BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Mulut Terkunci
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

Kadang-kadang diam adalah bahasa yang paling indah daripada kita bercakap tidak tentu pasal yang menyerlahkan kebebalan dan kedangkalan ilmu yang kita miliki.   

Usia di waktu muda memang meluap-luap sahaja keghairahan kita apabila melihat atau menghadapi sesuatu yang tidak betul khasnya menimpa batang hidung kita sendiri. Kita tidak mungkin akan dapat menahan segala keperitan yang menghimpit jiwa kita. Biarpun  kita sendiri yang tanggung segala perasaan itu, tetapi kesannya cukup mendalam dan pahit sekali dalam jiwa kita. Tiada seorang yang mahu ambil peduli. Mungkin arena penulisan merupakan tapak yang sesuai yang dapat mengeluarkan segala gejolak jiwa yang bertakung dalam diri kita. Memang cukup menyeksakan, apa boleh boleh  buat takdirnya kita menghadapi semua ini.
Malangnya apabila kiat telah mulai matang dalam kehidupan ini, kita mulai "lali" dengan segala permainan kotor yang nampak bersih ini. Inilah mungkin yang dikatakan "professional". Bagi saya sendiri, memang cukup meluat melihat beberapa sandiwara yang dimainkan di depan skrin kehidupan kita, semuanya adalah untuk mengaut dan meraih keuntungan sendiri dan peribadi. Walaupun kita sendiri semacam dicincang-cincang oleh beberapa pelaku dasar,  saya masih tetap bersabar kerana saya percaya bahawa kuasa itu masih ada pada mereka, maka mereka akan sesukanya mempermainkan kita semacam kanak-kaank bermain anak patung. Kalau mereka mahu kita basah maka kita akan di terjun ke dalam baldi yang penuh berisi air, kalau mereka mahukan kita panas, maka kita akan di panggang dekat bara api, kalau mahu kita kesejukkan meggigil maka kita dimasukkan ke dalam peti ais. Nah, begitulah umpama nya kita ini yang tiada kuasa, maka akan diperbuat oleh manusia-manusia memperkuda kuasa dengan cara-caranya sendiri. Kita hanya perlu sabar, kalau mahu menikmati gaji bulanan dan masih memegang pekerjaan yang kita ada.
Perlu dingat bahawa ketua kita ini, bukanlah selama-lamanya menjadi Tuhan kita, maka kita tabah sahaja. Bahasa yang lebih mudah digunakan ialah bahasa bisu. Bisu dirimu, tetapi bukan akal budimu. Mereka ini tidak selamanya akan menjadi "tuan" kita dan menjalankan dasar yang mengutuk dan mengetuk manusia-manusia yang tidak diingininya. Lebih malang ada di antara kita yang tidak dapat membendung segala perasaan, akhirnya kita menerima kad kubing atau kad merah seperti di dalam permainan bolasepak. Tetapi bagi saya, saya lebih suka membisu sahaja. Kecuali sememangnya yang berkenaan mahu mencari fasal dengan saya sehingga sanggup memgungkit hal-hal yang terlalu peribadi sifatnya. Maka saya akan juga berjuang bermati-matian mempertahankan martabat diri saya, sehingga ke lubang kubur pun akan saya kejar. Kalau setakat kaat-kata "bombastik" yang tidak di bawa ke mana-mana maka saya perkataan "membisu" sahaja. Tidak perlu bertegang leher, biarlah ia menerima kemenangan dan berasa bangga kerana menginjak-injak kita yang sememangnya tidak sebulu atau sehaluan dengannya. Biarlah ia berasa dirinya maha hebat, maha sempurna dan agung di muka Bumi ini. Tiada guna membuka sengketa, lebih baik membisu. Inilah yang saya laku sekian lama dalam menjalani kehidupan ini, walaupun perit saya berasa bangga kerana dalam bisu saya, saya mempunyai nilai harga diri yang tersendiri. Saya tidak meminta-minta dan melarat serta menyembah kepada mereka  yang berasa dirinya hebat. Lihatlah sampai bilakah kehebatan mereka?           

Dalam dunia yang tidak menentu ini, soal moral agak sulit bagi kita percayai. Apa tah lagi undang-undang ada di tangan sendiri. Pendek kata, amalan agama hanya topeng menunjukkan kebaikan manusia. Pada hal, manusia itu lebih rakus kejahatannya daripada syaitan yang dibenci Tuhan. Malang sekali, banyak sekali manusia syaitan yang hidup di zaman ini berpura-pura menjadi malaikat wakil Tuhan dari syurga. Apa yang penting adalah diri kita sendiri mesti mempunyai keampuhan dan kehebatan ilmu untuk menafsir dan memaknakan segala perbuatan-perbuaatan manusia sekeliling kita. Jangan mudah percaya dengan kata-kata manis dan cara kehidupan  soleh yang ditunjukkan, semuanya sandiwara belaka.
Saya memilih membisu diri, dan akan bercakap sekiranya diizinkan di waktu yang sesuai mungkin tidak sempat di Bumi ini makanya simpan sahaja, mahu bekal di alam fana kelak. Di sana mungkin kita akan diberikan peluang menyuarakan segala apa yang kita bisukan sekian lama. Percayalah, bahawa tiada perasaaan lebih indah dan kedamaian lebih murni selain melepaskan segala apa yang terkurung dan terpenjara dalanm jiwa yang lara sekian lama. Proses ia mengeram dalam pemikiran kita cukup lama, sehingga ia menetas benih suara protes yang cukup panjang yang masih terngiang-ngiang di cuping  telinga kita. Bukan apa ini suara pembebasan sekian lama kita dibisukan oleh kerana kuasa tiada dan dihimpit birokrasi yang cukup menyakitkan. Siapa yang pintar dan hebat menyediakan skrip dan lakon layarnya dalam kehidupan ini, dialah yang akan dinobatkan sebagai manusia yang maha baik dan bijaksana. Malangnya dalam diri manusia bersarang kebusukan yang tiada taranya. Kita diam membisu sahaja, kerana kita tiada kuasa, daya dan kekuatan yang mampu melawan. Suara.... suara tidak cukup hanya suara. Ini adalah perbauatan sia-sia. Biarkan dirimu diam sahaja. Hadapi segala apa juga kemungkinan, jangan sampai kau terus-terusan menjadi sampah di maay pada ini. Jadikan dirimu yang bisu sebagai manusia yang berharga, bernilai, dari aspek ilmu dan kebijaksanaan.     

Membisu dan diam bukannya tidak melawan. Tetapi mencari kekuatan diri dan kelemahan lawan untuk kita sama-sama ledakan di waktu benar-benar memerlukan pertarungan hidup mati. Jangan alang-alang dalam hidup ini. Makanya kalau berkata-kata biarlah bernas dan berisi tidak boleh main lantak sebarangan kelak akan menikam diri sendiri.

Biarkan orang mengatakan kita bodoh kerana sekian lama membisu tanpa melawan. Tentunya bukan sekarang waktunya, ada masanya tiba untuk kita memulang paku buah keras yang pernah dilemparkan kepada kita. Tetapi membisu adalah bahasa yang lebih indah digunakan.