara humornya, dan ceritanya yang memikat tentang cerpen dan novel di Malaysia.. Tiada tanda-tanda kelainan yang ada pada beliau Tuhan yang kuasa akan memberkati rohnya dan segala budi baktinya tetap abadi di dalam lipatan kenangan para sahabat dan teman-teman.   

Laman web ini akan sentiasa mengalami perubahan pembinaan yang berterusan, lantaran kehidupan itu sendiripun turut berubah. Sila hubungi e-mail di bawah sekiranya anda ada komen dan pertanyaan.
Alamat kediaman: Teratak Bahagia,  Lot 2645, Taman Yung Hua, KM 3.5, Jalan Riam,
98000 Miri, Sarawak, Malaysia.
Tel: 013-8435426
 
 
TAUTAN YANG BOLEH DILAYARI:

Tolong Orang Tipu Orang

STEC

Yahoo

CIMB

AOL

Lycos

MSN

Utusan Melayu

Berita Harian

Serambi Bisaya Sarawak[SBS]

Laman Bisaya Sarawak

MAGNUM

DAMACAI