AKU BUKAN HIPOKRIT

Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005

Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Sepintas Lalu Menghimbau Nostalgia

Bila Miri dan PUTERA dipilih menjadi tuan rumah kepada Festival Puisi Perpaduan atau Pelbagai Kaum Malaysia 2005, saya berasa bangga kerana PUTERA diberikan kepercayaan oleh GAPENA. Ketua I GAPENA sejak tahun 2004 lagi semasa musim puasa telah melakukan lawatan ke Miri dan berbincang dengan tenaga kerabat PUTERA yang serba kekurangan. PUTERA bukanlah badan penulis yang kaya raya dan dianggotai oleh golongan bijak pandai, tetapi sekumpulan anak muda yang mempunyai haluan dan visi yang sama iaitu memperkasa persuratan Melayu di taman susastera Bumi Kenyalang. PUTERA tiada pengiran mahkota besar sastera. Semuanya anak-anak kerdil yang berhasil menunjukkan bahawa mereka juga mampu meningkat kalau mahu belajar menjaga dan mengangkat nama persatuan. Tiada guna ada nama agung dalam badan penulis kalau seolah-olah kehadirannya bagaikan "pak tahu" yang hanya tahu mengarah tanpa kenal dan sedari akan suash payah dan sulit mundurnya anak-anak seni mendapatkan tempat dan posisi dalam masyarakat. Mereka tidak sedar usaha anak-anak kecil yang berhasil ini. Hanya mereka menganggap bahawa mereka besar, besar suara, besar nama, besar pangkat, besar pengaruh dan boleh sesuka hati melukai dan menjatuhkan manusia kerdil lain. Malangnya hal itu tidak mungkin terjadi kepada PUTERA.
     Festival Puisi yang berjalan mulai 10-13 Jun 2005 di samping acara Sambutan Ke-25 Tahun PUTERA dengan kolokiumnya yang serba ringkas ditandai dengan pelancaran buku ahl-ahli PUTERA berbentuk puisi dan cerpen di sempurnakan oleh Ketua I GAPENA. Selain itu berlangsungnya Mesyuarat Kerabat-Kerabat Ketua I Badan Kerabat GAPENA di Miri merupakan acara yang cukup menarik mengangkat bahasa dan sastera sempena Miri di nobatkan sebagai Bandar Raya Peranginan Malaysia yang baru sahaja dilancarkan. Suatu penghormatan kepada anak-anak seni Miri mampu melonjakkan nama Miri di persada seni susastera Malaysia.
     Apa yang lebih menarik, Ketua I GAPENA mengganggap bahawa Festival Puisi yang dilangsungkan di Miri ini cukup tinggi nilainya yang berjalan dengan cukup kemas, licin dan teratur. Secara peribadi Ketua I amat bangga dengan prestasi anak-anak muda dalam PUTERA yang menjadi penggerak bagi acara ini. Apa lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah DBP Malaysia Dato Dr. Firdaus Abdullah ke acara pertama sejak beliau dimahkotakan sebagai peneraju DBP Malaysia. Penghormatan yang cukup tinggi oleh GAPENA dan badan-badan kerabat dalam mengangkat dan mengusulkan kepada Ketua Pengarah DBP Malaysia suatu gerakan sastera dan bahasa yang perlu didorong dan didokong semangat kecintaan kepada sastera dan bahasa itu sendiri.
     Di antara rama-ramai tokoh yang datang khasnya akademik, budayawan, sasterawan, karyawan dan seniman termasuk juga tokoh politik iaitu YB. Encik Jimmy Donlad, Ahli Parliemen Sri Aman sebagai tetamu perasmi majlis dan pembentang kertas kerja di samping seorang ADUN Sabah YB. Encrik Ariffin Arif yang cukup membuka mata para karyawan bahawa sastera juga diminati oleh golongan politik dan pemimpin negara. Malangnya ADUN Telang Usan Baram, Encik Lihan Jok tidak dapat menghadiri majlis ini, kalau tidak ia merupakan suatu dorongan mengangkat etnik Bumiputera Sarawak di mata para sarjana sastera dan budaya Malaysia bahawa kita juga didokong oleh kalangan ahli politik yang cukup bersedia mengangkat dan memperkasa bahasa budaya bangsa.
    Sebagai sebuah acara hebat, tidak juga lari daripada komen-komen yang nakal dan amat menyedihkan bukan dari kalangan orang kecil tetapi manusia besar dalam sastera yang mengganggap dirinya terlalu besar, maka dengan mudah sahaja boleh mengeluarkan apa jua kenyataan yang boleh melukakan manusia kecil lain yang memang berjuang memperkasa sastera bukan atas nama politik sastera danadu domba mendapat habuan besar dalam peta sastera negeri Sarawak. Abizai, selaku Ketua I PUTERA amat terhiris dan tersentuh dengan komen-komen yang bernada marah-marah ini seoalah-olah mahu mengajar PUTERA mentadbir hal rumah tangganya. Manusia yang berkuasa dan bernama kadang-kadang mudah lupa diri di mana ia berada dan harus duduk bersama. Kerana namanya terasa hebat, ia sanggup memperkecil orang lain, meskipun ia sendiri tidak tahu dari mana pertubuhan atau badan sastera yang ia anggotai. Hanya kerana mahu nama dan kuasa gah, maka nilai ucapan kemanusiaannya luntur dan berbaur dengan kebususkan yang meloyakan. Para pendekar bahasa dan sastera yang memerikan tabik hormat kini mulai mencemuh sikap yang menunjukkan "cakap tidak serupa bikin" itu. Namun PUTERA sebagai tapak persidangan tetap melupakan itu semua demi merealisasikan pertemuan gah ini. Komentar dan catatan yang mengecewakan itu hanya merupakan suara-suara kecil yang seolah-olah PUTERA raja yang berkuasa, malangnya seorang PUTERA tanpa apa-apa hanya nama dan semangat jitu membara bukan Raja yang berkuasa.      


Lebih baik diam kalau berkata-kata hanya mahu melukakan.