Make your own free website on Tripod.com

AKU BUKAN HIPOKRIT

Menukangi "Diinjak-Injak"
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Sebuah skrip novel yang berbentuk catatan peribadi. Rasa terhina yang selalu diinjak-injak oleh manusia sesamanya.

Saya mulai mendapat ilham ini sudah sekian lama, akan tetapi kemampuan untuk menggerakkannya amat payah dan sulit sekali, sebagaimana yang diucapkan oleh rakan penyair saya Abizai bahawa memulakan yang pertama itu amat sukar dan payah. Akan tetapi saya mendapat sentuhan galakan daripada sahabat baik saya Jong Chian Lai seorang penulis novel/penagarang Sarawak yang hebat dan tersohor sewaktu sama-sama sekitar empat hari menghadiri "Simposium Penulis Pelbagai Kaum III" di Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 2001 yang lalu. Kata-kata Jong amat meninggalkan kesan kepada saya di samping cara-cara teknikal yang mulai ada yang sempat saya kongsikan bersama sebagai bahan untuk saya sendiri.
Maka mulailah saya merangka skrip ini. Jangan dulu bercakap bab mutu dan susastera tentang skrip ini, cukuplah kalau saya dapat dan sempta menghasilkan sebagai  dokumentasi yang amat saya hargai untuk renungan dan peringatan para anak cucu di waktu hadapan. Bukanlah pula saya katakan bahawa ini sebuah buku dairi atau catatan, tetapi sebuah catatan yang terpilih daripada segala macam pergelutan harian untuk meneruskan hidup ini. Saya kini telah menyiapkan lapan bab yang  awal dan mungkin kalau diizinkan saya akan cuba menulis tiga lagi bab terakhirnya untuk dikemukakan kepada sidang editor penerbitan yang sudi menerbitkan karya ini. Saya mendapat dorongan semangat daripada Hj. Othman Puteh agar kalau boleh mampu mendapat menulis sekitar sepuluh bab. Saya sekadar melakukan sebuah bab sekitar dua puluh halaman tanpa berjarak langkau, maksudnya yang paling rapat, dan fontsnya juga akan sederhana  supaya senang dan  mudah dibaca. Saya akan lakukan kerana saranan beliau itu memang molek dan baik. Kalau sepuluh bab ada 20 halaman setiap bab, maknanya saya mampu menulis setebal 200 mukasurat.
Anggaran masa yang luang untuk siap sekitar Disember 2002 yang lalu malangnya sungguh banyak halangan dan gangguan, saya hanya sekadar menyiapkan tujuh bab yang awal dan mulai Januari hingga kini 2003, saya sempat siapkan bab yang ke lapan. Suasana saya menulis cukup kritikal kini, kerana beban tugas yang digalas cukup berat juga maklumlah berpindah ke susana baru, ditambah lagi pada awal tahun ibu saya sakit teruk sekitar tiga minggu di hospital, semuanya mengganggu saya. Tapi jangan silap itu bukanlah alasan saya tidak menulis.    
Syukur kepada Ilahi Sang Dewata Raya, manuskrip ini siap saya buat pada 21 Jun 2003 yang lalu. Kemduian pada 22 Jun 2003 saya cuba menghantar mellaui emel ke DBP Sarawak, iaitu sahabat saya Abang Haliman Abang Julai, Ketua Penerbitan DBP Sarawak. Malangnya apabila saya menelefon beliau sekitar 27 Jun 2003, URL emelnya ada masalah. Jadi saya hantar lagi dalam tiga kali emel manuskrip karya saya sekitar 10 bab termasuk sebuah fail sinopsisnya.Saya cuba beri waktu sekitar tiga bulan kepada pihak DBP Sarawak, kalau berjaya dipilih untuk diterbitkan, saya gembira, kalau tidak saya akan cuba penerbitan lain untuk mencari rezeki. Kenapa DBP saya pilih? Saya masih mengganggap bahawa buku yang dicetak oleh DBP sebagai karya yang cukup baik kualitinya. DBP itu lambang hebat  bagi saya, kalau buku mampu tercetak di sini, ia suatu penghormatan bagi saya bagi membalas jasa baik DBP menganugerahkan saya gelar "Karyawan Harapan Sarawak 1998" yang lalu. Tiada apa yang saya dapat buktikan melainkan karya ini sebagai manifestasi kewujudan saya sehingga DBP memberikan anugerah yang cukup bermakna itu. Sekurang-kurangnya saya berusaha, baik atau tidak baik karya saya itu terpulang kepada masyarakat menilainya. Semoga saya akan gagah meneroka penulisan dan dunia sastera yang sunyi ini. Tapi saya bahagia kerana mampu  mengeluarkan idea saya ke audiens tanpa dipaksa-paksa, kerana saya berada di landasan ini untuk bersuara, meskipun suara saya suara bisu.
Tidak banyak harapan yang saya gantung kepada karya sulung saya ini. Kalau dapat terbit itu sudah lebih baik dan bagus agar saya terus memikirkan karya seterusnya. Kalau karya pertama ini agak sulit dan payah diterbitkan, maka itu petanda bahawa saya harus kerja keras untuk menjadi karyawan atau silap-silap gulung tikar tidak lagi mempersia waktu, memperhamba minda untuk susah-susah hidup sendiri menyepi sebagaimana yang disuarakan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussein dengan novelnya yang saya mintai, "Kuala Lumpur Kita Punya" . Cari suasana yang lain di mana saya boleh tenteram seperti sebelumnya. Saya bukan mahu mengejar nama tetapi mahu mencatatkan segala perjalanan masa lalu saya melalui tulisan. Sama ada ia bernilai "susastera" atau tidak, saya tidak tahu. Biarlah waktu dan zaman yang melihat dan meneliti apa yang saya utarakan. Saya juga bukan pemikir agung  seperti Plato, Aristotle atau Socrates yang hebat -hebat ideanya. Saya hanya budak hingusan kampung, belajar menulis sedikit-sedikit daripada apa yang ditempuhi. Hendak popular atau ternama melalui tulisan, tidak sama sekali, kerana saya percaya bahawa banyak lagi idea manusia lain yang hebat-hebat, saya mengutip sisa-sia yang selalu dipijak-pijak orang sebagai platform karya saya. Kalau orang kata saya sentimental, memang tetapi masih juga diadun dengan keintelektualannya, bukan sentimental melulu.    

Skrip "Diinjak-Injak" ini kalau dipersetujui oleh penerbitan, sebuah koleksi pengalaman kehidupan manusia yang berasakan segala waktu ia sering diperlakukan sebagai bukan manusia yang selayaknya dihargai tetapi diinjak-injak sebagaimana sampah atau binatang sumpahan yang sering membikin najis atau kebobrokan dalam masyarakat tempat ia berteduh dan menumpang. Penulis cuba gambar semua pengalaman ini dituang dalam salinan tulisan berbetuk aksara yang bisa dimengerti dalam bahasa Malaysia untuk dinikmati oleh yang ingin dan sudi membaca karya ini kelak. Bukanlah tujuan mahu melahirkan karya hebat sebagaimana "Salina" oleh A.Samad Said atau "Bumi Manusia" oleh Pramoedya Ananta Toer, tidak sama sekali dan jauh sekalilah kemampuan saya dapat sampai ke tahap itu, kerana inilah permulaan. Sebagai karya sulung, memang banyak cacat cela dan kekurangan di sana-sini, maklumlah kita manusia ini- tidak lari daripada kesilapan.
Secara jujur saya utarakan, ketika menyiapkan skrip ini ada semacam gejolak yang mulai membuak-buak untuk menghasilkan skrip secepat mungkin dan ada waktunya saya semacam mahu menyerah kalah kepada segala halangan dan tentangan yang gagal saya hadapi yang menekan batin saya.Lantaran saya saya berjanji dengan beberapa teman-teman rapat, bukanlah tujuannya menunjuk-nunjuk tetapi tetapi "ikrar" peribadi bahawa saya mesti menyiapkan dan menghasilkan skrip novel ini dengan berhasil. Itulah tujuan perkhabaran itu, bukanlah mencanangkan kepada seluruh manusia bahawa saya penulis yang maha hebat atau pengarang yang mulut banyak hasil kosong. Catatan ini juga seolah-olah suatu usaha saya melepaskan diri daripada rantaian belenggu tekanan yang cuba mengikat saya leka dan seolah-olah mahukan ilham datang dari langit untuk menulis dan memulakan, tidak akan mungkin terjadi melainkan diri sendiri ada kekuatan dan disiplin yang teguh dan ampuh.
Saya berusaha keras untuk menyiapkan manuskrip ini pada awalnya, sehingga ketika sepatutnya skrip ini siap, ibu saya jatuh sakit maka saya seolah-olah kehilangan modal dan sentuhan.Saat itu saya masih menulis Bab 7 yang mengisahkan tentang seorang ibu. Saya cukup susah mahu menulis kerana tertangguh hampir dua bulan saya gagal melihat-lihat manuskrip ini. Lagipun tahun 2003, semacam puisi-puisi sudah tidak menjadi pilihan editor. Tahun ini hanya dua puisi yang terbit. Komen rakan-rakan, tulisan saya agak keras dan terpalit kepada birokrasi yang memegang tampuk kuasa, jadi tulisan saya tidak boleh dikeluarkan dengan nada-nada berontak yang benar-benar bergelora di jiwa. Apapun saya gagahi jua untuk sampai ke Bab 10 bagi memenuhi janji saya dengan Dr. Othman Puteh, selaku peniup semangat saya untuk berkarya. Ada ketikanya saya anggap lapan bab sudah mencukupi, tapi Dr. Othman suntikan semangat agar lebih baik dapat mencapai 10 bab. Saya berjanji akan menunaikan harapan dan juga sememang cita -cita saya mencuba nasib di persada penulisan novel ini. Mungkin tuah saya ada disini di samping rezeki yang kita cari siang dan malam. 
Kini manuskrip novel ini mengandungi 12 bab, sebuah manuskrip saya bukukan dalam bentuk manuskrip kemudian 10 bab awal masih lagi simpanan emel saya kini. Saya ingin kalau mampu novel ini diterjemah dalam bahasa Inggeris, agar omnya agak menyerlah. Saya tidaklah tahu sangat bahawa ia cerita yang baik, cukuplah kalau saya katakan saya telah bercerita dan menunaikan tanggungjawab untuk menulisnya. Tapi manuskrip ini masih belum diedit dengan baik.  

"Diinjak-Injak" sebuah karya yang tidak ada teori apa-apa yang melatarinya, cuba niat saya ingin supaya anak cucu akan tahu bahawa kehidupan datuk nenek pernah sengsara dsan menderita dan untuk meneruskan hidup mesti perlu usaha dan berani menghadapi segala ledakan gangguan itu.
Terkini, saya telah menghantar manuskrip novel ini dengan tajuk yang ini juga kepada pihak penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak pada sekitar 23 Julai 2003 yang lalu dan saya menyediakan rangka waktu sekitar tiga bulan untuk penilaian manuskrip ini. Saya akan mengemukakan pertanyaan kepada DBP Sarawak pada 23 September 2003 ini untuk mengetahui kedudukan manuskrip ini. Sekiranya gagal untuk tujuan penerbitan, saya akan menarik manuskrip ini daripada diterbitkan buat sementara waktu, mungkin rezeki saya belum lagi ada atau tuah tiada muncul. Kini saya tetap sabar dengan DBP Sarawak dengan harapan yang menggunung.  

Doakan saya mampu menyiapkan skrip ini dan menerbitkannya suatu waktu yang tidak dijanjikan. Agar segala ratapan dan rakaman sedih, merana, kecewa dan apa jua yang menginja-injak saya dapat saya kongsikan dengan rakan-rakan yang saya hormati. Saya amat memerlukan sokongan kalian untuk memguatkan stamina perjalanan berkelana ke mandala penulisan ini.