BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar

Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

no.1.jpg
Pemimpin Utama- Tetap Merendah Diri

Bila Jadi Orang Besar Jangan Lupa Orang Kecil 

Dalam hidup ini, kadang-kadang tuah dan nasib kita akan mulai merangkak daripada manusia kecil tiba-tiba terpilih menjadi warga besar yang ada nama,  ada pangkat, ada kebanggaan sosial, ada ohmm.  Itulah nasib dan tuah manusia, alangkah bertuah dan indahnya kehidupan yang dihadapi, tentunya tabik kepada manusia hebat ini!
        Malangnya apabila kita ada nama dan hebat, janganlah pula sampai memperkuda kuasa untuk menindas dan menjatihkan warga manusia kecil yang kerdil. Mentang-mentang kuasa ada di tangan seolah-olah kita maharaja yang paling agung dengan segala titah dan perintah. Ingatlah asalnya pun manusia kecil juga, mengapakah harus bangga dengan gelaran dan nama yang dipinjam Sang Dewata buat semnetara. Itukan sebuah anugerah sementara dalam hidup ini. Jangan sekali-kali menyalahgunakan kuasa dan nama yang ada lalu menginjak-injak manusia kecil lain.
        Kalaulah betul-betul kita ada perkara yang terlalu daif untuk dperbetulkan, janganlah melenting dihadapan khalayak ramai menjatuhkan martabat warga bawahan kita. Ada cara yang baik kalau kita mahu menegurnya supaya ia lebih rasa dihormati sepanjang hidupnya pasti kita akan dikenanginya sebagai manusia yang beradab dan bersopan. Memang kita layak mengeluarkan kata-kata najis dan hanyir kepada manusia kecil kerana kita besar, tetapi ingat impaknya dalam hidup kita semakin meloya dan semakin membusuk jadinya. Kita hanya dihormati sementara ada pangkat dan kuasa, tetapi bila itu terlucut nanti silap-silap kita akan dilayan tidak ubah seperti anjing kurap atau najis jalanan yang tidak akan dipandang. Saya sambut baiklah "Kempen Berbudi Bahasa" oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tahun 2005 ini. Jadi kepada yang berkuasa, janganlah hanya sebagai tukang lancar dan menyampaikan ucapan berapi-api dan mendayu-dayu, hakikatnya hambar sedangkan diri kita sendiri tidak seperti yang diperkatakan, mungkin itu adalah hipoklrit yang paling besar dalam hidup ini alias penipu yang hebat di abad ini. Usahlah bercakap tentang agama dan ketuhanan, itu di luar pengetahuan ini.
          Saya dalam melayari hidup ini seringkali terjumpa, bila kawan yang dulunya orang kecil tetapi kini apabila menjadi besar, sombong dan egonya bukan main. Tidak payahlah hendak sebut siapa dia. Cukuplah saya tulis catatan ini sebagai pedoman saya dan sesiapa yang membaca ruangan ini agar sedar dan kembali ke akar diri. Kita sebagai manusia, maka tunjukkanlah sifat "kemanusiaan" itu terpancar dan terpercik dari kita, bukanlah  api amarah atau pemberontakkan yang kejam dengan tindakan dan kata-kata menghina, menghiris melukai kalbu, lidah yang bercabang, hala tuju tidak menentu, keputusan yang tidak tekal dan berserabut, arahan yang tidak konkrit dan lebih banyak ucap tama yang menekan golongan bawah dengan kertas kerja, konsep, perkongsian pintar, tetapi di peringkatnya sendiri, sekeping kertas konsep pun tiada waktu mesyuarat, hanya pandai membidas dan mencari kesilapan dan kesalahan orang bawahan, tidak pernha betul dari kiri ke kanan, kemudian dari atas ke bawah lalau dari depan ke belakang, jauh lagi mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih malah dihina dan dikeji pula dengan kata-kata sadis dan menyakitkan. Perit dan nyilu rasanya, bila kita mendengar pidato yang penuh dengan ejekan kata-kata hanyir yang mengalir di lautan api neraka yang dikcipta oleh sang syaitan.      

no.2.jpg
Pemimpin tidak harus tunjuk kuasa dan pangkatnya

Enter supporting content here