AKU BUKAN HIPOKRIT

Kumpulan Tidak Menjadi

Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

"Apologi Kepada Bangsaku" (AKP) adalah judul kumpulan puisi kedua hasil karya Poul Nanggang dalam perjalanan bermukim di daerah puisi. Kumpulan ini sedang dinilai DBP Sarawak  dan dihantar pada September 2003 yang lalu.

Kumpulan puisi AKB ini mengandungi sekitar 55 buah kuntum puisi yang saya tulis sekitar perjalanan berkelana ke daerah puisi. Sekitar enam belas atau satu pertiga jumlah  kuntum puisi yang ada dalam kumpulan ini pernah disiarkan dan diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Sarawak dan beberapa buah penerbitan dan antologi yang diterbitkan bersama.
Saya terasa dipanggil untuk menyiapkan kumpulan puisi ini setelah  saya menyiapkan manuskrip novel sulung saya "Diinjak- Injak"(DII) yang juga saya hantar ke DBP Sarawak sekitar sebulan lebih awal iaitu pada sekitar Julai siapnya sebelum bonda kembali ke alam kekal. Pemergian bonda amat mengekutkan diri saya dan banyak merubah cara saya berfikir, namun saya tidak lalai. Lantaran semangat yang menyala inilah saya dengan bersungguh-sungguh menyiapkan kumpulan puisi saya ini untuk dicetak  oleh DBP Sarawak. Saya belum pernah menerbitkan buku dengan pencetakan ulung negara ini. maksudnya DBP ini. Saya amat bangga sekiranya buku saya diterbitkan oleh penerbit dengan logo lima helai daun ini.  Kumpulan puisi saya pertama bertajuk "Alak Betatar" diterbitkan oleh PUTERA pada tahun 2000 sempena Majlis Bulan Bahasa Dan Sastera tahun itu.
Saya percaya karya-karya saya di dalam kumpulan puisi kedua ini sedikit sebanyak memperlihat ketekunan dan semangat gigih saya untuk berusaha di antara banrisan penyair di Sarawak yang kurang menempa nama, maklumlah bagi saya apalah ada pada nama. Saya juga kurang publisiti apa lagi meraih hadiah, hanya saya tetap kuat semangat menulis kerana percaya alang-alang menyeluk perkasam biarlah sampai ke pangkal tangan. Biarpun saya sering menerima kritikan pedas, terlalu awal diterima oleh editor, tulisan masih sederhana, puisi dengan ayat yang panjang-panjang tidak ekonomi dan pelbagai lagi kata-kata yang diberikan kepada saya. Namun saya tidak melenting apa yang orang lain kata, saya adalah saya. Kalau rezeki tetap ada, tulisan saya tetap menjelma di dada media massa, meskipun tiada penghargaan daripada pengkritik apa lagi peminat susastera tanah air.  Tugas saya sudah selesai setelah saya menulis dan layak diterbitkan. Bermutu atau tidak itu adalah hak editor dan pengkritik dalam membuat ulasan dan komentar.
Saya tetap bersemangat tinggi untuk berkarya dan menghasilkan tulisan yang mengangkat apa jua persoalan yang memancing jiwa saya untuk bicarakan. Lantaran itu adalah lahir secara tulen daripada jiwa saya bukan lontaran jiwa paksa-paksaan yang harus dibuat-buat dalam berkarya. Walaupun karya saya tidak mempunyai nilai "susastera" yang tinggi apalagi bermartabat, bagi saya cukuplah kalau karya ini dapat dinikmati oleh anak cucu di masa akan datang di samping sebagai bahan dokumentasi peribadi untuk dinilai dan diterjemahkan anak cucu di masa akan datang. Mungkin apa yang saya luahkan itu relevan kepada mereka sebagai kata-kata azimat dan semangat dalam menghadapi hidup ini, biarpun dalam nada menyindir, marah-marah kadang kala penuh melankolik, semuanya adalah usaha untuk menyuarakan suara batin melalui puisi sebagai wadah menyampaikan segala  apa jua yang terbuku di dada.    

Manuskrip ini saya hantar melalui emel kepada Ketua Unit Penerbitan DBP Sarawak, Saudara Abg. Haliman Bin Abg. Julai pada sekitar September 2003 kemudian sebulan selepas itu barulah saya menulis kepada beliau secara surat rasmi dan kepada Pengarah DBP Sarawak iaitu Tuan Haji Hamzah Hamdani  untuk pengetahuan mereka. Ini atas nasihat sahabat saya Abizai supaya ada dokumen hitam putihnya. Kemudian saya diperitkan lagi suasana kepulangan Dr. Othman Puteh seorang mentor sastera saya yang banyak memberikan semangat dan doorngan kepada saya untuk berkarya dan mencuba. Apapun saya bangga kerana mampu menghasilkan karya manuskirp novel  saya "Diinjak-Injak" yang merupakan hadiah kepada allahyarham kerana memberikan kekuatan kepada saya berkarya khasnya dalam bidang prosa.
Kembali kepada kumpulan puisi ini, saya tetap menaruh harapan tinggi agar karya ini mampu diterbitkan, tidak pula meninggi diri, hanya sebuah harapan daripada semua penulis tentunya mahu karyanya diterbitkan. Apa yang penting, ia mampu menembusi penerbitan elit negara itu. Bukan calang-calang buku yang mahu diterbitkan oleh DBP, apa lagi buku kumpulan puisi penulis yang kurang ternama seperti saya, namun saya berharap ia bukanlah suatu yang mustahil kalau kita benar-benar berusaha dan mahu berjaya. Namun bukan saya terlalu optimis dan yakin.     
Pada peringkat awalnya, saya mahu karya ini dalam bentuk sumbangan "geran" seperti yang pernah diberikan cadangan. Akan tetapi saya berfikir, kalau saya betul-betul berusaha, soal wang biarlah kemudian yang penting saya buktikan bahawa saya telah berkarya dan berhasil untuk menerbitkan karya. Saya tidak sangat memikirkan soal wang dalam hal ini, tetapi strategi jangka panjang, mungkin kalau penulis ternama bolehlah buat pelan yang seumpama itu seperti Sasterawan Negara, Dr. A. Samad Said atau Dato Anwar Ridhwan. Saya hanya penulis bilis yang bersaing di samudera luas dengan  sang jerung dan paus yang hebat dan ternama. Jadi saya harus pandai membawa diri, dalam diri sebagai bilis tetapi keupayaan berkarya  mestilah menunjukkan kesungguhan yang mendalam, jangan sekadar main-main di kaki tangga sahaja.  Memang bidang ini banyak yang tidak ikut serta, kerana hendak naik bukanlah hendak waktu yang singkat tetapi bertahun-tahun sehingga karya itu teruji kematangannya sebagaimana sahabat saya sendiri penyair ampuh Sarawak , Abizai. Usia lebh muda setahun daripada saya, tetapi gaya penulisan memang sudah sampai ke tahap matang. Saya kagum usaha beliau menaigkatkan mutu susastera dalam  karya-karyanya hingga ke tahap itu, tidak semudah yang kita anggap dan sangka. Ia memerlukan pengorbanan jiwa, raga, waktu dan segalanya dalam soal berkarya. Bukan suatu yang menyeronokkan tetapi semacam terpenjara sendiri  menghadapi segala kemungkinan kehidupan yang kita hidupkan dalam karya sama ada puisi ataupun prosa.

Enter content here

Enter supporting content here