AKU BUKAN HIPOKRIT

Pergi Selamanya

Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Nyalaan lilin ini tanda kasih kami juga menyala
j0309714.gif
Hanya rohmu yang tahu bahawa kami sentiasa mendoakanmu

Ayahku masih boleh bercakap waktu aku pulang ke Miri pada 27 Ogos 2006. Aku telah tiba sejak 4 hari yang lalu setelah 2 hari menjalani tugas rasmi waktu cuti. Adik Elam menelefonku menyatakan ayah sakit disusuli oleh abang Bernard dari Kuching pada petang Selasa, kemudian petang Rabu esoknya aku pulang ke Limbang daerah kelahiran kebanggaanku. Malamnya aku tidak sempat menemui ayah kerana tidur. Awal pagi esoknya aku dapat bercerita dengan ayah tentang niat hendak membawanya dirawat di hospital. Malangnya ayah menolak kerana cuaca terlalu pamas. Kedaan ayah teruk tetapi aku masih percaya ia masih kuat kerana mampu bercakap dengan baik dan lancar, tiadatanda-tanda bakal meninggalkan kami adik-beradik dalam waktu terdekat. Apapun aku sempat menelefon adik Alvin yang berkursus di KL menyatakan situasi ayah. Pada hari Jumaat aku sengaja menunggu ayah mengajakku ke hospital, tetapi aku tidak mahu memulakannya kerana aku faham tabiat ayah. Sabtu menjelang aku cuba sedaya upaya untuk membawa ayah tetapi masih gagal usaha itu. Aku sempat menitipkan pesan kepada Uncle Kunak dan Auntie Runting untuk ke rumah. Sementara aku dan bang Ronnie diarahkan oleh ayah untuk memanggil Yaki yampil bagi mencuba rawatan tradisi, aku usahakan juga niatnya. Pada malamnya aku terpaksa bermalam di Limbang,kerana penat dan letih dan malam itu adik Alvin mneyuruhku mengambil ubat yang biasa itu dari Klinik Dr. Tan di Limbang. Awal-awal lagi aku bangun dari rumah sepupuku Faizul dan mengambil ubat yang dimakudkan itu. Aku sampai di rumah dan menyerahkan ubat itu kepada ayah disaksikan oleh Kakak Seniah. Aku juga sempat berbual tentang kampung, keluarga dan hal-hal biasa keluarga. Ayah nampak bersemangat dan aku juga menyerahkan surat kepada Ncu Lukong tentang hal-hal tanah Terdahan yang sekian lama aku perjuangkan bersama ayah dan sepupuku Edward Shullat. Perbincangan kami cukup panjang. Ayah sempat menitipkan salam agar adik Alvin dapat pulang ke rumah pada esok hari. Aku mmohon kembali ke Miri. Malam itu aku tersedar bahawa kamrea aku tidak dijumpai dalam begku oleh anak-anakku. Lalu aku menelefon adik Elam agar mencarinya di rumahku di kampung. Jam waktu itu sekitar 0730 malam. Sekitar jam 11.00 malam aku menerima telefon Uncle Tujang yang keadaan ayah tenat. Aku terkejut tetapi tetap sabar dan tabah. Isteriku masih kerja malam terakhir waktu itu juga telah menerima panggilan daripada adik Elam. Aku sempat menelefon abang Bernard dan menerima telefon adik Alvin. Jam 01.00 pagi abang Bernard mengesahkan yang ayah telah kembali ke alam abadi. Aku cukup sayu sekali, maka berakhir cerita seorang lelaki yang aku panggil ayah selama ini di maya ini. Ayah disemadikan di Perkuburan Beliadau, Ipai Limbang pada 29 Ogos 2006 setelah dimandikan dan diadatkan penuh tradisi ikut rasmi Bisaya Limbang dengan gendang "tuntongnya" dan disalongkan. Jenazah ayah ditahan 2 hari semalam saja, kerana abang Stephen akur dengan keputusan bersama semua saudara dan kaum kerabat ayah. Pantangnya selama 14 hari dalam routine Bisaya sejati. Terima kasih semua sahabat handai dan saudara nara yang menghulurkan tanda simpati sama ada datang menghadiri pengkebumian ayahanda mahupun menghulur wang ringgit dan titik peluh yang cukup bernilai dan tidak mungkin kami balas. Semoga roh ayahanda akan bersama para sahabat dan leluhur yang telah menghadap alam kekal dalam selamat abadi. Segala kenangan dan memori terakam dalam jiwa kami anak-anak ayah di saat duka begini. Kami berjanji melakukan yang terbaik demi nama baik ayah yang sekian lama diperjuangkan. Dalam kenangan kami masih mengingati ayah. Biarpun kami tahu musuh-musuh ayah berasa senang hati dengan kepulangan ayah tetapi rasanya kami anak-anaknya tidak akan tidak membela pemergian ayah. Ayah keras dalam perjuangannya. Musuh-musuhnya bukanlah harimau atau binatang rimba yang tidak boleh dijinakkan tetapi adalah haiwan peliharaan yang harus dimusnahkan. Mereka adalah kerabat dan suku kita juga. Lantaran perbalahan awal anak Adam di antara kKain dan Abel telah menceritakan segalanya kepada kita semua. Ketika aku menulis memori ini untuk ayah, sambil mengharap roh ayah tenang di alam abadi dan bersua kesejahteraan tiada lagi penderitaan dan kekejaman melanda.
             Kami adik-beradik tahu bahawa ayah yakin dan percaya bahawa kami mampu menguruskan penghormatan buat ayah kali terakhir. Walaupun abang Stevem dan abang Bernard begitu tenang di samping saya dan adik Alvin yang tetap konsisten menyatakan bahawa pemergian harus dihadapi dengan kerelaan dan ketenangan. Bukan dengan hati yang gelisah. Ayah telah menyaksikan kami adik-beradik menyempurnakan jenazah bonda dengan sebaiknya, sudah tentu kamipun meletakkan jenazah di suasana yang sama taraf dengan arwah bonda. Kami anak-anak ayah yang penuh komitmen dan yakin bahawa NANGGANG AK. JULANG waris Terdahan ternama itu tidak akan kami sia-sia jenazah bapa yang kami hormati itu. Bukan sahaja seluruh Bisaya Limbang tahu kehebatan ayah malah masyarakat Limbang juga tahu bahawa ayah melahirkan kami lima puteranya yang hebat dalam kerjaya pendidikan. Dari seorang anak kampung biasa telah mendidik kami menjadi manusia berguna di mata masyarakat, kami itu kami hariini hasil didikan dan ajaran ayah - Nanggang Julang. Nama yang sekian banyak kali disebut tetapi sudah tiada lagi di maya pada ini. Apapun kejahatan ayah dan salah dosa di dunia ini, rasanya kami telah mengampunkannya sebagai manusia yang berjasa kepada kami, buruk baik apa yang ayah usahakan kepada kami telah berjaya menjadi kami manusia yang dihormati hari ini. Kalau tidak mungkin kami adalah sisa-sia sampah buangan yang tidak akan dilihat orang. Ayah melakukan keajaiban dalam hidup kami, walaupun tidak punya apa-apa, ayah berjaya menjadikan kami anak-anak permata yang dihargai.  

Setelah ayah tiada


Enter supporting content here