BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Ayah Pergi Selamanya
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Nyalaan lilin ini tanda kasih kami juga menyala
j0309714.gif
Hanya rohmu yang tahu bahawa kami sentiasa mendoakanmu

Ayahku masih boleh bercakap waktu aku pulang ke Miri pada 27 Ogos 2006. Aku telah tiba sejak 4 hari yang lalu setelah 2 hari menjalani tugas rasmi waktu cuti. Adik Elam menelefonku menyatakan ayah sakit disusuli oleh abang Bernard dari Kuching pada petang Selasa, kemudian petang Rabu esoknya aku pulang ke Limbang daerah kelahiran kebanggaanku. Malamnya aku tidak sempat menemui ayah kerana tidur. Awal pagi esoknya aku dapat bercerita dengan ayah tentang niat hendak membawanya dirawat di hospital. Malangnya ayah menolak kerana cuaca terlalu pamas. Kedaan ayah teruk tetapi aku masih percaya ia masih kuat kerana mampu bercakap dengan baik dan lancar, tiadatanda-tanda bakal meninggalkan kami adik-beradik dalam waktu terdekat. Apapun aku sempat menelefon adik Alvin yang berkursus di KL menyatakan situasi ayah. Pada hari Jumaat aku sengaja menunggu ayah mengajakku ke hospital, tetapi aku tidak mahu memulakannya kerana aku faham tabiat ayah. Sabtu menjelang aku cuba sedaya upaya untuk membawa ayah tetapi masih gagal usaha itu. Aku sempat menitipkan pesan kepada Uncle Kunak dan Auntie Runting untuk ke rumah. Sementara aku dan bang Ronnie diarahkan oleh ayah untuk memanggil Yaki yampil bagi mencuba rawatan tradisi, aku usahakan juga niatnya. Pada malamnya aku terpaksa bermalam di Limbang,kerana penat dan letih dan malam itu adik Alvin mneyuruhku mengambil ubat yang biasa itu dari Klinik Dr. Tan di Limbang. Awal-awal lagi aku bangun dari rumah sepupuku Faizul dan mengambil ubat yang dimakudkan itu. Aku sampai di rumah dan menyerahkan ubat itu kepada ayah disaksikan oleh Kakak Seniah. Aku juga sempat berbual tentang kampung, keluarga dan hal-hal biasa keluarga. Ayah nampak bersemangat dan aku juga menyerahkan surat kepada Ncu Lukong tentang hal-hal tanah Terdahan yang sekian lama aku perjuangkan bersama ayah dan sepupuku Edward Shullat. Perbincangan kami cukup panjang. Ayah sempat menitipkan salam agar adik Alvin dapat pulang ke rumah pada esok hari. Aku mmohon kembali ke Miri. Malam itu aku tersedar bahawa kamrea aku tidak dijumpai dalam begku oleh anak-anakku. Lalu aku menelefon adik Elam agar mencarinya di rumahku di kampung. Jam waktu itu sekitar 0730 malam. Sekitar jam 11.00 malam aku menerima telefon Uncle Tujang yang keadaan ayah tenat. Aku terkejut tetapi tetap sabar dan tabah. Isteriku masih kerja malam terakhir waktu itu juga telah menerima panggilan daripada adik Elam. Aku sempat menelefon abang Bernard dan menerima telefon adik Alvin. Jam 01.00 pagi abang Bernard mengesahkan yang ayah telah kembali ke alam abadi. Aku cukup sayu sekali, maka berakhir cerita seorang lelaki yang aku panggil ayah selama ini di maya ini. Ayah disemadikan di Perkuburan Beliadau, Ipai Limbang pada 29 Ogos 2006 setelah dimandikan dan diadatkan penuh tradisi ikut rasmi Bisaya Limbang dengan gendang "tuntongnya" dan disalongkan. Jenazah ayah ditahan 2 hari semalam saja, kerana abang Stephen akur dengan keputusan bersama semua saudara dan kaum kerabat ayah. Pantangnya selama 14 hari dalam routine Bisaya sejati. Terima kasih semua sahabat handai dan saudara nara yang menghulurkan tanda simpati sama ada datang menghadiri pengkebumian ayahanda mahupun menghulur wang ringgit dan titik peluh yang cukup bernilai dan tidak mungkin kami balas. Semoga roh ayahanda akan bersama para sahabat dan leluhur yang telah menghadap alam kekal dalam selamat abadi. Segala kenangan dan memori terakam dalam jiwa kami anak-anak ayah di saat duka begini. Kami berjanji melakukan yang terbaik demi nama baik ayah yang sekian lama diperjuangkan.

Enter content here

Enter supporting content here