AKU BUKAN HIPOKRIT

Weltanschauung Pendidikan
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Pendidikan Itu Proses Sepanjang Hayat Kehidupan 

People climbing books

Banyak sekali yang berbicara tentang soal ilmu yang pokoknya pendidikan. Akan tetapi masih juga manusia segan tidak mengerti akan perihal menimba dan mendapatkan ilmu itu sendiri. Sungguh bahagia sekali seseorang yang mempunyai ilmu dan memanfaatkan ilmu yang ada pada dadanya. Jarang sekali kita melihat manusia berilmu merempat, kecuali mungkin kerana ia sendiri gagal menggunakan ilmunya demi kebaikan hidupnya.
Saya memang memandang tinggi manusia yang berilmu, dalam waktu yang sama tidak pula memandang rendah atau menginjak-injak manusia yang kurang ilmu atau tidak berilmu. Ini adalah naluri manusia itu sendiri, sama ada mahu  dirinya berilmu atau tidak di zaman yang serba cangigh ini. Mahu tidak mahu kalau mahu dipandang sebagai warga manusia yang mempunyai status dan kelas kehidupan yang bermartabat, ilmu pendidikan yang ada di dada merupakan "licensia kehidupan" pada manusia moden kini. Pandangan orang kepada kita, sejauh mana tinggi ilmunya dengan segala apa yang dimilikinya baik pangkat, nama besar, posisi dan layanan. Mungkin manusia itu kaya banyak wang, itu belum menjamin kekayaan doi dalam batin, kekayaaan ilmu pengetahuan jauh lebih berkesan dalam diri manusia daripada sekadar memiliki kekayaan harta materi. Jadi amatlah beruntung menjadi orang kaya dengan ilmu pengetahuan di dalam dadanya tersembunyi atau tersisip.
Saya amat takut pada fenomena manusia  sekarang yang kurang memberikan tumpuan kepada proses mengejar ilmu biarpun peluang yang diberikan banyak sekali oleh pemerintah.Kekurangan, kebebalan dalam  masyarakat menyebabkan bangsa kita akan dipinggir jauh oleh arus perdana pengetahuan. Tidak pula merendah-rendahkan manusia yang kurang ilmu, mungkin kurang mampu atau kurang nasib dan kurang untung pada hidupnya, apapun itu bukan alasan kepada generasi hari ini berlumba-lumba mendapatkan ilmu yang tertinggi dalam hidupnya.  
Sukacita saya amat menyokong gagasan Persatuan Bisaya Sarawak di bawah pimpinan Antionio Kahti Galis yang inginkan sasaran bahawa setiap kampung wajip mempunyai sepuluh Bisaya bergraduat daripada universiti atau setiap keluarga mempunyai seorang ahli keluarga lulusan universiti menjelang atau pada tahun 2010 kelak. Wawasan ini cukup murni untuk diwar-warkan kepada seluruh warga Bisaya. Semakin ramai dan banyak bilangan orang kita berpendidikan maka semakin mudahlah proses kemajuan dan pembangunan masyarakat baik dari aspek mental dan fizikal berjalan lancar. Ingatlah, kita etnik Bisayalah yang bekerja keras untuk membantu kita sendiri berdiri gagah dan perkasa barulah orang lain sanggup membantu kita dengan komitmen padu daripada seluruh lapisan masyarakat kita. Kesedaran itu harus kita tiup sepanjang waktu demi merealisasikan tanggungjawab kita kepada masyarakat kita yang kecil ini.Misi dan visi  dalam agenda pendidikan ini sememangnya langkah terpuji dalam organisasi kita. Usaha kita menubuhkan "Dana Pendidikan Bisaya"  sekitar tahun 2000 merupakan tindakan susulan yang menunjukkan kesungguhan kita masyarakat Bisaya mendaulatkan pendidikan sebagai agenda utama dalam Persatuan Bisaya Sarawak. Saya amat terharu usaha ini datang setelah sekian lama kita berorganisasi, kesedaran pemimpin kita patutlah dihargai dalam menatang dan menjulang masyarakat Bisaya itu sendiri. Semuanya bukan suatu yang mudah bagaikan yang bulat datang bergolek dan yang pipih datang melayang, semuanya memerlukan kita bersatu, berusaha mengangkat setiap  Bisaya  yang kita ada untuk kita gilap menjadi dapat berbudi dan berbakti kepada masyarakatnya.  Tanamkan ketaatan, kesetiaan kita  kepada masyarakat kita - bermula semuanya melalui pendidikan ini.

Di samping kita berlumba-lumba mengejar ilmu pengetahuan. Jangan pula kita sampai lupa sehingga memandang kepada ilmu kita sendiri yang dimahkotakan sebagai juara sayembara segala ilmu di maya pada. Ini suatu perbuatan yang silap dalam diri manusia yang mempunyai ilmu yang tangguh dan ampuh.
Tidaklah salah kita merendah diri[low profile] dalam mengangkat martabat dan maruah diri.Orang akan kenal kita sama ada permata asli atau hanya kaca  yang berseri-seri. Kesombongan kita dengan ilmu di dada bisa akan memakan diri kepada manusia yang riak dan anagkuh. Begitu juga dengan nama, pangkat, darjat, posisi yang kita miliki, ingatlah bahawa semua itu adalah pinjaman sementara kepada kita. Yang paling  mustahak rasanya, kita mesti memiliki rasa kemanusiaan sesama manusia di tahap mana pun tingginya ilmu kita di dada. Tidak payahlah kita mencanangkan ke pelusuk penjuru alam  mengangkat peribadi kita yang mulia dan teragung. Letakkan diri kita pada posisi yang sepatutnya, kalau ada tangan mahu menghulurkan bnatuan, bantu, kalau rasanya berat dan penuh beban, tinggalkan sahaja dengan alasan yang munasabah bunyi bahasanya.Tidak salah, jangan sekali mencari permusuhan dan perbalahan sesama manusia kerana berasakan tingginya ilmu dan kuasa di tangan.
Seboleh-bolehnya ilmu yang ada di samping lambang status sosial kita, berbaktilah sesama insan lebih-lebih lagi manusia yang seakar, sebudaya, sebahasa dengan kita meskipun fahaman kita berbeza. Itu bukan penghalang utama. Jangan kita memilih bulu dalam menabur khidmat dan bakti. Usia kehidupan kita tidaklah terlalu panjang dan tidak pula sesingkat mana, yang mampu berbakti demi kemanusiaan semasa kita berkemampuan, ada pengaruh, kelayakan, suara kita masih digunakan untuk kita sesama kita dan kemanusiaan sejagat. Kalau kita sesama kita tiada usaha saling membantu dan menyokong di antara satu sama lain, maka kita akan kesunyian dalam menatang nama, pangkat dan darjat yang kita ada. Bila kita tiada memiliki semuanya, manusia lain akan mulai ingat segalanya itu meskipun tidak tercatat dalam dokumentasi sejarah tetapi catatan  itu masih berparut di akal budi manusia.    

Gunakan ilmu untuk menumpaskan kebatilan dan menegakkan kebenaran.

Apabila menjadi manusia yang berilmu buangkan segala daki kesombongan dan keringat keriakan dengan haruman sabun mewangi kerendahan akal budi.