|
|
|
|
Bagi diri Poul Nanggang sendiri, beliau merupakan putera ke empat dan anak ke lima daripada perkahwinan Encik Nanggang
Julang dengan Puan Kasi Lawai. Sebagai anak yang lahir dalam keluarga besar, Poul Nanggang telah biasa dengan segala curahan
pembahagian kasih sayang. Kadang-kadang beliau terasa semuanya itu, akan tetapi setelah berkeluarga dan mempunyai anak-anak
sendiri, maka Poul telah dapat memikirkan tentang curahan cinta kasih seorang bapa, ibu dan begitu juga perasaan anak-anaknya.
Bagi beliau, anak-anak juga tidak boleh diberikan kebebasan yang melebihi batas atau melampau. Setiap perlakuan kanak-kanak
mestilah ada garis panduan dan petunjuk dalam hidup ini. Ibu bapa memainkan peranan dan tanggungjawab besar untuk menjadi
anak-anak itu manusia yang berharga kepada masyarakat dan kepada manusia.Percaya bahawa kehidupan ini sentiasa ada panduan
dan petunjuk untuk menjadi kita lebih peka dan berguna di mata Tuhan dan dalam masyarakat.
|
|
|
|
|