Bagi saya tidak kisahlah ini perkampungan penulis kali keberapa? Yang penting pengisiannya ada bermanfaat untuk kita
semua warga karyawan.Ikutilah tulisan saya di Dewan Sastera, keluaran September 2008 akan hal ini kalau tiada arah melintang.
Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah beberapa komen yang sedikit mencabar dan mencalarkan hati saya. Saya ikut
sama dalam sesi forum terbuka pada hari terakhir PPS 2008 ini. Saya mewakili Saudara Abizai( Ketua I) atas nama PUTERA.
Lalu saya menerima tanggungjawab ini kerana menghormati ketua dan memang saya sentiasa bersedia sekiranya ketua mengarahkan
saya atas nama perjuangan sastera. Dalam forum yang menampilkan 4 tokoh ini, dengan tajuk "Kesan Impak Perjuangan Sastera
Selepas Pasca PRU Ke-12"(lebih kurang begitu) dipengerusikan oleh Sda Rashid Subet(rasanya beliau banyak memberikan ruang
masa kepada saya bercakap, sehingga saya memulangkan mikrofon kepadanya), saya menyatakan beberapa perkara yang tidak
diambil peduli oleh pemimpin tentang sastera di Sarawak, sekitar 14 keping surat dihantar meminta bantuan, langsung tiada
jawapan hanya DBP Sarawak. Saya juga timbulkan soal pergeseran dalam perastuan, sehingga PUTERA disiasat polis dua hari untuk
kegiatannya. Dikatakan PUTERA dan PEKASA berebut kuasa sastera Sarawak. Apa sahajalah yang direbut dalam sastera di Sarawak,
bukan ada "area kawasan balak" atau tanah untuk diberikan kepada persatuan bagi tujuan komersial atau kewangan. Tiada. wang
honorarium pun sekadar cukup makan, bukanlah menyesal jadi penulis tetapi jadi penulis tidaklah jatuh miskin mungkin kita
kaya pemikiran dan ageneda untuk anak bangsa di kemudian hari. Dalam pada itu, soal KOMSAS turut saya bawa tanpa
pembelaan oleh pemerintah. Dan lain-lain hal yang menyinggung perasaan saya selepas PRU ke-12 ini. Akan tetapi dalam sebuah
blog, saya dikatakan emosi sahaja dalam bicara saya. tapi harus ingat emosi saya emosi yang ada fakta bukan fakta dibuat-buat
atau penyedap mulut sahaja, menunjukkan kekebalan ketokohan kita. Saya bukanlah mereka-reka cerita. tapi mungkin orang suka
cerita menarik tanpa berpijak di bumi nyata atau cerita yang penuh dengan fakta akdmeik yang menjunjung tinggi ilmu dan
pemerintah yang menurunkan segala kebaikan kepada kita, walhal masih banyak kita tercicicr dan terbiar tanpa bantuan. Adakah
kita terus bisu sahaja? Tidak tidak sama sekali, saya tidak hipokritlah. Saya menyatakan yang hitam dan putih di
atas kertas dalam perjalananan PUTERA dengan pengalaman yang ada. Bukan dalil akademik atau soal selidik rambang. Siapa sahaja
boleh tuduh saya itu dan ini, tetapi penceritaan saya ialah derita sebuah persatuan penulis untuk hidup? Macam mana mahu buat
agenda besar, kalau wang tidak ada untuk karyawan. Pemimpin mungkin tidak percaya karyawan atau penulis. Bukanlah semua, tetapi
ada.
Bagi saya, walaupundari persediaan perkampungan adalah kurang daripada yang
sudah-sudah tetapi mengganggapnya berjaya, bukanlah kerana saya diberikan kesempatan untuk bercakap dengan bayaran RM 50.
Bukan itu maksud saya. Saya memujinya kerana, dapat dilaksanakan dalam suasana sastera amat gawat dan tidak diperdulikan oleh
birokrat di Sarawak. saya cukup tersentuh sama sekali. Dari aspek pengisian memanglah perlu diperkemaskan, dengan tokoh-tokoh
sastera yang berwibawa seperti Jong Chian Lai, Awangku Merali Pengiran Mohammad, Benedict Talip dan lain-lain sepatutnya
diberikan ruang dan peluang. Bukan orang-orang itu sahaja dari pengacara sampai pengerusi seperti tiada manusia lain yang
boleh diberikan peluang dan kesempatan menayangkan diri. Saya tidak gelisah kalau ia tidak dibuat di hotel lima bintang, dengan
kertas kerja yang dibuku, dan beg seminar kulit bertaraf, makan-minum yang hebat.... tetapi cukup memadailah kalau ia
dapat diadakan biarpun dalam suasana yang ringkas tidak mewah. Buat apa kita berlagak kalau hutang keliling pinggang.
Tapi kawan saya kata, " kalau tidak mampu menyediakan yang lebih baik daripada yang sudah lebih baik jangan buat, kita tidak
malu." Saya tidaklah fanatik seperti itu.
|