BISIKAN KALBU SEORANG PERINDU

Speculum In Aenigmate
Home | Ayah Pergi Selamanya | Sebuah lagi musibah | Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005 | Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun | Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar | Profil Diri | Paideia | Famili Asas | Photo Kenangan | Paparan Nostalgia | Karya Diterbitkan | Khabar Berita | Stesen Berkhidmat | Asal Usul | Kerabat Terdekat | Wadah Sosial | Sahabat Akrab | Kertas Kerja | Speculum In Aenigmate | Wacana Bisaya | Penghargaan | Weltanschauung Pendidikan | Eksplikata Bisaya | Eksplikandum Sosial | Kasihnya Ibu | Ego-Cogito | Agenda Pendidik | Nilai Puisi | Daerah Puisi | Menukangi "Diinjak-Injak" | Esok Bermakna | Budayaku & Bangsaku | Mulut Terkunci | Memperkasa Diri | Apologi Kepada Bangsaku | OUNA -Laluan Beronak Duri. | Memperkasa Hati | Anak-Anakku | Lagu Bisu Suara Hati

KARYA UTAMA YANG DIBUAT ANALISA

Pramoedya Ananta Toer adalah penulis novel idola saya. Walaupun saya meminati puisi, tetapi novel merupakan bahan bacaan saya yang utama. Bermula dengan perkenalan saya dalam "Keluarga Gerilya" yang kebetulan menjadi teks STPM ketika itu. Saya tertarik bukan kerana dipaksa membedah novel ini, tetapi cerita perjuangan yang diungkapkan oleh Pram. Saya cukup menyanjungi semangat Pram. Novel ini penuh dengan sengsara, derita, pertarungan batin di antara yang hitam dan putih dalam diri manusia yang ingin membebaskan tanah air dan juga bangsa sendiri atau begitu-begitu sahaja mahu bahagia di bawah telunjuk penjajah Belanda. 
 
Kemudian saya berkenalan dengan Pram melalui novel hebatnya "Bumi Manusia" yang memang tinggi mutu seninya. Saya terpikat dengan penonjolan wanita peribumi yang cukup ampuh dan tangguh dalam cerita ini iaitu Nyai Ontosoroh yang diperlakukan sewenangnya oleh penjajah Belanda sehingga kehilangan anaknya sendiri. Tetapi kehebatan menerajui perusahaan suaminya bangsa Belanda itu amat saya cemburui. Cinta Minke kepada Annelis anak kepada nyai Ontosoroh juga, merupakan pancingan cerita yang cukup membuat audien terus-terusan sahaja mahu membaca halaman seterusnya novel yang cukup hebat ini. Perlukisan bersahaja sahaja, tetapi membawa impaks yang mendalam ke dalam ruang akal fikiran manusia yang mahu berfikir dengan akal yang ada.
Lalu saya berkenalan dengan novel autobiografi Pram berjudul "Nyanyi Sunyi Seorang Bisu", sekali lagi Pram cukup bijak memancing pembaca melalui pengalaman pahitnya sejak zaman awalnya hingga hari-hari tuanya. Novel ini banyak bercerita tentang air mata dan pernyataan peribadi Pram yang melabelkannya sebagai komunis melalui "LEKRA" yang pernah dipeloporinya.
 
Seterusnya saya menjinaki "Wanita Tahanan Militer", sebuah kisah penderitaan wanita Jawa yang mahu berbakti kepada bangsa Indonesia kemudian dikorbankan tanpa kesan dan nesan oleh keganasan perang. Orang tua mahu mengirimkan anak-anaknya ke Jepun untuk memajukan Indonesia apabila merdeka, malangnya mereka dijadikan mangsa kepuasan seks di gugusan pulau-pulau Nusantara hinggakan sampai ke Pulau Buru, tempat tahanan politik negara Indonesia.Kekejaman penjajah kepada bangsa Indonesia amat membawa kesan yang dalam dalam perjuangan bangsa ini membebaskan negaranya dari cengkaman Belanda. Para gadis atau perempuan yang dibawa belayar ke seebrang laut untuk menimba ilmu bagi membangunkan Indonesia bila merdeka kelak mahu dijadikan guru, jururawat, juruwangm ahli pertanian, perusahaan, dan bermacam tenaga mahir bagi mengisi kemerdekaan. Maka anak-anak daripada pembesar-pembesar bangsa Indonesia khasnya di Jawa sanggup menitipkan anak mereka demi mengangkat martabat sebuah bangsa yang bakal dihormati. Pengorbanan mereka kepada negara bangsa amatlah tinggi sekali, sehingga mengorbankan anak terbaik demi negara tetapi pulangnya hingga kini tidak kunjung tiba. Bayangkan benih dan zuriat yang terbaik di kalangan keluarga ternama masyarakat Jawa yang sanggup berpisah demi keagungan sebuah bangsa Indonesia itu sendiri. Pram telah menggali dan menelusuri segala cerita itu, semakin real dan cukup menyayatkan hati. Siapakah yang mahu ambil peduli mereka semua, tanpa surat bukti atau apa-apa perjanjian yang mahu disebut? Kisah kemanusian yang menyayatkan jiwa. 
 
Yang jelasnya, Pram tidak pernah kering idea dengan tulisan yang cukup menggugah perasaan. Bagi saya, karya memang layak diberikan pujian dan penghargaan kerana cukup menyerap ke alam rasa fikir manusia. Ini bukanlah pujian yang mahu sengaja mengangkat nama Pram, tetapi secara jujur dilahirkan oleh pembaca yang menikmati juadah yang Pram hidangkan melalui "susastera" yang dimilikinya.  
 
Saga karya Abdul Talip Hassan juga merupakan novel Melayu yang menjadi bacaan penting kepada saya dalam memperbanyak khazanah ilmu dalam sastera Melayu. Walaupun kadang-kadang terlalu banyak unsur "tidak masuk akal " dalam Saga, tetapi semuanya dapat dimurnikan dengan keindahan cerita. Ia cerita perjuangan membela masyarakat pedalaman agar maju dan berkembang sesuai dengan kemerdekaan yang gapai. Anak-anak muda seperti Hisham cukup tangkas dan bersemangat dalam membela watan, sehingga sanggup membelakangi kehendak peribadi.
 
 
 

Novel "Kelingkang" tulisan sahabat baik saya, Saudara Douglas Jaga amat memukau cita rasa saya. Tulisan beliau amat peka akan sensitiviti masyarakat Dayak di Sarawak. Sehingga saya menulis esei mengenai kritik sosial yang dibentang dalam agenda novel ini. Kemudian saya memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan penulisan esei kritikan anjuran DBP Sarawak tahun 2000 itu. Bagi saya "Kelingkang" membawa makna yang cukup besar dalam diri saya dan pembacaaan saya sebagai audiens sastera Melayu di Sarawak dan Malaysia. 
Bagi saya watak Gandau selaku bapa Lang(Apai Lang) cukup menakjubkan daripada seorang yang percaya akan dunia mistik dan dunia perubatan tradisional tiba-tiba sahaja apabila gilirannya sakit memilih untuk perubatan moden iaitu hospital. Sedangkan di peringkat awal novel ini, Gandau dalam memulihkan kembali penyakit anaknya Sada,  adik kepada Lang  menggunakan segala ilmu perubatan tradisi yang ampuh dan tangguh. Saya cukup tertarik dengan cara tindakan Gandau ini. Mengikut teori Machiavellisme, kita berusaha untuk mendapatkan apa sahaja caranya sehingga kita sanggup ketepikan nilai-nilai moral dalam kehidupan demi akan menikmati hasil yang kita usahakan. Jadi  jelas kepada kita, Gandau mahukan hasil, hasil disini ialah pulih daripada penyakit yang dideritainya sekian lama. Pengharapannya  kepada ubat tradisi mulai luntur dan kabur,dengan saranan-saranan anaknya Lang sebelum ini. Lagipun ia berasakan bahawa para lemamabang itu seolah-olah menyeksakan lagi tubuhnya dengan jampi mantera mereka, bukan pula memulihkan penyakitnya. Di sinilah perubahan drastik dalam melihat dan meneliti novel ini. Saya cuba mendapatkan reaksi pakar penganalisa teori Dewan Bahasa & Pustaka, Saudara Mohamad Daud Mohamad dalam memperkatakan novel ini dan menanggapi bahawa inilah merupakan karya terbaik sastera Sarawak dalam Bahasa Malaysia. Saudara Mohd. Daud, tidak terkejut dengan perubahan sikap Gandau kerana sudah mulai melihat perkembangan yang sihat dalam dunia perubatan moden yang mulai berhasil. Saya menggangap ini suatu anjakan paradigma yang cukup drastik berlaku dalam diri Gandau yang dikatakan liat dan kental dengan amalan tradisi yang berakar umbi.
Kemudian saya terpikat dalam monolog Gandau di hospital. Beliau mulai menyedari kesilapannya yang sekadar menyekolahkan Lang tanpa apa-apa wawasan masa depan. Sedangkan berpadi lagi kita akan adakan upacara itu untuk mendapat hasil lumayan, tetapi menghantar Lang ke sekolah di buat tanpa upacara, adat dan baca mantera. Walhal kini, Langlah yang menjadi anak kebanggaan masyarakatnya bukan hanya keluarganya. Gandau kini mulai faham mana gerakan pendidikan yang mulai dipelajari dan dikejar oleh manusia banyak. Gandau mulai sedih dengan masa lalu tanpa membekalkan Lang dengan segala nasihat, makanan, ajaran dan perangsang menjadi anak manusia berguna. Kehebatan Lang, di bawanya bagaikan ayam sabung tanpa taji dan jampi mantera untuk melangkah ke gelanggang sabung berdepan dengan maut. Bayangkanlah.     

"Hujan Pagi" oleh A. Samad Said juga merupakan novel Malaysia yang awal yang saya kagumi selain daripada "Kuala Lumpur Kita Punya" karya Abdullah Hussein, kedua-dua menerima gelar Sasterawan Negara.Kemudian "Badai Semalam" hasil tangan Khatijah Hashim. Karya ini amat menyentuh perasaan kita. Begitu pun, saya juga tertarik dengan "Kahwin-Kahwin" tulisan Azizi Hj. Abdullah, "Pei Pan" karya Ramlee Awg. Murshid dan "Burok" karya A. Rohman Shaary sekitar 2001  ini. Baru-baru menyelesaikan bacaan untuk "Naratif Ogonshoto", Anwar Ridhwan, "Senja Cinta Warisan", Jaya Ramba. Semuanya pengalaman baru yang cukup berharga.
Namun saya kagum dengan Jaya Ramba yang banyak sekali aspek bahasa yang dimanipulasinya dalam tulisan. Cerpennya "Ngayap Kekasih" juga telah saya teliti dalam majalah  Dewan Budaya sekitar April 2003 yang lalu. Saya berharap stamina akan tetap kuat untuk berkarya dan menghasilkan karya yang bermutu.Novelnya terbitan DBP Sarawak dengan judul "Dayak Terbang" masih dalam simpanan saya.  Saya sendiri amat berhajat untuk membuat kajian tentang anak muda ini dalam memperkata dunia kreatifnya dan perkembangan dalam dunia susastera tanah air.Mudah-mudahan usaha ini dapat dilaksanakan.

Pembacaan buku yang menarik membawa kita ke suatu pengalaman yang sukar dilupakan dalam sejarah hidup.