AKU BUKAN HIPOKRIT

Kasihnya Ibu
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Woman standing in cemetery

Florecene Kasi Lawai  meninggal dunia pada 29 Julai 2003 sekitar jam 12.30 tengah hari di Hospital Umum Miri setelah sekian lama sakit paru-paru dan pelbagai penyakit lain. Dalam usia hampir 73 tahun bonda meninggalkan kami semua tujuh orang anaknya, lima putera dan dua puteri. Pemergiannya cukup meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa saya.

Memang tidak dapat dinafikan dalam dunia ini yang muda akan menjadi tua dan umpama kayu akan patah dan tumbang dalam sejarah hidupnya. Begitulah kita manusia. Bonda, Florence Kasi Lawai selama hidupnya sekitar 73 tahun telah menjadi ibu kepada kami tujuh orang adik-beradik dan isteri yang cukup setia kepada suaminya dan keluarga. Tanpa mendapat pendidikan formal hanya begantung kepada pengalaman dan firasat masa lalunya dalam mendidik anak-anaknya, namun ia tetap dikenangi sebagai yang terbaik dan tiada galang gantinya dalam hidup kami.
           Saya amat bersetuju dengan sahabat saya, Saudara Hazami Jahari bahawa, "kita akan berasa kehilangan setelah kita benar-benar kehilangan seseorang itu". Kata-kata ini amat menyentuh batin saya, setelah bonda kembali ke alam kekalnya, saya berasakan bahawa kenyataan akan kata-kata sahabat baik saya ini. Sesungguhnya, ibu kita hanya seorang, tiada akan ada gantinya lagi umpama pokok kayu tua yang tumbang, yang hilang pasti berganti, tetapi pemergian bonda adalah selama-lamanya. Saya terkenangkan akan puisi Sasterawan Usman Awang, "Ke Makam Bonda", ingatan yang tiba-tiba sahaja apabila kerinduan menyapu hati ini.  
         Sememangnya kematian itu akan berlaku kepada semua kita yang hidup. Hanya bila , di mana dan bagaimana kita mati? Itu suatu persoalan yang kita tidak mampu jawab. Apapun, sebagai manusia, kita hanya mampu merancang sahaja. Kita tidak mampu mengarah bahawa begini-begini kalau kita mati, terpulang kepada yang tinggal dan masih hidup mengurus kita kelak. Kembali kepada bonda, walaupun kami tidak dapat menyempurnakan jenazah bonda dengan terbaik, tetapi kami telah melakukan yang paling baik demi kesejahteraannya, mungkin pendapat orang lain, pendapat kita lain. Lain padang lain belalang kata orang. Kalau pun ada yang kurang dan cacat celanya, kami adik-beradik mohon kepada Yang Esa memaafkan kesalahan kami yang kurang terhadap bonda. Namun tiada siapa yang dabik dada mengatakan  kami melakukan yang paling sempurna, kerana bertolak kepada falsafah, "manusia itu sendiripun tidak sempurna". Namun kami telah mencuba yang terbaik untuk bonda kami satu-satunya. Mohon Tuhan rohnya memberkatinya. 

Graduation day

Bonda mulai sakit teruk sejak Oktober 2002 yang lalu, tetapi paling kronik pada awal tahun 2003, tetapi Tuhan masih mahu memanjangkan usianya.Kini tiada lagi kesakitan yang dideritainya, tiada lagi kelukaan di hatinya, tiada lagi harus dihiraukannya, ia telah menemui kepada Yang Esa dalam keadaan tenang dan diiringi dengan segala doa dan air mata tanda kasih sayang yang tiada sudahnya.
Selama pantang yang diadakan selama empat belas hari, seluruh ahli keluarga memberikan komiten tinggi sebagai tanda penghormatan kepadanya dengan segala doa. Tangan-tangan dengan sukarela datang membantu berkunjung ke rumah kami sambil mengucapkan takziah kepada semua. Rasanya itu semua bukan penghormatan untuk kami, tetapi kebaikan seorang manusia yang kami namai sebagai bonda kami - Florence Kasi Lawai. Kalau tiada segala pahit maung titis keringat yang beliau taburkan semasa hidupnya, tentunya tiada siapa yang datang mnejenguk, tiada seorang kami yang berbangga semua itu kerana kami. Kami semua anak-anak hanya menyempurnakan apa yang sepatutnya yang harus ada  sebagai manusia yang masih hidup dan anak-anak yang berjasa. Semuanya hanya tinggal memori duka yang penuh kenangan mengusik jiwa.    
Dalam kerinduan yang menggigit perasaan, hanya sempat doa-doa kudus disampaikan kepada rohnya agar ditempatkan bersama orang yang percaya akan Tuhan dan terpelihara di syurga yang syahdu. Apapun, hanya yang tahu sahaja yang tahu apa kami lakukan sebagai anak-anak kepadanya. Semoga doa-doa kami anak-anaknya dengan penuh kuasa akan mengiringi perjalananke syurga abadi. Kami percaya inilah kuasa yang paling ampuh mengubati kerinduan kami kepada cinta kasih sayang yang pernah ditaburkan kepada kami- naak-anaknya, cucu-cucunya dan para sahabat handai jauh dan dekat yang sudi menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam bentuk apapun. Bagi pihak bonda kami, kami menghulurkan ucapan tulus ikhlas jutaan terima kasih kepada semua di atas semua yang kalian hulurkan baik wang ringgit, tenaga, dan apa jua , maafakan kami kalau tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada semuanya yang kalian curahkan atas nama bonda kami Florence Kasi Lawai.   

Enter supporting content here