BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Budayaku & Bangsaku
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Seandainya leluhur kita tidak meninggalkan segala apa yang ada dalam jiwa dan kehidupan kita maka kita akan pasti tidak tahu siapakah kita, asal-usul kita, dari mana kita mulai dan mengapakah kita begini?

Siapa yang tidak sayang dan mencintai bangsa dan bahasanya sendiri? Kalau ada manusia yang sedemikian mudah lupa akar budayanya, maka manusia itu tidak layak memiliki hak dalam bangsanya. Sememangnya ia lebih layak manjadi bangsa antarabangsa, di mana boleh masuk mana-mana budaya dan tamadun manusia lain. Malahan mungkin ia akan dituding jari manusia yang tidak berprinsip sama sekali. Mungkin ia akan cepat mengakui bahawa budaya hebat Eropah dan Amerika itulah budayanya. KFC dan Cola-Cola itu adalah baju kemegahan tamadun dirinya. Sayang sekali, manusia ini  berilmu tapi kurang memiliki jati diri bangsanya. Sebagai anak peribumi, kita amat kecewa sekali kalau ada di kalangan kita sesama kita yang bersikap dan mengamalkan tabiat seperti itu. Lebih mementingkan material dan ekonomi semata-mata. Malangnya, jika di timpa musibah dalam keluarga barulah ia mulai kenal asal usulnya. Mahu ditanam di mana mayatnya nanti kalau ia sendiri tiada memiliki mana-mana pegangan dalam budaya bangsanya. Orang lain pasti mengeluarkannya daripada kelompok mereka. Contonya saya seorang Bisaya kemudian berkahwin dengan masyarakat Melanau. Tidak akan mungkin orang Melanau menerima saya, anak-anak saya dan cara budaya saya kecuali saya pemimpin hebat dalam negara itu lain hal. Saya akan pasti mencari suku sakat saya Bisaya, di sinilah kita mulai sedar akan budaya bangsa kita. Kalau hendak dikuburkan mayatpun, terpaksa mencari salasilah yang betul, tidak akan tanam sebarang tanam lagi. Inilah kerisauan saya pada waktu mendatang. Manusia memang bijak, tetapi sering ditipu oleh gelombang perubahan yang menyebabkan kita lupa diri, bahasa dan asal-usul kita.  
Memang hidup kita banyak berubah, tetapi sekurang-kurang kita ada kesdaran akan membangun masyarakat kita. Kalau tidak sebulan sekali, dua bulan sekali, atau tiga bulan sekali atau empat bulan sekali dan paling kurang sekali setahun kita datang membincangkan hal-hal masyarakat kita daripada isu sensintif kepada soal remeh-temeh yang dilihat oleh kita semua. Perhalusi dan adunkan semua itu. Dokmentasi mesti ada, inilah kelemahan kita apabila membuat rujukan. Meski pun kita didalam dunia teknologi dan serba canggih, tabiat ini belum menjadi darah daging dalam masyarakat. Kita patut susun segala apa yang kita utarakan mengikut kronologi dan apa yang telah dicapai atau masih lagi dalam usaha ke arah itu? Atau apa-apa tambahan mengikut sitausi semasa, tetapi jangan lupa usaha yang sedia ada mesti diteruskan. Contohnya di era penghujung tahun 1990-an kita begitu bersemangat bercakap soal tanah NCR masyarakat Bisaya, jadi kita teruskan usaha itu sehingga sekarang sampai kita berjaya.Jangan kerana kita hendak mengangkat tabung pendidikan kita lupa NCR, kita lupa "bangunan orang kita", kita lupa budaya kita, kita lupa suntikan semangat kepada manusia kita. Senarai pajang ini kita akan terus bawa generasi demi generasi agar kita mampu mencapai hasrat yang kita sama-sama impikan. Banyak sudah orang kita lupa akan peranan sebagai ahli dalam NGO Bisaya apatah di pelbagai peringkat yang lain kerana kita lebih mementing isu semasa semata-mata sahaja. Ini patut kita elakkan. Itu pandangan saya selaku manusia Bisaya, betul atau tidaknya masih boleh disemak dan debat secara luhur dan beradab.        

Aku mengaku memang aku Bisaya. Darahku darah Bisaya, mungkin DNAku belum lagi diujilah. Tetapi perasaan kecintaanku kepada bangsaku dalam konteks tamadun(meskipun aku anggap Bisaya hanyalah etnik di Malaysia). Jarang sekali manusia Bisaya menyatakan pendirian itu. Meskipun ia pemimpin atau pejuang dalam kelompok ini. Tetapi aku terlebih dahulu mengutarakan bicaraku supaya orang lain tahu betapa aku cukup kuat, liat dan kental dalam memegang amanah tradisi leluhurku - Bisaya itu sendiri. Bagiku, tanpanya, aku akan tidak mungkin wujud kalaupun wujud sekadar bangkai bernyawa yang tiada mempunyai hak-hak dan identiti-identiti yang harus dibanggakan bahawa aku manusia yang berlabelkan spesies jenis ini. Bukanlah pula aku "ektrimis" dalam menjulang tamadun bangsaku, tetapi rasanya tanpa kekuatan itu, segala budaya dan adat resam bangsaku akan musnah dan pupus. Tiada akan ada muziumnya lagi. Manusia akan datang tidak akan mampu menjejaki sejarah panjang perjuangan bangsaku untuk berdiri sama tinggi dan sama mahu teruskan "survival" dalam dunia serba mencabar ini. Aku mengambil contoh adat kematian Bisaya yang harus dimuzikkan dengan "tuntong" istilahnya. Banyak dan ramai sekali kini ahli masyarakat Bisaya yang dikatakan menerima angin perubahan keagamaan dan pendidikan menolak adat ini. Sama ada mereka sedar atau pura-pura tidak mengambil berat hal ini atau mereka tidak tahu dan tidak terdidik memiliki kelengkapan ini sebagai simbol kematian umat Bisaya yang dijemput ke dunia orang mati. "Bertuntong" itu suatu simbol yang unik dan identiti dalam masyarakat kita. Ia dimainkan dengan set gong[pergandangan dalam bahasa Bisaya Sarawak] menunjukkan martabat , maruah , status manusia Bisaya itu sendiri. Alasan bahawa set gong sulit dimiliki oleh kampung atau mandala daerah Bisaya tidak masuk akal, kita sekian lama memiliki khazanah berharga dan bernilai itu, maka NGO Bisaya khasnya institusi ketua masyarakat duduk semeja memikirkan hal ini. Saya cukup kagum dengan Pemanca Wilfred Yussin Bunjuk, yang menampakkan suatu gerakan yang cukup meluas kesedarannya berdasarkan pengalaman yang saya lihat dan lalui tentang usaha beliau melihat bangsa kita Bisaya diperlakukan. Mengapakah golongan agama begitu "takut" dengan bertuntong ini? Adakah tidak masuk syurga, adakah amalan akan kurang dan hancur. Tapi saya mempertahan bertuntong kerana ia simbol bangsa Bisaya. Mungkin hanya Bisaya yang menggunakan muzik jenis ini, walaupun masyarakat Cina juga ada muzik sewaktu mereka mengiringi mayat ke kuburan. Kalau kita gagal amalkan dan serapkan dalam budaya kita, apakah identiti Bisaya itu lagi? Tepuk dada tanya selera.Ini kesilapan orang kita apabila melihat anjakan paradigma dalam ruang legar masyarakat kita. Kita jarang-jarang berdebat secara positif melihat segala fenomena yang melanda dan menular dalam masyarakat kita Bisaya. Sesungguhnya kalau tidak kita, siapakah lagi yang mahu membela dan memperkatanya? Ini sekadar satu contoh yang sensitif dalam budaya kita, dan saya bukan mahu menjadi juara, tetapi kalau mampu adakan forum terbuka tentang konflik ini agar kita benar-benar faham dan mendapatkan resolusi yang menguntungkan masyarakat dari aspek budaya bangsa kita.        

Kita bermegah dengan keturunan dan bangsa kita. Apakah yang kita dapat? Soalan ini sering menghantui saya. Saya tidak mahukan apa-apa sanjung, pujian, pingat atau darjah kebesaran yang perlu dijulang dan diarak. Tetapi apa yang saya suarakan adalah gejolak yang mulai berarak dalam masyarakat dan patut dibendung. Saya tidak mengaku pakar dan doktor masyarakat, tetapi saya berasakan setiap umat Bisaya ada tanggungjawab dan peranan masing-masing. Kita jangan tunggu lagi, orang kita mempunyai suara dan kehabatan dalam bercakap dan mengutarakan pendapat, pemikiran, malangnya segalanya itu hanya kata-kata sahaja- tiada pelaksananya. Masing-masing mengaku mahu menjadi Jeneral tiada yang mahu menjadi askar setia. Inilah gelora dan gejolak jiwa saya dalam puisi saya "Seorang Jeneral Tanpa Askar Setianya". Itulah ibarat dan tamsil dalam masyarakat kita Bisaya. Saya amat terharu sekali. Sikap kita mudah berpuak-puak dan masih liat dengan susana lama. Kalau suasana ini tidak berubah akan pasti dalam sepuluh tahun akan datang masyarakat Bisaya akan terus ke belakang. Agenda pendidikan kita kurang menyegat dan perlu tindakan tuntas mesikpun berjaya, kebajikan di kalangan kita amat jauh ketinggalan begitu juga ekonomi, sosial,politik dan budaya. Bidang sukan boleh maju dan kita usaha pemantapan diteruskan. Itu dari kaca mata saya selaku ahli masyarakat, masing-masing kita ada peranan dan tanggungjawab. Malangnya, kita tidak melaksanakan tugas kita sebaiknya. Kalau ada pun, tidak mempunyai "pasukan elit" yang benar-benar elit hanya sekadar hebat di kulit sahaja. Malang ini sering terjadi dalam masyarakat kita. Jiwa saya memang cukup terbakar melihat situasi ini, sampai bilakah lagi kita harus begini. Kita hanya sering menanggapi bahawa "jawatan politik" yang mampu memberikan cop kuasa mengangkat kita. Saya setuju, tetapi kita harus cari jalan, kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau betul kita percaya dengan indoktrinasikan melalui ini, kenapa tiada perncangan sesama kita. Atau ada cara-cara/alternatif lain yang boleh/sesuai untuk mengangkat masyarakat kita dalam kehidupan yang lebih baik daripada sudah-sudah. Yang merana, kecewa dan menrintih pedih pastinya anak cucu kita di waktu akan datang. Mungkin kita masih boleh selesa duduk dalam suasana kita. Fikirkan generasi kita masa hadapan.     

Asal benih yang baik kalau jatuh di puncak gunung akan menjadi permata bernilai dan kalau jatuh di laut menjadi pulau yang indah.