AKU BUKAN HIPOKRIT

Luka Penyair

Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Menjadi Penyair Kalimatnya Umpama Tukang Sihir  

 Entah mengapa aku menulis esei ini di dalam ruang yang terbatas ini kerana mungkin tekanan perasaan yang membuak-buak. Marah, benci, kasih dan  rindu bercampur gaul dalam benak seorang hamba Tuhan yang bernama aku.  Aku sering orang keliling namakan sebagai penyair. Apapun aku terima sahajalah apa yang sudah menjadi trademark hidupku. Bagiku, tidaklah salah aku disebut penyair, walaupun kejayaan dan penanda aras kejayaanku tidaklah dapat dibanggakan. Lagipun apalah guna membangga diri hanya mengundang riak dan kesombongan yang melulu.
              Sejak 2006 yang lalu aku mulai tersentuh dan terseliuh perasaan kerana banyak hal-hal yang mendukacitakan diriku dalam berkarya. Biarpun jadi penyair itu suatu tugas yang berat dan mempertahankan nama dan gelaran itu memerlukan tanggungjawab dan pengorbanan yang tinggi. Apa guna jadi penyair, kalau karya gagal dicetak dan sampai ke minda pengguna? Keluhan diri ini sering kali bertandang dalam diri, sehingga kita seperti tertekan untuk berkarya. Terus terang karya yang dihantar kepada  editor kadang-kadang sampai enam-tujuh buah, tetapi yang cuma terbit sebuah. Bila ditanya tiga empat bulan yang lain, dikatakan bahawa karya yang lain itu tidak relevan. Amat menyayatkan hati, setelah puluhan tahun berkarya masih juga kita terus dianggap "budak hingusan" dan terus-menerus mencipta. Baik-memanglah baik. Supaya pengkaryaan kita bertambah secara kuantiti. tetapi kita juga dalam waktu yang menjaga kualiti, kalau daripada seratus puisi, hanya sepuluh sahaja yang dianggap baik oleh editor, kadang-kadang hati kita pandai kecewa setelah puluhan tahun berkarya. Inilah mungkin getus jiwa yang melanda Sasterawan Datuk A. samad Said apabila dilayan umpama budak yang baru lahir kelmarin.
        Tidaklah tujuan untuk meremahkan yang memegang kuasa penerbitan tetapi memadailah kalau ditingkatkan lagi pemilihan karya itu daripada lima yang dihantar, sekurang-kurangnya dua atau tiga karya yang layak diterima setelah mengenali latar belakang penulis dan segala macam usaha penulis berkarya. usahlah penyair itu didenda perasaannya, semata-mata mengejar yang permata zamrud berkilau, sehingga intan berlian di depan mata masih dianggap batu biasa yang dikutip di tepi jalan. Aduh.... cukup sedih rasanya. Penulis bukanlah mahu mendedahkan bahawa segala karya yang dihantar itu baik dan wajip diterima, tetapi kepada karyawan yang konsisten puluhan tahun menghasilkan sepuluh atau dua puluh karya dalam setahun sudah dianggap prolifik dan harus dikaji latar belakang dan bakat penulisannya. Bukan terus-terusan dijadikan budak mentah yang terus meminta-minta seperti peminta sedekah di khlayalak umum. 
       Penulis tidak malu menyatakan bahawa sebuah kumpulan puisi yang dihasilkan sekitar tiga tahun yang lalu ditolak kerana gagal mengikut prinsip penerbitan baru yang mewajipkan sebuah kumpulan puisi mesti melebihi 100 buah puisi. Sebuah manuskrip novel biasa, yang sekitar 240 halaman juga tidak diketahui nasibnya yang dihantar kepada penerbitan ternama negara. Ini semua mengambil kira, kita sudah ada nama dan jasa kepada organisasi tersebut, sepatutnya layanan kepada kita juga tidak terlalu rigid dan ketat. Malangnya ada juga karya yang nampak picisan dan "yo yo" sahaja genre sasteranya layak dilancarkan dan diagung-agungkan oleh pengulas upahan yang bernama. Kecewa memangpun kita kecewa.
               Semua orang tahu bagi penyair atau pengkarya itu hadiah yang hebat dan berharga baginya adalah terbitnya karya sentuhannya. Maka itu adalah sesuatu yang cukup bermakna baginya. Kita tidak perlu menayangkan diri kita ke pelbagai seminar, simposiumm, dialog atau persidangan bercakap mengenai teori kiri dan kanan mengenai sastera, tetapi walhal tulisan tidak pernahpun diterbitkan di mana-mana. Hanya gah pada nama sahaja. Lucu sekali. Inilah yang saya lalui ketika beberapa tahun. Gundah gulana kerana karya saya gagal berbicara.  
           Kadang-kadang saya ingin "bersara" awal dari bidang ini. Berbalik kepada prinsip awal saya menulis bukan kerana nama. Cukup sebagai kenangan anak cucu dan ahli masyarakat di waktu akan datang. Bahawa sesungguhnya manusia yang nama "Poul Nanggang" pernah hadir dan mengabdikan diri dalam bidang ini walaupun tidak segah manusia penulis lain yang dikelilingi kejayaan, bintang kehormatan dan kemuliaan tetapi kehadiran meninggalkan memori yang cukup indah kenangi dan karyanya bisa berbicara kepada kalian.  


Enter supporting content here