BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Memperkasa Diri
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Tiada manusia dapat menolong kita selain daripada sendiri mahu bantu diri kita. 

Bersama staf sokongan di SK Kelapa Sawit No. 4
dscn1740.jpg
Dalam pahit ada manisnya begitulah sebaliknya.

Bila bicara soal memperkasa diri, saya tidak dapat lari  daripada soal ilmu yang ada di dada.Bagi saya apa yang penting ilmu tersemat di dada perlu bagi kita mengupas segala kemungkinan-kemungkinan dalam hidup ini.Tanpa ilmu walau bagaimana hebatpun suara kita, orang masih memandang kita "semacam"sahaja.
Kedua kita sanggup turun padang, membantu masyarakat kita yang sememang kita boleh membantu. Tapi jangan berlagak tunjuk pandai kiri dan kanan semata-mata. Tapi gagal membuktikan bahawa kita telah cemerlang  menjalankan tanggungjawab kita.
Mempunyai "kakitangan" dan pasukan yang hebat dapat melaksanakan apa yang ada pada minda kita tanpa memikirkan hal-hal besar sahaja. Kecil tetapi berupaya menggerakkan masyarakat kita. Jangan sahaja kita bangga dengan program kiri kanan bersama Pak Menteri, tetapi gagal membawa impaks ke dalam sanubari masyarakat kita hari.
Kita bukan sahaja perkasa dalam kehidupan luaran kita tetapi di dalam keluarga sendiripun kita perkasa. Bagaimana mungkin dapat membantu orang lain, kalau keluarga sendiri gagal diberikan perhatian dan bantuan. Kita mesti realistik bahawa menerima kritikan.
Jangan takut kepada kritikan. Hadapi segala kritikan dengan ketenangan dan fikiran yang lapang. Mengikut Kung Fu-Tze, seorang ahli falsafah China pernah berkata bahawa, "musuh yang paling saya geruni adalah orang memuji saya, tetapi sahabat yang saya kagumi apabila orang mengkritik saya". Kritik itu adalah penilaian kepada diri kita sambil merupakan imej yang ada pada kita, yang kita tidak nampak, maka apabila dikritik kita berpeluang melihat bahagian yang kita tidak nampak selama ini.
Jangan mudah putus asa dan kecewa dalam hidup. Sekali, dua kali, tiga kali, malah sepuluh kali kita gagal mencapai hasrat murni kita bukan bermakna kita gagal selama-lamanya, hanya kurang bernasib baik. Lebih usaha, kuatkan keazaman, tingkatkan semangat untuk mengangkat martabat diri kita. Jangan leka di buai derita luka yang membuatkan kita terus merana sengsara. 

Hidup selalu baik dan berbudi bahasa
dscn0344.jpg
Orang memberi kita merasa... jangan sampai bermasam muka

Enter content here

Enter content here

Enter supporting content here