AKU BUKAN HIPOKRIT

Wadah Sosial
Home
Prawacana Sastera Pasca PRU Ke-12
Pemilihan Tampuk GAPENA 2008
Luka Penyair
Pergi Selamanya
Kasihnya Ibu
Musibah Keluarga
Festival Puisi Perlbagai Kaum Malaysia 2005
Kolokium PUTERA Ke- 25 Tahun
Lupa Diri Bila Jadi Orang Besar
Profil Diri
Paideia
Famili Asas
Skrin Kenangan
Paparan Nostalgia
Karya Diterbitkan
Khabar Berita
Stesen Berkhidmat
Asal Usul
Kerabat Terdekat
Wadah Sosial
Sahabat Akrab
Kertas Kerja
Speculum In Aenigmate
Wacana Bisaya
Penghargaan
Weltanschauung Pendidikan
Eksplikata Bisaya
Eksplikandum Sosial
Ego-Cogito
Agenda Pendidik
Nilai Puisi
Daerah Puisi
Menukangi "Diinjak-Injak"
Esok Bermakna
Budayaku & Bangsaku
Mulut Terkunci
Memperkasa Diri
Kumpulan Tidak Menjadi
OUNA -Laluan Beronak Duri.
Memperkasa Hati
Anak-Anakku
Lagu Bisu Suara Hati

Bermulanya tentang kegiatan Poul Nanggang di sini.

Persatuan Bisaya Sarawak merupakan landasan organisasi yang diceburi oleh Poul Nanggang dengan penuh kejayaan. Beliau amat peka dan berkhidmat dalam organisasi tanpa mengenal penat lelah. Bermula tahun 1990 dengan memulakan langkah untuk berkhidmat dengan persatuan etniknya sendiri. Dalam masa yang singkat beliau telah diberikan kepercayaan untuk membarisi Ahli Jawatankuasa Persatuan Bisaya Sarawak, Miri. Beberapa kegiatan tahunan PBS ini lebih banyak bertumpu kepada aktiviti budaya yang melibatkan pelbagai etnik bumiputera di Sarawak contohnya dalam merayakan Gawai Dayak. Poul Nanggang lebih terdedah kepada organisasi lain yang sama-sama menjayakan program tahunan ini. Selain daripada itu lebih menumpukan kepada kebajikan, sosial dan hal-hal masyarakat Bisaya di Miri. Mengatur aktiviti permainan, latihan budaya, lawatan dan pelbagai aktiviti riadah untuk mendedahkan ahli pelbagai perkembangan luar di samping mengeratkan hubungan di kalangan ahli masyarakat.
Dalam bidang sukan, Poul Nanggang telah menjayakan dua program besar Persatuan Bisaya Sarawak yang melibatkan Pestarama Sukan & Permainan Peringkat Antara Cawangan Seluruh Sarawak di Miri iaitu pada tahun 1993 dan 1997. Kedua-duanya telah dijayakan dengan cukup baik dan semangat "SAGANAO" yang cukup hebat. Dari sinilah kita mulai melihat penglibatan Poul Nanggang yang cukup aktif membantu persatuan menjayakan pelbagai agenda dan perancangan yang dilaksanakan oleh persatuan. Dalam waktu yang sama, Poul Nanggang berterima kasih di atas kepercayaan pemimpin tertinggi PBS Miri khasnya Saudara Antonio Kahti Galis, Saudara Latip Sapong, saudara Munan Bindok dan Saudara Bartholomew Tangah Pura dan ahli-ahli PBS Miri yang banyak memberikan dorongan dan semangat juang kental dalam mengangkat wadah perjuangan etnik Bisaya dalam bidang kemasyarakatan.     
Dalam bidang budaya, Poul Nanggang terlibat aktif dalam usaha mengangkat budaya masyarakat Bisaya melalui dua aktiviti yang cukup gah dikelolakan oleh PBS Miri iaitu Malam Kebudayaan Bisaya Sarawak(MKBS) pada tahun 1995 dan 1998 yang lalu. Lebih memeranjatkan lagi dalam suasana gawat ekonomi tahun 1998, melalui aktiviti ini telah membawa pulangan besar menjayakan program ini di Miri bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Tahun 1994, Poul Nanggang telah dipilih mengikuti "Bengkel Kepimpinan Belia Peringkat Negeri Sarawak" kemudian tahun yang sama beliau dipilih untuk menyertai "ASEAN YOUTH CAMP", mewakili delegasi  Malaysia di Sematan, Kuching, Sarawak.
Dalam tahun 1996 telah dicalonkan untuk menerima "Anugerah Tokoh Belia Negeri Sarawak" dan menerima anugerah ini sebagai calon paling muda menerimanya pada tahun 1997 di Lundu, Sarawak.Ia merupakan penghargaan persatuan dan masyarakat Bisaya terhadap kejayaan dan pencapaian usaha dan titik peluh Poul Nanggang dalam mengangkat persada martabat nama Persatuan Bisaya Sarawak di seluruh negeri. Ini merupakan kebanggaan masyarakat Bisaya Sarawak kerana mempunyai warga yang sanggup menuangkan titik keringat dan buah fikiran sambil turun padang menjayakan pelbagai agenda pembangunan masyarakat Bisaya.
Dalam bidang pendidikan pula, telah mengendalikan "Dialog Persatuan Bisaya Sarawak 1997" di Grand Palace Hotel, Miri, Seminar Pembangunan Bisaya I 2000 di Purnama Hotel,Limbang dan Seminar Pembangunan Bisaya II 2002 di tempat yang sama.Antara program yang pernah dikendalikan Hari Keluarga, Joggerthon, Sukan Rakyat, Kempen Derma Darah,dan lain-lain.

Poul Nanggang telah mengenali Persatuan Penulis Utara Sarawak ketika berkursus perguruan di Maktab Perguruan Sarawak, Miri sekitar tahun 1985. Kemudian 1987 telah menghadiri Dialog Borneo I yang juga diadakan di Maktab Perguruan Sarawak, Miri. Ini merupakan acara besar pertama Poul Nanggang turut serta dalam program PUTERA itu sendiri.
Saudara Willian Chan merupakan orang penting PUTERA yang membawa Poul Nanggang aktif dalam persatuan penulis ini dan bergiat menulis dalam genre puisi. Kemudian setelah sekian lama merantau kerana tugas di pedalaman Sarawak, Poul Nanggang muncul di awal tahun 1990-an tetapi tidaklah seaktif mana bagi menjayakan segala rencana PUTERA.
Tahun 1996, Saudara Abizai telah berjaya membawa Saudara Poul Nanggang untuk menggangotai Ahli Jawatankuasa PUTERA. 1997, Poul Nanggang telah dihantar ke Sri Aman, Sarawak untuk Perkampungan Penulis GAPENA II-Zon Sarawak ketika itu. Setelah hampir 10 tahun berlalu, barulah Poul Nanggang dibangunkan kembali untuk bergiat dalam bidang sastera dan budaya di peringkat negeri dan kebangsaan.Sebelum GPPS dibubarkan tahun 1999, Poul Nanggang juga turut hadir dalam mesyuarat terakhir GPPS bagi usaha meghidupkan kembali jenteranya, malangnya tiada kekuatan ampuh dapat menyelamatkan nazaknya yang cukup panjang itu.Dalam PUTERA, Poul Nanggang banyak memberikan pandangan dan idea beliau sebagai penulis muda dan pelapis yang banyak meluahkan rasa hati terhadap perkembangan kesusasteraan tanah air ketika ini dan termasuk di Utara Sarawak.
PUTERA juga telah mencalonkan Poul Nanggang sebagai penerima Anugerah Karyawan Harapan Negeri Sarawak pada tahun 1999 di Hotel Kingwood, Sibu yang disempurnakan oleh Yang Di Pertua Negeri Sarawak.Satu kebanggaan bagi Poul Nanggang, sebagai anak Bisaya yang memahatkan sejarahnya melakukan suatu pencapaian yang cukup manis bukan sahaja untuk dirinya, keluarga malah masyarakat Bisaya tumpang bangga di atas usaha dan bakat seni beliau ini.
Terkini memegang posisi Ketua II PUTERA bersama Ketua I, Saudara Zainal Abidin Hj. Suhaili bagi sesi 2003/2004 ini.Beliau telah diberikan kepercayaan dan laluan oleh pemimpin yang cukup berpengalaman seperti Tuan Hj. Jeli Bohari Biha dan Saudara Willian Chan yang juga memberi dorongan untuk menghidupkan PUTERA agar membesar dengan sihat dan suatu hari kelak bakal menjadi RAJA..... meskipun mungkin tiada yang mahu menobatkannya.

Poul Nanggang juga aktif dalam Kesatuan Guru Sarawak (STU) bermula 1990 hingga 1995. Beliau begitu dedikasi berusaha mengangkat martabat guru melalui perjuangan kesatuan. Tahun 1990 hingga 1992 beliau telah menjadi ahli jawatankuasa STU Miri. Pada 1993-1995 beliau telah menjadi Setiausaha, Kesatuan Guru Sarawak, Miri. Banyak memberikan pengalaman tentang peranan dan tanggungjawab kesatuan kepada para ahli khasnya di kalangan rakan-rakan guru di Sarawak.Beliau banyak memberikan taklimat dan ceramah mengenai gerakan kesatuan di Subis, Niah, Bakong dan Miri sendiri bagi menyebarluaskan pengetahuan tentang hak guru sebagai pekerja dan kesatuan organisasi yang berjuang bersuara di peringkat atasan/majikan. 
Beliau juga berpeluang mengikuti "16 th ASEAN Council Of Teachers Convention" di Holiday Inn, Kuching, Sarawak pada tahun14-17 November 1994.Daripada pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan, memberikan banyak pengalaman yang sukar didapati dalam hidup ini kepada Poul Nanggang, sesungguhnya ia tiada dalam kuliah pensyarah di universiti atau buku-buku ilmiah di perpustakaan. 

HIDUP INI PERJALANAN PANJANG YANG MENGASYIKKAN.