BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Sederhana dan ringkas

Kunjungan sempena acara "Festival Puisi Perpaduan"
02putera.jpg
Poul & kerabat PUTERA bersama YB Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Timbalah Ketua Menteri Sarawak

Dalam wajah serius masih ada ruang berkarya
image003.jpg
Poul Nanggang salah seorang peneraju kolokium

Apabila dikelilingi dara pingitan
dscn1745.jpg
Nostalgia lama mengimbau kembali

Suasana lesu selapas 12 Jun 2005 ditambahi pula setelah selesai acara festival yang tiga berlagnsung memang penat dan meletihkan. Jadi masa itu boleh dikirakan waktu santai. Tetapi tenaga PUTERA mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kolokium PUTERA sempena ulangtahun Ke- 25 tahun.
     Di awal majlis diadakan secara sederhana pelancaran buku para karyawan PUTERA kemudian ucapan awal dan prawacana daripada Ketua I GAPENA tentang penglibatan PUTERA dalam acara susastera di Malaysia di samping majlis ulangtahun PUTERA ke- 25 tahun ini yang namapak sederhana tetapi tetapi bermakna. Walaupun kehadiran pada majlis ini kurang memberangsangkan tetapi makna yang ditimbulkan oleh majlis ini cukup relevan dengan suasana di Sarawak kini. Apa yang menarik acara hampir dua jam ini, dihadiri dan ditekuni oleh dua tokoh hebat dan besar GAPENA iaitu Ketua I GAPENA, Tan Sri Prof. Dr. Ismail Hussein dan Pengrah Festival Datuk Prof. Zainal Kling dari awal hingga akhir.  Apapun komen tenatng kolokium itu, yang nyata PUTERA berhasil dan kesederhanaannya. Bukanlah badan penulis yang kaya raya, tetapi masih mampu melahirkan dokumentasi ahli-ahlinya dalam keadaan seba kekurangan. Dua sesi perbincangan diadakan dengan sesi pertama lebih kepada catata sejarah lampau PUTERA disamping badan-badan penulis lain di Sarawak, tetapi usianya gagal mencapai hingga hari ini.  Abizai yang telah lama bergelumang dengan PUTERA diberikan kepercayaan untuk melihat dan mendengar suara hati PUTERA sambil menekan bahawa ada suara orang yang mengganggap diri besar sambil memperkecil dan memperlekehkan usaha, tenaga dan komitmen PUTERA dalam genre sastera di Sarawak  , kemudian William Chan sebagai mantan pemimpin dalam PUTERA menceritakan nostalgia PUTERA, Saudara Abg. Patdeli Abg Muhi, sebagai seorang peneliti sastera di Sarawak kelihatan lebih banyak memuji dan mengangkat PUTERA sambil berpesan supaya "menjaga PUTERA sebagai khazanah sastera Sarawak yang berharga". Mana kala Zaini Ozea pula lebih menejlaskan bantuan dan sokongan DBP Sarawak membantu kerabat PUTERA baik dari segi gerakan mahupun penerbitan sebagai sebuah badan penulis. Sesi awal ini di dipengerusikan oleh Saudara Basri Abdillah, dari Bahagian Sastera Antarabngsa BDP Kuala Lumpur. 
      Sesi kedua perbincangan pula, lebih memfokuskan bicara karya penulis dan hasil karya karyawan PUTERA. Haji Hamzah Hamdani yang merupakan mantan Pengarah DBP Sarawak, membicarakan karya novel Noor Abby, "Keabadian Cinta". Kemdian Jaafar Hamdan dari DBP Sarawak mengulas beberapa puisi yang terdapat dalam antologi "Penangkap Rama-Rama & Kelewar" terbitan sempena 25 tahun PUTERA, Saudara Poul Nanggang, mengulas puisi-puisi Abizai dalam"Membentuk Elok Di Teluk Esok" dan Saudara Hipani Alwi membicarakan puisi-puisi tentang kampung dalam karyanya yang cukup menarik dan berjaya. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Jaya Ramba yang begitu bersahaja menjayakan majlis ini.
        Apa pun, majlis ini dihujungnya dihadiri oleh perwakilan-perwakilan pelbagai kaum sambil mempotretkan diri tanda kenangan dalam majlis ini. Setiausaha I GAPENA, Prof. Madya Dr. Zainal Abdin Borhan, menyampaikan rasa  bangganya kerana dalam kesuntukkan waktu PUTERA masih mampu merealisasikan agendanya. Tahniah dan selamat ulangtahun para karyawan PUTERA.        

sunset.jpg
Senja masih belum berakhir, nikmatilah kehidupan seadanya

Sederhana Tetapi Bermakna.