AKU BUKAN HIPOKRIT

Stesen Berkhidmat
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Disinilah aku menghabis waktu usiaku untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Aku mulai ditempatkan sebagai guru terlatih di Sekolah Kebangsaan Long Jeeh pada tahun 1988 hingga Oktober 1990 sekitar tiga tahun di Guru Besar Encik Raymond Apoi Balan seorang berketurunan Kenyah yang berasal dari Long Jeeh, Baram itu sendiri. Pada waktu kerana tiada jalan lain selain jalan air, maka untuk datang dari Miri mengambil masa sekitar tiga hari hingga seminggu untuk sampai ke Long Jeeh daripada kota Miri. Guru baru yang sama melapor diri dengan saya Encik Charlie Adit Linggang dan Encik Ali Aton. Kami ditempatkan di sebuah bilik separuh siap berhampiran kediaman Guru Besar dalam kawasan rumah panjang. Tahun pertama di sini iaitu 1988, memang banyak dugaan yang dihadapi. Surat pelantikan rasmi pada 15 September 1988 dengan rujukan SPP(W)80/1/12-9582( 4)  bermula pada  01.03.1988 Hal yang paling besar pencapaian akdemik murid terlalu merosot. Kemudian tahun 1989 dan 1990 kegiatan kami mulai tersusun dan terancang, pencapaian UPSR sekolah mulai nampak membanggakan begitu juga pencapaian kokurikulum dalam peringkat Zon Baram Hulu I. Saya cukup bangga memulai tugas di sekolah ini, banyak cerita suka duka yang menjadi azimat kehidupan masa ini. Di samping itu saya mulai belajar budaya dan bahasa masyarakat Kenyah. Di samping usaha penulisan kreatif saya mulai saya kembangkan di sini. Puisi saya yang pertama disiarkan dalam Dewan Sastera, saya terima di sini keluaran September 2000.
 
Kemudian mulai Disember 2000, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan St. Joseph, Jalan Angsana, 98000 Miri. Dilokasikan mengajar tahun lima sebagai guru kelas. Di sinilah bermula mengajar ala bandar dan murid paling ramai mencecah lebih lima puluh orang murid. Saya mengajar Bahasa Malaysia, PJ, Seni dan Pendidikan Moral di sekolah ini. Dari sini juga, saya belajar pandangan masyarakat bandar bahawa status kita akan dipandang orang. Saya berasa megah dan bangga, sekian lama apabila saya tidak lagi menjadi pengajar guru kelas tahun lima, para ibubapa mulai mempersoal pihak sekolah. Saya rasa bahawa saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin. Diberikan taraf berpencen daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan  pada 01.09.1994 dengan rujukan surat SPP.W.80/1/12-9582(11) bertarikh 26.08.1994. Pelbagai kegiatan dijalankan khasnya pembinaan dan perasmian Blok Galvin yang dibuat sekitar tahun 1995. Pada mulanya saya berasa bahawa pihak sekolah tidaklah menganggap saya sebagai kakitangan yang dipentingkan tetapi dipinggirkan. Disinilah saya menerima SSB untuk ditandatangani, malang sekali beberapa tahun di sini, sejak 1990 sehingga Mei 1998, saya tiada diberi peluang untuk gaji menegak atau apa lagi melintang. Mungkin bukan nasib saya atau rezeki saya tiada ke situ. Saya bersyukur dalam keadaan tekanan yang berat, saya mampu menjalankan tugas mengikut arahan Ketua Jabatan, tanpa pernah berselisih faham dengan mana-mana pegawai, meskipun ada di antara mereka meletakkan curiga kepada saya di atas kekurangan saya. Saya tahu, kerana sayalah satu-satunya Bisaya di sini yang paling awal jadi pendidik sebelum Puan Normah Bunjok datang di pertengahan tahun sembilan puluhan. Apabila subjek Sains bermula di  sini, saya mulai diuji untuk mengajar tiga kelas Tahun 6 bagi UPSR, berat akan tetapi saya terima cabaran itu, meskipun saya tiada menerima apa-apa ganjaran menguntungkan diri peribadi, sama seperti orang lain makan gaji sahaja. Saya tidak keciwa, kerana dari sinilah saya mulai belajar erti kemanusiaan itu.   Apa pun saya bersyukur kerana diberikan peluang kenaikan pangkat ke gred DGA5 ke Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali, Niah pada 01  Mei 1998 dengan rujukan surat 65/JP/1688/(A)/(SRB)/(MIRI)(P3) bertarikh 16 April 1988. Semasa di SK. St. Jospeh, saya cukup berterima kasih kepada kepercayaan Guru Besar di penghujung saya di sini dalam beberapa perkara. Apa yang membanggakan saya dapat berkenalan dengan beberapa rakan yang banyak memberikan pendapat dan nasihat khasnya Regina Sarah Abdullah, Nancy Nisi, Aini Suardi, Abd. Razak Sugong, Moni Sapu, dan lain-lain yang tidak saya sebutkan. Pengalaman bersama kalian amatlah saya hargai. Semasa di sekolah ini di bawah Encik Paul Hii, sebagai Guru Besar. Dalam pada itu, Poul juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Matthew Naing Ngumbang dan Encik Gilbert Ding Wan yang juga guru-guru senior yang sedikit sebanyak memberikan nasihat dan juga dorongan, tunjuk ajar dan apa jua khidmat nasihat yang memberikan saya erti makna hidup sebagai seorang pendidik di sini. Sesungguhnya saya akui, bahawa segala yang salah, silap dan kurang sempurna itu adalah perbuatan saya, dan petunjuk , pedoman semuanya itu adalah segala bimbingan tangan kalian sebagai perintis jalan hidup saya di hari muka kelak. Saya mulai mengenali di sini bahawa kalau kita tiada apa-apa yang ada, maka kita akan dipandang rendah dan semacam diinjak-injak oleh manusia lain. Semua konflik jiwa ini saya alami tanpa rasa belas kasihan, hanya saya banyak berbincang dari hati ke hati dengan sahabat baik saya Saudara Abdul Razak Haji Sugong. Kami saling bertukar pendapat, meskipun fahaman dan pandangan mungkin berbeza. Ada baiknya, kerana semua yang dialami dan dipelajari di sini, dapat mengajar erti kematangan mental dalam jiwa manusia peribumi yang kerdil seperti saya. Siapa mahu peduli, kalau sendiri tidak mahu ambil peduli.  Saya bersyukur kerana kesabaran saya cukup panjang walaupun kadang kalanya ada waktunya meledak, tetapi masih terkawal. Saya masih melakukan perbuatan yang diterima akal yang baik dan tidak terlalu bodoh untuk mengikut perasaan semata-mata.   

Sekolah Kebangsaan Rumah Mentali merupakan sekolah ketiga yang disinggahi oleh dalam menjalankan tugasnya. Beliau memulakan tugas pada tahun 1998 yang lalu kemudian meninggalkan sekolah ini pada November 2002 yang lalu. Beliau bertugas di bawah dua Guru Besar iaitu  Henry Tanging Asun dan Encik Freddie Oring Bunsu. Banyak suka duka diperoleh ketika bermukim di sekolah ini. Memegang portfolio sebagai Penolong Kanan Kokurikulum Gred DGA5. Disahkan dalam gred DGA5 pada 02.07.1998 dengan surat keputusan daripada Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak pada 08.09.2000 dengan rujukan 196/JP/SULIT/57/DG5/(MIRI)Jld.3.  Pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari PIBG mulai 1998 hingga 2000. Apa yang memuaskan hati beliau semasa di sini, sekurang-kurangnya dapat sama-sama meletakkan nama sekolah ini sebaris dengan sekolah yang mengeluarkan pelajar yang baik dalam UPSR. Kejayaan sekolah ini mulai diukur daripada 1998 hingga 2002 yang lalu. Poul Nanggang,  sebahagian tangan yang mengukir nama pelajar yang membawa SK. Rumah Mentali mengharum di daerah Subis. Apa yang menarik beliau di sini, kejayaan Poul Nanggang melanjutkan pelajaran bagi ijazah pertama iaitu Bacelor Pendidikan(Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama) Dengan Kepujian daripada Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kejayaan ini amat bermakna walaupun banyak halangan, rintangan yang cuba menggagalkan usaha murni ini akan tetapi berkat kesabaran, ketabahan dan komitmen tinggi beliau, maka beliau dapat menangkis segala macam cubaan dan cabaran itu semua.  Sesungguhnya beliau mengakui amat serasi bertugas dengan dan dibawah Encik Freddie Oring Bunsu yang mulai berkhidmat disini mulai 2001 hingga 2002 yang lalu. Selain daripada mementingkan rasa kemanusiaan dan kebajikan guru, Encik Freddie Oring Bunsu amat pandai menghargai jasa dan sumbangan gurunya. Selain itu Poul juga amat berterima kasih dengan sahabatnya seperti Cikgu Walter Guyut yang banyak membantu bidang beliau kokurikulum semasa berkhidmat di sini. Dalam pada itu Encik Abdul Rahman Abit juga merupakan sahabat baik yang banyak berkongsi pengalaman dengan beliau sebagai orang jauh yang datang merantau ke tempat orang demi sesuap nasi. Sesungguhnya beliau amat berasakan kehilangan para teman dalam tugasnya ketika berpindah ke sekolah baru. Apapun kehidupan ini harus diteruskan, tugas adalah lebih penting dan utama.
 
Sekarang baru sahaja berkhidmat di SK. Kelapa Sawit No. 4 Subis, 98150 Bekenu yang berhampiran dengan jalan raya iaitu Jalan Miri-Bintulu.  Surat rujukan 215/JP/1688/(A) SRK/MIRI/Jld.4 bertarikh 23 Oktober 2002 oleh Pengarah Pendidikan Sarawak. Beliau di bawah Guru Besar, Encik Henry Annoi Sang dan posisi beliau juga masih Penolong Kanan Kokurikulum Gred DGA 5. Secara rasmi beliau beliau mulai berkhidmat di sini pada November 2002 yang lalu.Setakat ini sudah mulai dapat menguasai suasana di sini, apa pun, masih banyak yang perlu dipelajari. Bak kata pepatah Melayu, "masuk kandang kambing perlulah mengembek dan masuk kandang lembu perlulah pula menguak". Biasalah dalam hidup, kita perlu mengikut rentak yang sekian lama berkumandang iramanya, kalau mahu mengubah corak kenalah gaya dan lagunya.       

Di mana pun kita berada sebagai pendidik, tugas kita adalah mengajar manusia akan kegunaan makna ilmu pengetahuan.

Sebagai guru mungkin ilmu yang kita pada hari ini tidak akan relevan lagi pada seribu tahun akan datang. Oleh itu kita harus faham akan anjakan paradigma.