AKU BUKAN HIPOKRIT

OUNA -Laluan Beronak Duri.
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

OUNA-Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak. Dimana aku pernah menabur bakti dengan OUNA Miri sebagai Pengerusi Sukan & Rekreasi Sesi 2004/2005. Inilah catatan pengalamanku. 

Aku mulakan tentang penglibatan dalam OUNA ini pada sekitar tahun 90-an. Kebetulan pula aku banyak terlibat banyak program kebudayaan di mana aku mewakili NGO Bisaya ketika itu. Dari sinilah aku mulai mengenali OUNA Miri. Ketika itu aku mengganggap bahawa OUNA sebagai organisasi yang mewakili pelbagai suku etnik masyarakat Orang Ulu yang meliputi menghampiri lebih tiga puluh suku kaum dan etnik budaya, bahasa dan adat-resam.
Aku mulai ikut serta dan mulai mengenali beberapa rakan peneraju OUNA Miri. Sewaktu OUNA dibawah pimpinan Saudara Andrew Belulok, sekitar 95-97, aku dan masyarakat Bisaya banyak membantu OUNA dan bekerjasama kerana mungkin Pengerusinya seorang Berawan maka ia lebih memahami situasi kami di dalam Bisaya, banyak aktiviti aku dan rakan-rakan ikut sama menjayakan. Sehingga sewaktu Saudara Andrew Belulok, berundur diri selaku pengerusi, beliau telah mencadangkan beberapa orang sukarela daripada pelbagai etnik di Miri agar diberikan tempat dalam NGO OUNA Miri ketika itu. Aku, Latip Sapong adalah antara wakil suku Bisaya bersama-sama ketua kroni diketuai Dr. Francis Jana, malangnya aku dan Latip gagal diterima perwakilan yang bermacam muslihat cara kempennya. Aku mulai mengenali OUNA. Sehinggakan waktu itu, aku sempat bertemu dan bincang sementara bersama Cikgu Lihan Jok(sekarang jadi YB ADUN bagi Telang Usan) tentang pelbagai dimensi dalam OUNA Miri khasnya. Tapi aku anggap itu sebagai pengalaman baruku sahaja.
Sebelum Saudara Andrew Belulok menamatkan khidmatnya sebagai pengerusi OUNA Miri, beliau telah mencadangkan majlis pelancaran dan kutipan derma bagi tabung Rumah OUNA Miri sebagai mana yang ada di Kuching. Itu telah mendapat restu pihak atasan yang mana YB Datuk Adenan Hj. Satem sebagai tetamu kehormat majlis. Kebetulan Saudara Andrew Belulok ketika itu Ahli Majlis Tertinggi PEMUDA PBB, adalah kelebihan daripada pengaruh politik. Kemudian hal ini disokong kuat oleh YB. Micheal Lisa Kaya waktu itu yang menjadi MP Bukit Mas Limbang(P.291). Kemudian OUNA, Bisaya, Lun Bawang dan Rurum Kelabit bergabung tenaga merealisasikan majlis pelanvaran tabung itu.
Sebelum itu, aku cuba timbulkan isu, sekiranya majlis itu tidak mampu mengotakan janji kutipan wang bagi "Pembinaan Rumah Orang Ulu", bagaimana wang kutipan dapat diselesaikan? Aku cadangkan bahagikan kepada empat NGO yang bertungkus-lumus ketika itu. Tapi sayap wanita OUNA iaitu KWOUNA Miri yang terdiri daripada beberapa wanita berdarah ningrat suku Kayan-Kenyah memperlecehkan cadangan aku itu. Mereka anggap aku semacam menggugat kewibawaan mereka. Pada hal, yang mengusahakan ini adalah beberapa kelompok kami yang bersatu tenaga dalam usaha mereaslisasikan program ini. Aku menerima semacam "persenolity imej" yang tidak menyenangkan kalangan ini. Tapi aku tegas dalam hal ini, hingga kini aku menulis hal ini, agar anak-anak dan masyarakat etnikku Bisaya tahu hal ini.
Majlis itu pada malam itu menerima lima puluh ribu ringgit daripada Kerajaan Negeri Sarawak bagi pelancaran tabung Rumah Orang Ulu Sarawak di Miri. Itu dikira sebagai untung bersih majlis itu, yang lain-lain keuntungan malam itu dimasukkan dalam akaun OUNA Miri. Kononnya wang lima puluh ribu itu dipindahkan ke alam Ibu Pejabat OUNA Kuching kerana keadaan kepemimpinan tidak menentu di Miri. Sampai sekarang (2004) aku menulis rencana ini dalam home page ini, wang tidak tahu dimana berada? Kami dari suku Bisaya, Lun Bawang, Rurum Kelabit ketika itu membakar titik peluh demi abang tua OUNA. Apa yang aku sangsikan memang benar terjadi? Hal ini aku tulis demi untuk mengetahui sumbangan dan khidmatku kepada OUNA. Tapi aku bukan mahu menuntut bulat-bulat, rasional dan objektif majlis mesti jelas setiap kali kita bekerjasama. Ini bukan sahaja suatu pengalaman atau tamparan hebat dalam perjuanganku dalam NGO tetapi, kadang-kadang sumbangan kita kepada abang tua langsung tidak diambil peduli oleh abang tua.  
Sebelum aku menulis catatan peribadiku ini, aku mengganggap bahawa dan mendengar berita khabar bahawa pembentukan "Konfiderasi OUNA Sarawak" telah dibentuk dalam rangka protem yang melibatkan beberapa etnik Orang Ulu di Sarawak yang mengikut kelompok dan kota-kotak di isikan oleh pemerintah kita. Soal sehingga banyak Bisaya yang tidak boleh menerima bahawa Bisaya itu Orang Ulu cukup meluas dalam forum terbuka SBS atau Serambi Bisaya Sarawak. Tapi bagiku, OUNA itu harus wujud\ dan didokong oleh Bisaya bukan sahaja Kayan,Kenyah atau Kelabit atau Lun Bawang. Idea ku bahawa, ini cara pemerintah  melihat suku-suku kecil ini  dibahagikan apa jua habuan  dalam bahasa pemerintah - pembangunan. Akan tetapi bagiku sebagai  Bisaya, walaupun kita mendokong OUNA bukan maknan NGO kita Bisaya tutup kedai dan tidak berfungsi. Seharusnya kedua-dua berjalan seiring, agar kita dapat dilihat sebagai etnik yang mendokong gagasan hidup masyarakat majmuk dalam Orang Ulu.Kalau kita lihat sekarang, suku Kenyah, Kayan, Lun Bawang, Penan, Berawan, Saban dan lain-laian telah menubuhkan NGO etnik sukuan mereka masing-masing yang lebih memahami nasib budaya adat bangsa etnik itu tersendiri. Oleh itu, suatu ketika kelak, OUNA itu pada ideaku lebih terikat daripada sokongan pelbagai suku etnik ras dalam Orang Ulu untuk maju dan progerssif. Jika tidak selama-lamanya OUNA itu ditunggangi oleh manusia yang mahu menonjolkan peribadi demi survial politiknya, niaganya atau kepentingan rasnya bukan atas niat untuk mengangkat masyarakat berbilang suku dalam Orang Ulu maju dan berkembang. Untuk soal-soal mendapat habuan untung, disenaraikan nama  etnik dalam Orang Ulu tetapi yang mendapat nikmat habuan bulat-bulat datang bergolek hanya manusia-manusia tertentu dalam menerajui OUNA yang belum pasti mendapat mandat yang menyeluruh dalam Orang Ulu. Hanya bijaksana dan hebat di wajah pemerintah kerana hubungan intim dengan sipolandan si polan. Aku bukan mengada-adakan teori, tetapi setelah sekian lama kita hidup kita sudah peka dan jauh menghidu perjuangan yang sebenarnya nol yang dibawah oleh OUNA.
              Aku lebih yakin kalau OUNA itu ada perwakilan daripada setiap etnik yang dianggap dan dikotakkan sebagai Orang Ulu baik pemilihan melalui NGO mereka atau berpandukan kredibiliti mereka menggangkat ras mereka sendiri ketika ini. Bukanlah susah sangat, kalau sungguh-sungguh mahu melakukannya. Tahniah kepada usaha YB. Senator George Adam, kalau tidak ada langkah pertama, mana ada langkah seterusnya. Jangan lengah-lengah lagi, kuatkan  barisan dan satukan setiap yang mahu bergabung demi survival Orang Ulu. Bawa hal ini dengan YB-YB Orang Ulu yang lain, apa komen mereka? Kalau betul mahu bangunkan bangsa Orang Ulu? Bukan hanya cakap "klise" sahaja atau "retorik" semata-mata.     
Bagi langkah yang drastik dan lebih berbaloi kepada Orang Ulu, harusnya para YB atau tokoh kita mencadangkan agar adanya ditubuhkan Jabatan Kemajuan Masyarakat Orang Ulu seperti Orang Asli di Semenanjung oleh pihak-pihak berwajib di setiap bahagian di Sarawak agar agihan pembangunan dan habuan kepada rakyat bumiputera dapat menerima pakej pembangunan itu sebaik dan semaksima mungkin. Mungkin kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan harus melihat ini. Walaupun dianggap majoriti golongan ini di Malaysia, tapi janganlah tertinggal terus dari arus perdana dan pembangunan yang di war-warkan olej pemerintah. Rasanya sebagai Orang Ulu di Sarawak, kita tidak malu dan tidak rasa terkilan bagiku, kalau dijelaskan dengan baik tentunya akan mendapat respon dan reaksi positif daripada rakyat. Banyak juga agensi ditubuhkan seperti "Alam Sekitar" ditubuhkan oleh kerajaan kerana mahu baiki komen orang luar dan pencinta alam akan kemusnahan alam sekitar Malaysia yang tidak diurus dengan bijaksana demi mengaut keuntungan jangka pendek tetapi dalam wajktu jangka panjang rakyat terdera menderita memanjang tanpa siapa yang ambil peduli.
Kalau hal ini direalisasikan, banyak perkara lain yang menjadi halangan kepada kita Orang Ulu dapat diatasi dengan baik seeprti hak tanah adat Orang Ulu, pendidikan, sosial, budaya, kesenian, adat resam  dan segala macam konflik yang terdampar dalam  Orang Ulu menjadi penyakit tidak sembuh-sembuh mampu dikurangi  kalaupun tidak dapat diatasi sepenuhnya. Memamg banyak platform yang boleh gunakan baik di peringkat kampung, JKKK, Majlis Daerah, NGO, persatuan belia, SABERKAS atau NGO politik, institusi ketua masyarakat kita, pegawai-pegawai kanan pemerintah kita. Gunakan mereka ini untuk mengangkat Orang Ulu sebagai masyarakat Malaysia yang bukan makna dihulu sahaja dan jauh tertinggal dengan Orang Hilir/Orang Bandar. Fikir-fikirkan isu ini.            

Ini aku ceritakan tentang penglibatanku dalam sukan badminton di dalam kotak OUNA Miri. Kejadian awalnya sekitar 95-96 begitu, aku dipilih dan aktif ikut jadi AJK Badminton OUNA Miri atas saranan Saudara Pengerusi Bisaya, Antionio Kahti Galis. Aku dan Thomas Nasir Sapik ikut jadi AJK membantu program ini yang dipengerusikan oleh Patrick Saging. Waktu itu Pengerusi Sukan & Rekreasi OUNA Miri ialah Saudara Philip Layok, seorang staf di Pelabuhan Miri.
Lalu aku pun berminat main sama, demi untuk meramaikan majlis. Aku pilih pasanganku, anak buahku sendiri Pat Ucha seorang bekas pelatih badminton BAM Zon Sarawak. Tapi aku dan Pat lama tidak bermain, lagi teruk badan aku sudah agak over. Pada waktu pertandingan, aku dan Pat pun datang, malangnya bulutangkis terlupa bawa, maka aku dan Pat minta izin beli bulutangkis dulu. Pihak yang mengendalikan permainan izinkan akan hal ini. Setelah beberapa lama, pihak AJK Pertandingan, mengumumkan aku dan Pat kalah"walkover". Aku tergamam dan terkilan. Tapi keputusan telah dibuat. Lebih menyakitkan hati aku, ada jadual pertandingan sepatutnya berlangsung petang hari ini boleh ditangguh hingga malam esok ikut kesesuaian dan selera pemain boleh diaturkan AJK ini. Ini aku lihat dengan kepala mata sendiri, kerana mereka ini dua orang paderi atau penyebar agama ada omm di mata masyarakat dibolehkan ditangguhkan bukan diwalkoverkan. Maka darahku mulai mendidih melihat hal yang tidak betul ini. Ini pertandingan, kalau sudah pakai syarat dan undang-undang, gunakanlah jangan alang-alang dan pakai guna kepada orang tertentu sahaja. Berbalik kepada kes aku dan Pat. Aku juga berasakan bahawa aku AJK sendiri dalam kejohanan ini, tidak dihormati oleh rakan-rakan dalam OUNA. Aku cukup kesal sekali, meskipun aku menabur jasa, tapi buat-buat tidak tahu sahaja gayanya oleh yang berwajip
namun buattidak tahu dan bodoh sahaja.Aku teruskan kerja kebajikanku sampai ke malam penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh YB. Dr. Judson Sakai Tagal ketika itu, tapi hatiku melara dan kecewa dengan sikap double standard di kalangan AJK ketika itu. Aku tiada jawapan yang konkrit tentang hal ini. Bukanlah mahu menang semata-mata, tetapi nampak sekali bahawa soal etnik diperkecilkan di sini. Mentang-mentang aku Bisaya hanya dua tiga kerat ikut serta suka hati dibuat oleh golongan yang berasakan dirinya hebat dan megah lagi "pahran" dalam istilah Kayan/Kenyah. Memang tersingguh sungguh, tapi aku tidak mahu resputasi Bisaya terjejas dalam edisi awal ini.
Kali kedua aku juga dipanggil untuk jadi AJK Badminton ini, tapi aku hanya hadir pada malam pertama mesyuarat dan aku lemparkan segala resah-gelisahku dalam kejohanan lepas. Aku puas. Aku bukan menyalah sesiapa, termasuk Patrick Saging, aku pandang hormat beliau yang cukup tinggi semangat sukan mahu sukarela menganjurkan dan bekerjasama dengan beberapa orang Orang Ulu yang cukup komitted.Tapi malangnya ada juga kroni dalam AJK ini semacam sahaja memandang rakan-rakan etnik lain, dengan pandangan suatu macam sahaja. Tidak perlu aku sebarkan, itu namanyamengumpat atau menjatuhkan maruah orang.Tapi aku bukan manusia politik, aku manusia yang ingin kedamaian dan kesejahteraan dalam hidup, tapi kalau ada kekangan yang seperti ini, ia merupakan pengalaman berharga bagiku membuat penilaian tentang beberapa manusia sekelilingku. 

Sekitar April 2003, aku dipelawa oleh Patrick Saging ikut timnya yang diketuai oleh Peter Kalang menerajui OUNA Miri yang aku dengar cukup bermasalah. Tapi atas dasar kepercayaan, maka aku terima cabaran itu. Aku dicalonkan sebagai Pengerusi Sukan &Rekrasi OUNA Miri mulai 2003 di atas dan dengan izin Yang Kuasa aku dan rakan-rakan dalam kroni Peter Kalang banyak yang menang. Tapi apabila kami majlis tertinggi bermesyuarat banyak perkara dalam OUNA begitu berat mahu diselesaikan khasnya wang hutang yang banyak sewaktu peralihan dan perebutan kuasa dalam OUNA Miri sebelum ini. Sebelumnya aku juga ada kumpulan dalam OUNA mahu mengadakan badminton tertutp OUNA ini untuk membuka cawangan OUNA baru yang dikempenkan bersama-sama rakan-rakan Kelabit, Lun Bawang, Bisaya, Kayan dan Kenyah. Kononnya AJK OUNA Miri di bawah Peter Kalang tidak berjaya menepati citarasa OUNA Pusat di Kuching.Mereka ditaja oleh OUNA Pusat dengan janji setiap pemain sanggup jadi ahli OUNA cawangan baru yang bakal ditubuhkan ini. Malangnya mereka juga gagal merealisasikan usaha itu, kerana tiada sumber wang- berita yang masuk ke cuping telingaku. Hal ini aku luahkan dan bicarakan dalam Mesyuarat AJK OUNA Miri untuk pengetahuan Pengerusi & seluruh ahli.
Tapi aku sebagai Pengerusi Sukan & Rekreasi, telah cuba menyediakan kertas kerja untuk acara bolasepak beberapa kaum dalam OUNA Miri. Malangnya program itu tinggal dalam bentuk kertas sahaja. Penghujung 2003, maka banyak teman-teman mahukan acara badminton dikelolakan dengan "self finance" sifatnya. Tapi aku belum berasa bersedia, dan tidak mahu lepaskan begitu sahaja kepada manusia lain. Walaupun dalam tempurung otakkku, Patrick Saging adalah calon yang terbaik untuk item ini. Aku mendapat isyarat lampu hijau daripada Peter Kalang akan hal ini. Akhirnya awal tahun 2004 aku berbincang dengan Patrick dan merancang akan hal ini. Pada mesyuarat pertama aku bawakan Saudara Donnysius Richard Bangkit, seorang aktivitis NGO Bisaya yang aku harapkan boleh membantu Patrick Saging kerana dari aspek logistik aku tidak mampu ketika itu. Mesyuarat pertama dihadiri oleh aku, Patrick, Donnysius, Anyie dan Thomas Nasir.Rangka kasar telah aku drafkan. Aku harap semua okaylah. Malangnya Donnysius tidak mampu menyertai AJK ini selanjutnya atas sebab peribadinya dan Thomas Nasir selaku "pakcik muda" ku ikut AJK ini kerana bayangan aku ada di sana. Walaupun nampak jauh, hati kami tetap dekat.
Apabila terpampang berita dalam akhbar, aku tersenyum, nama aku tidak dimasukkan, tapi aku tidak berasa tersingkir kerana memang betul aku tidak melakukan apa-apa tugasan. Malahan aku bangga, Patrick Saging dapat kerjasama padu menyempurnakan program di bawah jagaanku dan nama OUNA Miri seluruhnya. Hanya aku berasa sedikit kecewa nama Donnysius tidak dapat terus berbakti dalam AJK ini meskipun aku mengharap beliau membantu aku di sini.Tapi aku masih gembira, pakcik mudaku, Thomas Nasir masih ada dalam AJK ini.
Dari aspek struktur pertandingan, tiada cacat celanya, tetapi dari aspek perjalanan memang banyak yang perlu diambil kira dan dibaiki di waktu akan datang. Kali ini aku tidak mengambil bahagian bermain. Etnik Bisaya hanya ada dua pasangan beregu. Salah satu pasangan ialah Thomas dan Reuter yang boleh dikira okay. Malang tidak berbau, kejadian kira-kira sepuluh tahun sekali terjadi. Mereka berdua diwalkover pada hari kedua pertandingan, kerana tidak hadir pada jam 11.30 malam, sedangkan perlawanan jam 09.00 malam itu juga dalam jadual. Thomas Nasir mahukan perlawanan ditunda, tetapi AJK pertandingan yang disertai oleh beliau sendiri.
Baiklah hal itu, tiada sangkut paut dengan aku, tapi apabila ada suara-suara sumbang yang menyatakan bahawa ini adalah hukuman kepada Poul Nanggang kerana dia banyak cakap pada pertandingan yang lalu, dia tidak dapat bikin kejohanan badminton ini hanya orang ini dalam OUNA yang pandai buat .........., kerana itu satu tahun tidak ada badminton..... merupakan suara-suara sumbang yang menyakitkan hati aku sebagai manusia biasa. Kalau mereka memberikan takdir untuk aku, jadi Pengerusi Sukan & Rekreasi ini sebagai manusia yang kurang bijaksana, tidak apa... itu ukuran matanya. Tapi jangan jatuhkan manusia yang mahu bekerjasama dengan anda. Ini namanya tikam batu sembunyi tangan. Kalau lihat portfolio kerja ku, aku sebagai PK Kokurikulum yang banyak menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dan permainan baik di peringkat sekolah, zon, daerah, bahagian dan negeri sejak aku dilantik 1998 hingga sekarang. Ini jelas, jangan jadi momokkan. Bagiku, aku ada tanggungjawab, maka aku seboleh-bolehnya mahu menggerakkan program dalam tugasku dalam waktu singkat berkhidmat dengan OUNA. Tidak payahlah bandingan dengan biro lain dalam OUNA Miri. Bagi ku, tidak semestinya aku jadi ketua dalam setiap program sukan dan rekreasi OUNA Miri, bagiku kalau ada "runner" yang jalankan tanggungjawab ini atas\nama OUNA Miri, so will done. Aku bukan YB yang ingin cari nama, tetapi sama-sama berkongsi idea demi OUNA. Janganlah kritik kawan sampai begitu sekali. Aku tahu akan hati budi manusia-manusia seperti ini. Bukan mahu heboh-hebohkan suasana, tetapi sebagai catatan peristiwa bersama demi sejarah akan datang.           
Perlu aku catatkan di sini, aku bukan mahu mencacatkan nama-nama yang aku sebutkan dalam catatanku ini atau mengundang permusuhan dengan mereka, tetapi ini adalah penilaianku dan apa yang terluah di sini, suatu dokumnetasi peribadi sewaktu aku pernah menumbang titik keringat hangat basah dalam OUNA Miri. Aku juga seperti manusia yang lain, ingin meninggalkan bekas dan nama yang baik dalam menerajui NGO ini bukan contoh yang kusut dan tiada nilai dalam mata masyarakat. Fahamilah tujuan aku menulis catatan ini, bukan permusuhan atau sengkita yang mahu aku bina.... jauh sekali, jauh panggang dari api.   

PENGALAMAN INI CUKUP BERHARGA BAGI ANAK-ANAKKU.