BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Paideia
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Sekolah Kebangsaan Kuala Awang, Limbang Tahun 1973-1978 banyak meninggalkan nostalgia yang membara dalam dada.  

SK. Kelapa Sawit No. 4 dalam kenangan 2005
dscn1733.jpg

Aku masih di awal pagi sekitar awal bulan Januari tahun 1973, aku mulai dihantar oleh ayahku ke sekolah.Dari sini aku mulai mengenali pendidikan formal. Dari rumah aku hanya dibekalkan oleh ibuku sebotol air kopi sederhana hitamnya, beg plastik yang berisi buku-buku tulis,dua batang pensel  dan aku tidak ingat sama ada aku dibekalkan pemadam dan pembaris. Guru yang pertama mengajarku tentang ABC atau 123 aku masih ingat nama Cikgu Jullius Langki. Mulai dari sinilah titik mula aku seperti seorang pelari marathon  yang konsisten berusaha untuk menamatkan perlumbaan menjulang piala ilmu hingga ke menara tinggi.Tiada dorongan yang nyata, tetapi lebih banyak menerima cemuhan dan kata-kata kesat yang menginjak-injak maruah martabat sebagai manusia  di bumi ini. 
Dalam keluarga sendiri, tiga orang abang-abangku sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Paling membanggakan aku dan keluarga, abangku Bernard Suling Nanggang adalah di antara pelajar Bisaya di Limbang, Sarawak paling menonjol pencapaian akademiknya. Beliau ditawarkan belajar ke England pada tahun 1975 di taja oleh MARA. Ini membuatkan aku penuh semangat,melihat kejayaannya itu tetapi aku tahu ilmuku sekadar kail panjang sejengkal sahaja, manakan dapat menduga lautan dalam. Perjalanan untuk maju masih jauh dan berliku, itu aku akui. Tetapi kehebatan abangku itu sebagai "pendorong" bagiku untuk maju dan berjaya. Walaupun tidak segemilang dan segah kejayaannya itu, kalau aku mampu mendaki dan menerima segulung kertas ijazah itu sudah memuaskan, meskipun aku tidak dihantar belajar sampai ke negeri orang putih. Aku tidak berasa iri hati dengan kejayaan abang itu, walaupun dalam peperiksaan SPM aku setakat gred tiga sahaja, dan mendapat kritikan hebat daripada bapaku sendiri namun bagiku itu semua masih belum berakhir dalam hidup ini.  Aku faham akan maksud bapaku. Kegembiraanku sedikit terubat apabila adikku Alvin Yumpud Nanggang dapat mengikuti jejak abang Bernard Suling Nanggang melanjutkan di penghujung tahun 1980-an. Aku bangga, air mataku tumpah tanda kejayaan melihat semua ini, meskipun bukan aku melakukannya, tapi adikku telah menunaikan tanggungjawabnya sekurang-kurangnya membahagiakan bapaku sendiri tentang pencapaian kejayaan ini, meskipun aku bukan menciptanya.Apapun aku sendiri telah tertanam dalam jiwaku, mesti mencetak kejayaan.

Aku masih ingat guru-guruku yang menuang ilmu kepadaku sehingga aku menjadi manusia yang sememangnya manusia. Diantaranya Cikgu Michael Banta Enak, Cikgu Ellai Kasoh, Cikgu Terenece Idang Yamo, Cikgu Michael Tunai Aba yang memulakan pertumbuhan akal minda dan pemikiran dalam tempurung otakku sebagai manusia.Aku bangga mempunyai guru-guru yang dedikasi yang telah banyak memberikan aku kesempatan untuk menjadi manusia yang berjaya. Sememangnya aku akui bahawa aku bukan manusia yang dilahirkan pandai, dan tidak pula bebal. Tetapi bak kata pepatah Melayu "belakang parang kalau diasah lagi akan tajam", maka bertolak dari sinilah aku mulai menanam tekad dan azam untuk menjadi orang berguna.   
Bukanlah sekadar pandai berkata-kata dan berbicara, yang paling utama ialah diri kita sendiri mesti ada usaha untuk membuktikan bahawa kita boleh dan berjaya dalam usaha kita mengangkat martabat diri. Tiada orang lain yang dapat membantu dan menolong kita, melainkan diri kita sendiri sahaja. Kalau kita berasakan bahawa ilmu pendidikan itu perlu dalam mengejar kehidupan yang kian bergelora ini, maka kita harus fokuskan diri kita ke arah itu. Nasib saya di tahun 1970-an, memang tidak dinafikan kekurangan bahan bantu untuk maju dan belajar sendiri. Kita mengharap kuasa tangan dan pengajaran guru sepenuhnya untuk membuktikan keupayaan kita sebagai pelajar. Berbeza dengan sekarang, segala-galanya sedia ada, terpulang kepada pelajar untuk memilih sama ada mahu belajar atau mengabai peluang keemasan yang sedia terhidang di depan mata. Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Idang, yang banyak merubah cara saya bertindak, berfikir dan belajar di samping saya mulai semakin maju dalam pelajaran, tetapi semua itu tidaklah dikatakan yang paling hebat. Di peringkat sekolah menengah, saya amat berterima kasih kepada Cikgu Mazinah Hj. Hamdan, seorang guru sejarah yang begitu baik dan memberikan saya kekuatan dalam subjek ini dan cara saya menaakul ilmu pengetahuan.Di peringkat maktab pula, saya menyanjungi Cik Gertrude Ariaputra sebagai guru yang hebat memukau segala ilmu pengetahuan di jagat raya kemanusiaan itu sendiri.

TEMPAT JATUH LAGI DIKENANG INIKAN PULA TEMPAT BERMANJA.