AKU BUKAN HIPOKRIT

Eksplikandum Sosial
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Saya percaya bahawa kehidupan ini adalah untuk tiga agenda untuk dibiasakan dalam kehidupan  iaitu taat kepada Tuhan, bahagia di sisi keluarga dan memiliki tubuh badan yang ampuh dan tangguh.

Menjadi manusia di muka ini, apapun yang kita buat saya percaya bahawa kebajikan sesama manusia juga perlu diberikan keutamaan. Saya tidak hanya percaya bahawa Tuhan itu adalah pelindung kita terakhir, tetapi usaha kita manusia juga amat penting dalam merealitikan kehendak Tuhan itu terjadi kepada umat manusia.
Kita berbakti sesama manusia atas perjuangan nilai kemanusiaan yang kian menebal dalam jiwa kita. Kita belajar di bilik darjah dan diajar oleh guru kita, tutor, pensyarah, professor kita dan kemudian kita lalui segala pengalaman pahit manis melalui deretan perjalanan kehidupan kita. Ini semua tiada dalam kurikulum sekolah dan universiti, inipun sebahagian catatan yang perlu kita awasi dalam kehidupan ini. Banyak sekali yang menyebabkan kita terlibat dan terbabit. Tetapi pokok asalnya memang kepuasan jiwa kita manusia. Di sana kita disisipkan dengan kemanusiaan dan kebajikan sesama manusia itu sendiri. Mengejar keseronokan semata-mata, tidaklah afdal dala hidup, dan berbudi semata-mata sehingga kita sendiri hancur papa kedana pun tidaklah molek sangat dalam hidup ini, segala-galanya harus seimbang dalam kehidupan sosial kita. Belajarlah yang mana yang diutamakan, disegerakan, dipentingkan dan harus dilupakan selama-lamanya.

Tujuan kehidupan memang mahu berjasa kepada kemanusiaan itu sendiri. Di manapun kita berada, apapun alat yang kita gunakan untuk menegakkan kemanusiaan itu, yang penting kemanusiaan itu harus dihidupkan. Bukan keserakahan itu menguasai kehidupan manusia. Kita berkarya kreatif pun untuk tujuan itu, tujuan kebijaksaan kepada umat manusia. Tulisan kita membawa impak kepada kehidupan.
Begitu juga kita berjuang dalam menegakkan kebajikan sosial umat seakar, sebudaya, sebangsa, sebahasa dengan kita. Tujuan ialah ingin umat yang kita dokong  terlepas daripada kebebalan dan kekurangan-kekurangan yang ketara daripada manusia yang lebih maju dan ampuh. Itu perjuangan kita, dalam hal ini. Kita menyuarakan rasa tidak puas kita melalui saluran yang benar dan betul, dalam waktu yang sama bukan ingin mencari permusuhan , perselingkuhan atau dendam kesumat tetapi ingin memberikan kesempurnaan yang sebaik-baiknya kepada kelompok manusia yang berkenaan.
Saya ingin menulis sedikit catatan tentang sumbangan saya dalam OUNA Miri. Sebetulnya saya pernah menawarkan diri dalam kepimpinan OUNA (Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak) pada tahun 1996 yang lalu dibawah barisan kepimpinan Dr. Francis Jana, malangnya hampir semua ahli pasukan kami itu tumbang dalam pemilihan itu. Kemudian pada tahun 2003 ini saya didatangi oleh Saudara Patrick Saging untuk sama-sama memimpin OUNA Miri yang dalam dillema itu. Akhirnya saya dan beberapa rakan lain  berjaya untuk memimpin OUNA Miri sesi 2003/2005 ini. Cantiknya AJK OUNA Miri kali ini kerana terdiri daripada pelbagai etnik Orang Ulu bukan sekadar dimonopoli oleh dua atau satu etnik sahaja. Mulailah kami bergerak dalam keadaan yang cukup tenat, sebuah persatuan yang bermasalah, bagaimana harus lancar programnya, kerana semuanya bergantung kepada wang untuk aktiviti, tanpanya susahlah sedikit.  Malangnya banyak sekali yang kami hadapi seperti soal pendaftaran, kewangan sehingga banyak rencana terganggu. Sekitar September 2003, ada kalangan ahli OUNA Miri yang mengatakan bahawa kami tidak mempunyai efiesen dalam menerajui ini. Saya selaku "Pengerusi Sukan & Rekreasi OUNA Miri" cukup tersinggung hal ini. Saya menulis surat untuk semua Pengerusi & AJK OUNA Miri menyatakan hal ini, agar kami sama dalam perahu mengemudi OUNA faham akan masalah ini. 
Sememangnya mengikut kata-kata sahabat saya dalam AJK OUNA Miri sekarang, sebagai Penolong Setiausaha OUNA, Saudara Charles Balan Seling, "kalau boleh dalam waktu yang singkat kami berkhidmat dalam NGO masyarakat Orang Ulu ini kami ini meninggalkan jasa, sumbangan yang dihargai dan membawa keuntungan dalam masyarakat Orang Ulu atau OUNA itu sendiri. Saya cukup optimistik tentang soal  ini kerana kita berkhidmat dan berjasa demi masyarakat kita yang masih kelam-kabut dan ketinggalan serba kekurangan.  

Doktrin agama penting kepada kita manusia untuk menjadi maya pada ini aman dan sejahtera  didiami. Agama dan kepercayaan kepada Tuhan menjadi manusia merendah diri bahawa kuasa Tuhan itu unggul dan ampuh, tiada yang harus dibanggakan dalam dirinya sendiri. Semuanya ada dibawah kuasa tangan Tuhan.

Apapun yang ingin dimiliki dalam dunia ini kesihatan yang ampuh ,tangguh, perkasa, gagah, kukuh dan teguh  merupakan kekuatan dan anugerah Tuhan yang paling besar dalam kehidupan manusia itu sendiri.